Memaparkan catatan dengan label meal shake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meal shake. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

Kurap???

Nie kali kedua amirah kena penyakit nie. Kali kedua dulu masa amirah umur setahun. Boleh refer link ni. Kali nie saya tak kalut macam dulu lagi. Saya faham, saya dan hubby kulit sensitif. Jadi tak heranlah klu amirah pun terkena tempiasnya. Apatah lagi kami baru berpindah,persekitaran yang agak asing pada dia. Ada yang dia alergik. Jadi, tugas saya, meningkatkan sistem imun dia. Dan untuk kali nie, amirah tak pula merengek pedih or gatal. Tapi kadang-kadang nampak gak dia tergaru-garu. Nasib baik perasaan. Klu tak makin besar kurap dia. Dan saya percaya nie pun dah agak besar. His his cuaikan saya... Tak pe, tak pe... klu merunggut je, tak de penyelesaian. Jom atasinya.

Jika dulu saya cuma tambahkan mealshake + basic H dan herbal blend. Tapi kali ini saya tambahkan omega dalam diet dia. Omega nie tak yah cakaplah. Amirah memang pantang, pantang nampak. Klu tak tegas memang dia akan makan 2. Walaupun nak dia cepat sihat, tak delah saya bagi melebihi had.

Dan nie kesannya, pengambilan mealshake+omega + basic H + herbal cream. Lebih Cepat. Parut pun cepat hilang berbanding yang lalu. Pengambilan mealshake sebenarnya sebagai sumber protien untuk amirah. seperti yang kita tahu, protien yang baik membantu menghasilkan kulit yang cantik. Dan saya percaya, ia membantu mendapatkan kulit amirah yang cantik. Omega? Ia sebenarnya meredakan keradangan kulit. Merah-merah bahagian tepi tu cepat sangat hilang. herbal blend tu seperti biasa, untuk disapukan agar kulit amirah tak kering dan basic H adalah untuk sabun dia bagi menggantikan sabun yang dia guna.


Alhamdulillah syukur saya ianya dah pulih. Ada ibu-ibu yang bercerita anaknya belum sembuh-sembuh, malah makin teruk. Untuk ibu-ibu diluar saya yang mempunyai anak yang mempunyai masalah yang sama dengan amirah. Diharap ianya menjadi panduan ibu-ibu menyelesaikan masalah ini.

salam sayang,

Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya

or sms/call : 0177206723




Rabu, 9 Oktober 2013

Alhamdulillah..

Bila ada yang bercerita anak tak nak makan, anak selalu demam nak je saya paksa bagilah mealshake. Bagilah.. Tak rugi.. sebab anak saya pun makan..

Dulu lagilah... macam-macam masalah.. Tapi sekarang alhamdulillah.. Atas kehendakNya jugak. Saya sebagai ibu berusaha je..

Tapikan.. saya tak delah sampai hati nak paksa-paksa orang nak ambik mealshake ke apa ke.. saya cuma terniat..sebab nak sangat dia rasa apa yang pernah saya rasa. Jadi, saya doa jelah banyak-banyak mudah-mudahan pintu hati dia terbuka untuk cuba mealshake.

 Bila amirah ambik mealshake, bukan terus baik.. ada gak sakit. Tapi saya tak salahkan mealshake.. sakitkan untuk bina antibody yang lebih kuat. Cuma saya perasan tak da lah kerap macam dulu.

Nie kan saya kongsikan luahan hati ibu yang anak dia dari tak nak makan sekarang alhamdulillah.. dah mula mintak nasi. Habis lak tu.. hati ibu mana yang tak suka. klu saya kan, mahu saya nangis peluk amirah... nangis suka tau..
-----------------------------------------
Alhamdulillah..bersyukur sangat2 hari ini kerana setelah sekian lama berusaha akhirnya Allah perkenankan.

