Memandangkan ini entry pertama saya pada tahun 2012. saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan saya dengan anda.... Jika akhir tahun lepas saya berkongsi kegembiraan dengan berita saya disahkan mengandung, pada awal tahun ini saya menerima berita yang cukup mengembirakan saya dan suami.
Alhamdulillah.... bulan ini saya akan sambung belajar dalam bidang perguruan. Satu peluang yang semenangnya amat saya tunggu-tunggu dari dulu. Satu bidang yang amat saya minati dari dulu. Cuma sekarang baru termakbul segalanya....
Segala doa saya dulu dimakbulkan Allah. Syukur sangat-sangat. Sebab sangat-sangat meminati bidang ini saya memulakan tugas sebagai Guru sandaran. Pelbagai dugaan dan cabaran saya hadapi. Ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang benci, biasalah.... dugaan sebagai Guru sandaran. Ingat lagi saya kena berhenti pada tahun pertama sebab saya cuti bersalin. masa nie saya sangat sedih. bukan sebab saya tak de gaji, tapi sebab saya sayang sangat anak murid saya. Kesian kat mereka. rasanya saya belum berjaya untuk membentuk mereka. nak tak nak saya terpaksa redha dengan keputusan. walau dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Dan tahun berikutnya, saya diterima kembali menjadi Guru sandaran.....
sejak itu saya sentiasa berdoa agar saya dapat menjadi cikgu tetap. Ada orang cakap mesti sebab keja separuh hari, keja cikgu senang or sebab gaji mahal. Pada saya tak pun.... saya ada matlamat saya sendiri. saya harap saya dapat membentuk mereka menjadi manusia yang berjaya, samada dari segi akademik mahupun jati diri.