Sabtu, 17 Disember 2011

Ibu mengandung....Jom pastikan keperluan kalsium dan postur anda betul bagi mengatasi sakit tulang belakang

Bagi wanita yang mengandung masalah sakit tulang belakang adalah masalah
biasa yang dialami mereka terutama bagi mereka yang usia kandungannya 7 
bulan ke atas. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan mereka 
mengambil makanan yang mengandungi kalsium. Pengambilan kalsium
amat penting bagi memastikan keperluan kalsium dalam badan 
mencukupi. Apabila diet ibu kurang kalsium, kalsium yang sedia ada dalam
badan ibu akan diserap oleh baby dalam kandungan terutamanya ketika 
proses pembentukan tulang. Apabila ini berlaku, si ibu akan   
mengalami kekurangan kalsium dan akan menyebabkan si ibu mudah 
mengalami sakit-sakit tulang dan juga mudah kehilangan gigi.

Walaubagaimanapun, jika pengambilan kalsium anda mencukupi, 
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sakit tulang belakang.
Ianya kerap berlaku ketika usia kandungan telah mencapai trimester ketiga.
Jom kita baca artikel yang saya petik dari mypositifeparenting.org

_____________________________
Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil. Antaranya, ramai wanita yang mengadu sakit belakang atau pinggang, tetapi anda tidak perlu mengalaminya.


Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.
Senaman membantu!
  • Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda
  •  akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
  • Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih 
  • dan berklorin.
  • Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda
  •  iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
  • Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina
  •  keanjalan otot.
  • Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina
  •  kekuatan dan tona otot.
__________________________
Jom ibu-ibu mengandung....kita semak semula keperluan kalsium kita sama ada 
sudah mencukupi atau tidak. Ianya untuk si baby juga. Jika sudah mencukupi,
 pastikan juga postur badan juga betul  ya bagi mengelakkan sakit belakang :)

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or 

sms saya 0177206723

Selasa, 13 Disember 2011

Saya dah berpindah ke Keramat.....

Alhamdulillah... saya telah selamat berpindah ke rumah baru. Tapi bukanlah rumah saya sendiri.  Kuarters suami. Kerja-kerja mengemas pun alhamdulillah dah banyak yang selesai. Alhamdulillah... seronok juga saya dirumah baru. Walaupun berat hati nak tinggalkan rumah di Sungai Besi tapi kami terpaksa juga pergi.
Di sana banyak yang saya pelajari. 3 tahun saya disana. Walaupun disana saya serba kekurangan... tapi saya amat-amat bersyukur. Banyak yang saya belajar tentang hidup di sana. Yelah, di sana saya belajar tentang kehidupan. belajar macam mana nak mulakan hidup selepas berkahwin. Belajar jadi isteri dan ibu. bagi sesetengah orang mungkin simple.. tapi bagi kami berdua ianya amat berharga... Dan kami amat menghargainya.
Pa pun hidup harus diteruskan... Dan alhamdulillah... kami semakin membiasakan diri dengan keadaan setempat. Sekarang dah kena jadi makin rajin. Jika dulu malas masak time cik Hubby tak da leh je beli depan umah. sekarang dah jauh sikit. jadi klu malas masak, cian lak amirah lapar.
Pa pun saya sangat bersyukur dengan pa yang saya ada. dan apa yang saya makin suka ialah biz online saya. Alhamdulillah, saya masih boleh menjalankan biz online saya tanpa apa-apa masalah. Alhamdulillah... syukur sangat. Dan saya yakin, bila berpindah ke tempat baru, suasana baru, saya akan jadi lebih matang dan lebih luas pandangan. Macam lah jauh sangatkan pindah kan... jauh-tak jauh pun... tapi enviroment saya tetap berubah....dan saya yakin rezeki saya akan makin melimpah ruah di sini. Amin amin....mudah-mudahan....
Dan bagi anda yang berada sekitar keramat, jika ingin COD produk shaklee, boleh hubungi saya. InsyaAllah... stok saya sentiasa ada. Tapi kena bagi tau awal ya... pa pun saya boleh dihubungi sama da sms saya 0177206723 or boleh email saya shaidahmazlan@yahoo.com.

Ahad, 11 Disember 2011

Kisah ibu kak n yang menghidap kencing manis hingga menjejaskan penglihatannya... Jom tenggok apa yang dilakukan hingga penglihatan ibunya pulih

Sejak berpindah rumah baru nie, saya tak dapat nak fokus sangat dengan biz. Maklumlah banyak lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan dulu. InsyaAllah, minggu depan saya akan lebih fokus. dah tak banyak lagi nak buat nie. Tinggal jahit langsir dapur je... Insya Allah hari nie boleh siap :)
Walaubagaimanapun, sebelum saya sibuk dengan tugasan saya, ada cerita yang ingin saya kongsi. Masih lagi kisah seorang anak. Kali ini kisah seorang anak yang  membelikan VIVIX untuk mengubati penyakit kencing manis ibunya..
____________________________

 Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur.Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.
____________________________

Suka saya baca kisah nie... kisah kasih seorang anak yang nak melihat ibunya kembali sembuh. Kisah ini merupakan kisah sebenar kak N. Ada yang bertanya, sama da kisah yang saya paparkan ini merupakan rekaan ataupun kisah benar. Sejujurnya, ini merupakan kisah yang benar-benar berlaku. Saya cuma berkongsi... jika anda sangsi, terpulang pada anda. saya tak paksa anda cuma hanya mereka yang dah mengalami dan merasai perubahan selepas mengamalkan produk shaklee saja akan mengakui kebenarannya.  