Al kisahnya, si Fatimah Az-Zahra' ni agak kurang pemakan...hanya minum susu, nasi kurang. Jika nak dia makan banyak, buat menu berasaskan mee. Bila dibuat nasi bubur memang tak nak. Bagi nasi sup pun x selera juga.

Sangat terkejut apabila hari ini, ummi suap nasi kepada abang dan kakaknya, tiba-tiba dia kata ; "ummi nak cik... (ummi, nak nasi).

Ummi pun suap dia berselang-seli dengan abang dan kakaknya...lastly dia yang habiskan nasi berkuahkan kurma ayam. Allah.. ummi sangat gembira sebab sekarang dia dah mula menunjukkan minat utk makan nasi.

Pastu ummi dok terfikir-fikir, macamana hari ini dia beria-ria nak makan nasi?

Barulah tahu apa sebabnya ; nilah " kesan sampingan " ummi letakkan sedikit MEALSHAKE ke dalam susunya. Tujuan asal adalah untuk mengatasi masalah kerap demam yg disertai dengan batuk dan selsema. Boleh dikatakan setiap 2 bulan, Fatimah akan kena demam. Dahulu antibodinya lemah, jadi ummi bagi MEALSHAKE ini utk bekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat.

Bonus buat Fatimah setelah ummi ikhtiar dengan MEALSHAKE;
- tak kerap lagi demam macam dulu
- selera makan semakin bertambah
- aktif dan cergas
- tubuhnya berisi sesuai dengan ketinggian (Mealshake membantu tumbesaran kanak2)

-------------------------------------------

nie bukan cerita saya ye..
nie cerita dari group kami... saya cuma menyebarkan.. untuk manfaat pada semua..

Tak salahkan klu berbelanja lebih untuk kesihatan anak. Klu kita leh belikan mainan untuk dia tak kan makanan kesihatan untuk dia kita berkira.

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya

or sms/call : 0177206723

  

Jumaat, 7 Jun 2013

TERLALU KURUS? NAK TAMBAHKAN BERAT BADAN?

Assalammualaikum.... Salam Jumaat...
Hari nie saya nak kongsikan satu topik khas yang jarang diperkatakan.... iaitu topik kurus. Opps... nie bukan yang nak kurus tau. tapi orang yang terlalu kurus. Makan banyak macam mana pun tetap kurus. Biasanya kita kata badan kekeding, badan macam papan dan macam-macam lagilah istilahnya. Biasa tengokkan, tapi jarang yang mampu selesaikan masalah macam nie. yelah, bila terlalu kurus, ramai yang akan tanya soalan yang negetif. Contohnya, sakit ke? bila ramai yang cakap macam tu seolah-olah doakan kita sakit lak. Untuk anda yang ada masalah nie, jom saya kongsikan bagaimana shaklee mampu membantu anda.

Gabungan MEALSHAKE + VITALEA + BCOMPLEX in sya Allah akan membantu anda. Bagaimana gabungan ini dapat membantu anda?  Kita tengok dulu apa yang ada pada produk ini.

1. MEALSHAKE



Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Rasanya sangat sedap. bagi saya, ianya macam aiskrim vanila. baunya juga harum. Best... klu buka je penutup dia, semerbak bau dia.


Seperti yang diketahui, kandungan protien dalam mealshake membantu dalam proses pembentukan otot badan seterusnya meningkatkan berat badan anda. Dan yang bestnya, bonus untuk anda, pengamal mealshake nie semua kata kulit mereka makin cantik. Sebabnya? Kandungan protien yang baik, ditambah pula vitamin yang dibekalkan dalam mealshake nie membantu menghasilkan kulit yang cantik.  yelah, protien kan terlibat dalam pembentukan otot, kuku, rambut. jadi, bila asasnya baik, hasilnya pun baiklah kan.


