Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Disember 2011

Ibu mengandung....Jom pastikan keperluan kalsium dan postur anda betul bagi mengatasi sakit tulang belakang

Bagi wanita yang mengandung masalah sakit tulang belakang adalah masalah
biasa yang dialami mereka terutama bagi mereka yang usia kandungannya 7 
bulan ke atas. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan mereka 
mengambil makanan yang mengandungi kalsium. Pengambilan kalsium
amat penting bagi memastikan keperluan kalsium dalam badan 
mencukupi. Apabila diet ibu kurang kalsium, kalsium yang sedia ada dalam
badan ibu akan diserap oleh baby dalam kandungan terutamanya ketika 
proses pembentukan tulang. Apabila ini berlaku, si ibu akan   
mengalami kekurangan kalsium dan akan menyebabkan si ibu mudah 
mengalami sakit-sakit tulang dan juga mudah kehilangan gigi.

Walaubagaimanapun, jika pengambilan kalsium anda mencukupi, 
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sakit tulang belakang.
Ianya kerap berlaku ketika usia kandungan telah mencapai trimester ketiga.
Jom kita baca artikel yang saya petik dari mypositifeparenting.org. 

_____________________________
Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil. Antaranya, ramai wanita yang mengadu sakit belakang atau pinggang, tetapi anda tidak perlu mengalaminya.


Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.
Senaman membantu!
  • Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda
  •  akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
  • Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih 
  • dan berklorin.
  • Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda
  •  iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
  • Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina
  •  keanjalan otot.
  • Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina
  •  kekuatan dan tona otot.
__________________________
Jom ibu-ibu mengandung....kita semak semula keperluan kalsium kita sama ada 
sudah mencukupi atau tidak. Ianya untuk si baby juga. Jika sudah mencukupi,
 pastikan juga postur badan juga betul  ya bagi mengelakkan sakit belakang :)

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or 

sms saya 0177206723

Selasa, 8 November 2011

betulke makan suplement semasa mengandung menyebabkan baby besar dalam perut?

Dulu masa mengandungkan amirah selalu orang cakap kat saya, 'ko jangan makan suplement, nanti baby besar dalam perut, susah nak keluar'. masa tu pengetahuan saya teramat cetek.hehehe sebab malas membaca. banyak dengar cakap orang je. sekarang,bila mengandung anak kedua. saya cuba mencari fakta sebenar kenapa baby boleh besar dalam kandungan. adakah disebabkan pemakanan or suplement? jom kita tengok fakta dari kementerian kesihatan malaysia 
_________________________________
Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal. Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
besar dari usia kandungan
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan? 
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
  • Keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan? 
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
  • Memantau kesihatan ibu-ibu.
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
  • Rancang kelahiran yang selamat.
_______________________________________

jadi pemakanan suplement sebenarnya tiada kaitan dengan 'baby besar dalam kandungan'. Jadi apa sebenarnya fungsi suplement kepada ibu mengandung? jika ia tidak elok kepada baby kenapa ibu-ibu mengandung dibekalkan dengan suplement ini? Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..

dan untuk kali ini, saya mengambil shaklee. dan alhamdulillah, kesannya tak seperti sebelum ini, saya jarang moody, saya kurang penat, saya kurang rasa nak pitam dan setakat hari ini 'proses 'pembuangan' saya amat baik. jika dulu waktu amirah saya mengalami sembelit yang teruk hingga saya kurang selesa....Alhamdulillah, untuk kali ini saya bersyukur mudah-mudahan ianya dipermudahkan hingga akhirnya.


suplement yang saya gunakan.... 

saya juga gunakan ini.... ESP sebagai memenuhi keperluan protien saya dan juga protein ini membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi


Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita... 


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com

 or sms saya 0177206723

Selasa, 1 November 2011

Suplement untuk ibu mengandung - makanan real VS vitamin shaklee

Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan kan... rajin ambik suplement dan jaga diet harian...Klu time biasa ngelat/malas makan suplement, time macam nie mst rajin makan suplement. Nak tau apa yang perlu ibu mengandung wajib makan...


  • Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..




Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP… Trial Pack Shaklee serendah rm80..tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya..

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

Selasa, 11 Oktober 2011

Penyakit asma. Apa yang anda perlu tahu?


Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.
Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
Untuk bercerita tentang asma, subjek ini terlalu luas dan dalam. Banyak lagi yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit asma terutama ketika dewasa iaitu serangan asma ketika bekerja. Kepada yang mengalami penyakit asma, untuk mengelakkan keadaan asma anda menjadi tidak terkawal, pastikan ada langkah pencegahan seperti yang saya maksudkan di atas iaitu pastikan rumah tidak berhabuk, membela kucing peliharaan dan suhu di rumah tidak terlalu sejuk. Kemudian pastikan ubat yang diberikan oleh doktor anda ikut menurut seperti yang ditetapkan.
Sekiranya ubat tersebut hanya diperlukan ketika serangan gunakan. Dan sekiranya diperlukan pada setiap hari pastikan anda ikut jadual tersebut. Sekiranya keadaan asma anda masih lagi teruk walaupun telah menggunakan ubat yang diberikan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan oksigen.
   sumber : http://psipum.org/simptom-punca-penyakit-asma/
___________________________________
Untuk anda yang menghidap penyakit ini, mesti berada dalam keadaan tidak selesakan... Saya pun pernah mengalaminya ketika mengandungkan amirah dulu. Mungkin pembawakan anak ketika itu... tapi tak jugak... sebab sebelum itu saya memang sensitif dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah... Doktor kata masih peringkat awal... Ingat lagi waktu nie, saya kena marah ngan cik Hubby sbb tak nak makan ubat. Saya memang tak suka makan ubat... sory ya cik hubby. Memang sungguh tidak selesa waktu tu. Apatah lagi jika suasana sekeliling sejuk... nak tido malam pun tak selesa... asyik terbatuk-batuk je...  masa tu saya tak jumpa Shakle lg... jadi, terpaksalah tahan je... Bila dah bersalin dan menyusukan anak.. baru saya jumpa shaklee... Tu pun waktu amirah dah hampir 6 bln... alhamdulillah, mula-mula niat nak ambik shaklee sebab menyusukan amirah je... tapi...Asma dan resdung dah semakin berkurangan... Ingat lagi masa mula-mula dulu... Pagi-pagi kahak akan keluar... bila dah keluar rasa lega sangat.... Alhamdulillah... dan sekarang, saya dah tak da masalah klu duduk dalam suasana sejuk... Klu dulu, saya mudah batuk, selesema walau duduk dalam aircond... Tapi sekarang alhamdulillah....



Untuk anda yang menghidap penyakit ini,  suplement yang dicadangkan untuk anda ialah protien (mealshake/ESP), multivitamin, b-complex, vitamin c, beta carotena dan juga zinc.  Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil vitamin c, Vitamin A (Beta carotena) dan Zinc.
 Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita...

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Isnin, 3 Oktober 2011

kurangkan komplikasi semasa meneran....

info menarik untuk saya kongsikan bersama terutamanya bagi mereka yang sedang mengandung sekarang. Jom baca... Sumber asal di sini
________________________________________

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
_______________________________________
Pa pun, ini pilihan saya...
Sekilas fakta mengenai Osteomatrix :
“Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K. magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat.Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium"

Kenapa ini pilihan saya?

Osteomatrix membekalkan:
• 1,000 mg (100% DV) unsur calciumdariada bahan semulajadi dan mudah diserap
• 400 mg (100% DV) magnesiumuntuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
• 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium



cubalah Shaklee ostematrix (cal/mag)..1 caplet membekalkan 250gram calcium...


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...