2. VITALEA.

yang nie memang KILLER PRODUK shakee. saya pun memang suka nie. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. Dan yang bestnya, produk nie dah menjalani 394 ujian untuk pastikan dia betul-betul berkesan dan selamat. mestilah nak yang selamat kan, klu tak nanti de kesan yang lain pulakkan.  Peenggunaan vitalea yang teratur mampu membuatkan badan bertenaga, tak mudah penat. Ramai orang abaikan pengambilan mineral or vitamin nie sebab merasakan ianya tak penting. Tapi jangan lupa ya, klu kurang mineral dan vitamin nie, semua unsur utama seperti protien tak dapat menjalankan proses dia dengan baik tau.

3. B complex

Ramai orang kata makan Bcomplex akan menyebabkan gemuk. mungkin ya, mungkin juga tidak.Jika anda mengambilnya selepas makan, ia akan membantu menghuraikan makanan anda. tetapi sebaliknya, ia akan menyebabkan nafsu or selera makan anda meningkat. sebab apa? konsepnya sama tadi,  bcompleks membantu menghuraikan makanan. jika tiada makanan tiada untuk dihurai, itu yang menyebabkan anda cepat lapar. bagi saya, B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Apa fungsinya vitamin B yang lain dalam badan anda?  Penting ke? Ya sangat-sangat penting. B1, B2, B3, B6 biotin dan asid pantotenik membantu menukarkan protien, lemak dan kaborhidrat kepada tenaga. Manakala asid folik dan B12 membantu pembentuakan sel-sel darah merah dalam tubuh. 


Jadi, untuk anda yang nak tambah berat badan, meh pm saya
bulan nie ada special offer untuk anda.




    Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723


Selasa, 4 Jun 2013

Pilihan hebat untuk anda....

Bagi yang tak tau lagi, promo bulan nie adalah meal shake. Best kan.... sangat-sangat best dan pilihan yang sangat tepat untuk anda.  

Untuk anda yang baru dan masih lagi tak berapa kenal meal shake nie, saya akan cuba jelaskan agar anda dapat rasakan kehebatan produk nie.


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:•    Sarapan segera yang berkhasiat•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli•    Hidangan segera untuk para atlet•    Kudapan menarik pada bila-bila masa•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium



Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 



 banyakkan.... di mana ia mengandungi 19 mineral utama dan mineral tambahan.  malah,  

jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Jangan tak tau ya, setiap bancuhan mealshake akan 
 memberikan  1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protien, galian dan 3gm serat.  dan yang paling best mealshake nie, walaupun dia kaya dengan khasiat, tapi, dia tak de yang tiruan macam pewarna tiruan, perisa tiruan, pewarna. walaupun tak de yang tiruan nie, tapi dia masih lagi sedap. Bukan sedap je, wangi lagi. macam aiskrim vanila tu.... 

Siapa yang sesuai dapatkan mealshake nie?
 Bukan hanya kanak-kanak ya.. orang dewasa pun amat sesuai....

a. kanak-kanak yang memilih makanan
b. kurang selera makan
c.kerap sembelit
d. penghidap asma
e. mereka yang susah nak telan pil-pil. jadi lebih senang dapatkan mealshake.
f. mereka yang terlalu kurus
g. ibu-ibu menyusu dan mengandung 
h. warga tua


nak dapatkan? 
meh pm saya untuk dapatkan harga runtuh bulan nie.


    Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723


Khamis, 1 Disember 2011

Exzema.... bagaimana mengatasinya?

Hari ini saya nak berkongsi mengenai exzema. Ramai rupanya ibu bapa yang mengalami anak exzemakan... saya pun dah pernah lalui.... Pa pun untuk ibu bapa yang mengalami exzema... saya kongsikan sedikit info ya...



SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi kebanyakan ibu bapa adalah menguruskan bayi yang menghidap ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi asing di kalangan masyarakat hari ini.
Dianggarkan satu daripada lapan bayi menghidap ekzema dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Malah, pakar dermatologi menyifatkan ekzema penyakit negara perindustrian kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.
Walau bagaimana sukar sekalipun merawat ekzema, sebenarnya penyakit ini boleh diuruskan dengan bijak sekiranya ibu bapa mengetahui cara pengurusan ekzema dengan betul. 


Menurut pakar kanak-kanak daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond, Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik
Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas bayi berusia tiga tahun. Namun ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Kebanyakan penghidap ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama serta alahan lain seperti asma atau rhinitis.


Kebanyakan pakar perubatan tidak mengetahui dengan tepat punca ekzema, tetapi mungkin disebabkan kepincangan dalam sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.


“Kebiasaannya ekzema terjadi disebabkan beberapa perkara seperti alahan kepada sabun, kosmetik, pakaian dan bahan pencuci selain persekitaran yang menyebabkan reaksi makanan, perubahan suhu atau kelembapan.


“Malah ada juga bayi yang alah kepada susu lembu. Bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusu badan minum bahan daripada susu lembu,” katanya.


Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan berjumpa doktor seberapa segera sebelum lebih memudaratkan bayi.


Menurutnya, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua-dua masalah kulit ini berbeza.


Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.


Selain itu, tanda lain ialah kulit kering dan merah. Kadang-kadang, ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan berdarah. Paling teruk apabila kulit menjadi kering dan bersisik sementara menggarunya berulang kali boleh menyebabkan kulit menebal dan berkerak.


“Ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki manakala pada bayi biasanya mudah kelihatan di sekitar dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher,” jelasnya.


Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit ini. Ini kerana sabun biasanya mengandungi bahan kimia tinggi dan mengeringkan kulit bayi seterusnya menyebabkan ekzema semakin teruk.


“Disarankan supaya ibu bapa yang mempunyai bayi menghidap ekzema menggunakan sabun khas yang tidak mengandungi steroid dan bahan kimia. Pemilihan produk sesuai kulit ini sangat berkesan bagi memastikan ekzema dapat dikawal supaya tidak menjadi lebih kronik,” katanya.


Selama lebih 50 tahun krim berasaskan steroid meluas digunakan untuk penghidap ekzema. Malangnya krim ini boleh menyebabkan kerosakan serta penipisan kulit yang akan mengurangkan sifat pelindung semula jadi kulit bayi. Kulit bayi juga mudah berparut akibat kesan jangka panjang krim berasaskan steroid. Malah penggunaan yang keterlaluan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam saluran darah dan membawa kesan negatif yang lain.
sumber : mymetro
___________________________
..Dan saya nak kongsi bagaimana Pn Iffah mengatasi masalah exzema anaknya dengan mengunakan produk shaklee.... Jom ikuti kisahnya..

Pelbagai alternatif rawatan yang ada tetapi rata-rata mengatakan ianya bertindak sementara dan mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya merawat masalah eczema yang dihidap oleh Faheem sejak lahir lagi.
Peringkat Awal Kemunculan Eczema Faheem Shaklee Meal Shakes
Sejak dilahirkan lagi, Faheem telah mengambil steroid (dalam bentuk cecair) kerana dari dalam rahim Faheem telah mendapat bekalan steroid dari saya(Steroid tidak boleh dihentikan pengambilan serta merta). Akibatnya, timbullah ruam-ruam kecil, merah dan gatal-gatal pada pipi dan leher Faheem. Keadaan bertambah teruk apabila saya diserang SLE yang aktif pada minggu kedua berpantang mengakibatkan dosage steroid di tambah dan eczema Faheem mengganas. Ruam Eczema semakin banyak, dan jelas kelihatan dan akibat di garu ia menanah.
Antara serangan Eczema yang teruk_Shaklee_Faheem
Pelbagai rawatan dah saya cuba. Pergi berjumpa pakar kanak-kanak, pakar sakit kulit… tapi kesannya hanya sementara. Bila disapu cream ia berkurang apabila tidak ia kembali. Hampir setahun saya mencuba akhirnya saya melihat perubahan setelah saya mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein(ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan bagi luaran saya mandikan Faheem dengan Basic H2 Shaklee.
Selepas pengambilan 3M Breastfeeding_Shaklee Meal Shakes_Basic H2_Herbal Blend
Anda boleh lihat selepas 5 bulan, kulit Faheem menjadi sangat halus dan tiada lagi parut atau kesan eczemanya. Senang hati saya. Selepas berhenti menyusu, saya berikan Faheem 3 perkara WAJIB bagi memastikan sistem pertahanan tubuh Faheem di paras optimum bagi melindungi Faheem dari masalah kulit dan masalah kesihatan yang lain. Apakah 3 item WAJIB itu??

Sudah semestinya:
  1. Shaklee Meal Shakes perisa Vanilla yang sangat lazat!
  2. Basic H2, Magic Liquid yang sangat marvellous dan
  3. Herbal Blend, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.
Alhamdulilah, 3 rangkaian item WAJIB ini telah banyak membantu bukan sahaja saya malah ibu-ibu yang telah mencubanya. Jika anda mempunyai masalah anak yang eczema, jangan berlengah lagi! Dapatkan ketiga-tiga Item WAJIB ini pada harga yang sungguh istimewa! Hanya di tawarkan di FW|SOSC dengan PENJIMATAN HEBAT!!
Anak anda pasti suka mandi selepas ini dengan air mandian Basic H2, hanya beberapa titik boleh menghasilkan mandian buih yang hebat! Nikmatnya mandi, kulit pun sihat ~ Jom join Faheem mandi bersama Basic H2!


____________________________________

Alhamdulillah.... suka dengan kisah Pn Iffah nie. Seksa sebenarnya, bila kita tengok anak kita exzema.... yelah, klu gatal dia datang tergaru-garu, klu tak perasan sampai berdarah-darah.... Sian sangat.  tapi setakat kesian je tak jalan kan.... Jadi untuk anda yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba produk di atas. Saya dah cuba, dan alhamdulillah.. kesannya menakjubkan...  cubalah... pasti berbaloi.....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

Rabu, 30 November 2011

Kisah suka duka Pn Lia bersama anaknya yang menghidapai asma sejak berumur 5 bulan

Semenjak dua menjak nie, hujan makin kerap turun. maklumlah dah hampir musim tengkujuhkan. Sesetengah tempat juga  dah banjir. Ingat lagi masa kecik2 dulu, kawasan perumahan tempat saya selalu banjir. Selalu gak saya main air banjir. Cuma berani-berani takut. yang bestnya, bila time banjir kawasan kami akan jadi pesta menangkap ikan. Sebab apa..sebab waktu tu, banyaklah ikan yang keluar. Senang nak tangkap. tapi tu semua kenangan... 
Oh ya...hari ini bukanlah saya nak bercerita kenangan saya waktu banjir. bagi sesetengah orang waktu banjir, waktu hujan memang seronok. Tapi bagi mereka yang alah kepada cuaca sejuk, musim-musim hujan begini adalah sesuatu yang merimaskan terutama bagi mereka penghidap asma. Kenapa yek? Sebabnya, bagi mereka yang alah pada cuaca sejuk... mereka akan lebih kerap diserang penyakit ini pada waktu begini..  
 kadang-kadang bila tengok orang asma saya jadi kesian. Saya pun dah merasai pa yang mereka lalui. Cuma alhamdulillah, asma saya bukanlah pada tahap yang serius. jadi saya lebih banyak berhati-hati supaya ianya tidak sampai ke tahap yang membimbangkan.... 
dan hari nie... bila saya terbaca kisah Pn Lia yang mengharungi penyakit asma anaknya dari umur 5 bulan buat saya amat kagum dengan ibu ini...  Jom kita ikuti kisahnya...
_______________________________________
"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake , bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..


Ini rangkaian supplemen yang saya beri pada Irfan - Chewable Vit C, Mealshake dan Omega
________________________________
Banyak yang ibu muda ini perlu korbankan demi anak tersayang.....Kagum juga saya membacanya... dan Alhamdulillah.   akhirnya usahanya untuk mencari yang terbaik untuk anaknya jumpa jugak. Irfan Alhamdulillah serasi dengan suplement Shaklee.... Kasih ibu kan, sanggup buat apa saja untuk anak....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Jumaat, 21 Oktober 2011

testimoni pn faiznur - eczema anaknya makin berkurangan

Ingat lagi saya pernah cerita tentang Amirah dan ezcema? Ini pula testimoni ibu yang merawat anaknya yang mengalami excema.... jom kita baca kisah Pn Faiznur  
__________________________________

Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu.


__________________________

Alhamdulillah.....pertama kali saya baca testimoni nie, itu ucapan pertama yang keluar dari mulut saya. Bersyukur sangat. Kenapa? sebab amirah pun mengalami masalah yang sama. Dan alhamdulillah, excemanya makin berkurang. Kudis akibat selalu digaru pun dah hilang. Yang tinggal hanya parut je... jadi sekarang tinggal saya sapukan vitamin e je untuk hilangkan parut. Klu tak nanti turun saham anak ibu. :)


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Selasa, 11 Oktober 2011

Penyakit asma. Apa yang anda perlu tahu?


Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.
Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
Untuk bercerita tentang asma, subjek ini terlalu luas dan dalam. Banyak lagi yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit asma terutama ketika dewasa iaitu serangan asma ketika bekerja. Kepada yang mengalami penyakit asma, untuk mengelakkan keadaan asma anda menjadi tidak terkawal, pastikan ada langkah pencegahan seperti yang saya maksudkan di atas iaitu pastikan rumah tidak berhabuk, membela kucing peliharaan dan suhu di rumah tidak terlalu sejuk. Kemudian pastikan ubat yang diberikan oleh doktor anda ikut menurut seperti yang ditetapkan.
Sekiranya ubat tersebut hanya diperlukan ketika serangan gunakan. Dan sekiranya diperlukan pada setiap hari pastikan anda ikut jadual tersebut. Sekiranya keadaan asma anda masih lagi teruk walaupun telah menggunakan ubat yang diberikan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan oksigen.
   sumber : http://psipum.org/simptom-punca-penyakit-asma/
___________________________________
Untuk anda yang menghidap penyakit ini, mesti berada dalam keadaan tidak selesakan... Saya pun pernah mengalaminya ketika mengandungkan amirah dulu. Mungkin pembawakan anak ketika itu... tapi tak jugak... sebab sebelum itu saya memang sensitif dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah... Doktor kata masih peringkat awal... Ingat lagi waktu nie, saya kena marah ngan cik Hubby sbb tak nak makan ubat. Saya memang tak suka makan ubat... sory ya cik hubby. Memang sungguh tidak selesa waktu tu. Apatah lagi jika suasana sekeliling sejuk... nak tido malam pun tak selesa... asyik terbatuk-batuk je...  masa tu saya tak jumpa Shakle lg... jadi, terpaksalah tahan je... Bila dah bersalin dan menyusukan anak.. baru saya jumpa shaklee... Tu pun waktu amirah dah hampir 6 bln... alhamdulillah, mula-mula niat nak ambik shaklee sebab menyusukan amirah je... tapi...Asma dan resdung dah semakin berkurangan... Ingat lagi masa mula-mula dulu... Pagi-pagi kahak akan keluar... bila dah keluar rasa lega sangat.... Alhamdulillah... dan sekarang, saya dah tak da masalah klu duduk dalam suasana sejuk... Klu dulu, saya mudah batuk, selesema walau duduk dalam aircond... Tapi sekarang alhamdulillah....



Untuk anda yang menghidap penyakit ini,  suplement yang dicadangkan untuk anda ialah protien (mealshake/ESP), multivitamin, b-complex, vitamin c, beta carotena dan juga zinc.  Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil vitamin c, Vitamin A (Beta carotena) dan Zinc.
 Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita...

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...