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or 

sms saya 0177206723

Selasa, 6 Disember 2011

ketahui rahsia keanjalan dan kecerahan warna sekitar nipple....

Baru beberapa hari kita berpuasakan... Dan alhamdulillah... Puasa kali ini saya dapat lalui dengan lebih baik berbanding dan harap-harap hingga penghujungnya. Tapi bukan itu yang nak saya kongsikan. Apa yang saya nak kongsikan adalah  rahsia keanjalan dan kecerahan warna sekitar nipple.... Ia bukanlah cerita censored.  Jika anda wanita? Memang wajib baca. tapi klu anda bukan wanita pun tak pa.... untuk pengetahuan... dan boleh gak share dengan sesiapa sahaja ( kakak ke  or adik yang dah berumah tangga or yang tersayang jugak...)  credit to kak cery dan kak n

__________________________

Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini. Jika kita mengambil langkah awal menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.Percayakah kalian bahawa pengambilan secara konsisten vitamin E 400 iu beserta selenium & ESP membantu mengatasi masalah ini? Cuba baca petikan testimoni ini :
" Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta :)

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. "

___________________________

So, apa tunggu lagi? ingin cantik?..Mari dapatkan vitamin E dan  ESP....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Isnin, 5 Disember 2011

Terujanya!!!!! Dari 74 kg ke 60 kg, dari saiz 34 ke 29.

wow..... terujanya saya dengan kisah kak hasmah nie... tengok testimoni dia makin saya  bersemangat nak kurus... tapi bukan sekaranglah... klu sekarang nampak sangat tak logiknya... ye lah sayakan tengah berbadan dua. tunggu lepas bersalin nanti ya. so sekarang kena sabar dulu :). jom kita tengok apa amalan beliau sehingga dapat balik badan yang diingini.....
_________________________

Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood(No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..
_____________________
Bestkan baca kisah nie :) Jom tengok sini Nak kurus? jangan sampai mudaratkan diri...


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

Jumaat, 2 Disember 2011

Apa yang anda wajib tahu mengenai detox...

Sebelum saya berkongsi mengenai detox, apa kata kita berkongsi mengenai usus dulu. Bila kita dah tahu mengenai usus, senanglah kita nak faham mengenai detox. Jom kita baca. Credit untuk Pn Hafsah
_______________________________

Fakta Penting Tentang Usus

Jom ketahui lebih lanjut tentang usus kita.. ;)
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Mengapa detox / mencuci usus penting??

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dindig usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Anda mencari Vitamin untuk DETOX? cubalah Herb Lax..

 Jom tengok testimoni mengenai  HERB LAX
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan".
   saya sendiri pula tiada masalah sembelit, tapi saya pastikan seminggu 1 atau 2x saya ambil HerbLax ni utk bersihkan usus tu.. Ia umpama deep cleansing.. mcm kat rumah kita cuci karpet, sofa tu.. bukan hari2.. tapi seminggu sekali 

Saya amalkan ambil 4 biji Shaklee Herb-Lax seminggu sekali, untuk kesihatan perut, usus & dalaman. Biasanya hujung minggu, hari Sabtu malam Ahad tue, supaya tak ganggu aktiviti harian. Kadang-kadang 2-3 kali seminggu (ikut kerajinan! hehe).
Lain orang, lain efeknya. Ada orang yang keesokan harinya perut terus bersih. Bagi saya pula, efeknya lambat dan perlahan. Kadang-kadang petang keesokannya, kadang-kadang malam keesokan harinya.
Yang best nya, berbanding dengan ubat “benpi” yang pernah saya cuba dulu, sakit perut tue lebih mild (perlahan), dan boleh di kawal. Takdelah jam-jam tue jugak nak kena cari toilet. Sesuai dengan tag line nya, “encourages mild cleansing action”. Lagi satu, ia adalah vitamin, bukannya ubat. Jadi, saya yakin ia lebih selamat untuk badan kita, berbanding dengan ubat julap lain di pasaran..

Em.... apa lagi.... Jom cuba HerbLax Shaklee. tak kenal maka tak cinta kan... 

Shaklee Id 846147
Berminat? boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723

Khamis, 1 Disember 2011

Exzema.... bagaimana mengatasinya?

Hari ini saya nak berkongsi mengenai exzema. Ramai rupanya ibu bapa yang mengalami anak exzemakan... saya pun dah pernah lalui.... Pa pun untuk ibu bapa yang mengalami exzema... saya kongsikan sedikit info ya...



SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi kebanyakan ibu bapa adalah menguruskan bayi yang menghidap ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi asing di kalangan masyarakat hari ini.
Dianggarkan satu daripada lapan bayi menghidap ekzema dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Malah, pakar dermatologi menyifatkan ekzema penyakit negara perindustrian kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.
Walau bagaimana sukar sekalipun merawat ekzema, sebenarnya penyakit ini boleh diuruskan dengan bijak sekiranya ibu bapa mengetahui cara pengurusan ekzema dengan betul. 


Menurut pakar kanak-kanak daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond, Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik
Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas bayi berusia tiga tahun. Namun ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Kebanyakan penghidap ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama serta alahan lain seperti asma atau rhinitis.


Kebanyakan pakar perubatan tidak mengetahui dengan tepat punca ekzema, tetapi mungkin disebabkan kepincangan dalam sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.


“Kebiasaannya ekzema terjadi disebabkan beberapa perkara seperti alahan kepada sabun, kosmetik, pakaian dan bahan pencuci selain persekitaran yang menyebabkan reaksi makanan, perubahan suhu atau kelembapan.


“Malah ada juga bayi yang alah kepada susu lembu. Bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusu badan minum bahan daripada susu lembu,” katanya.


Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan berjumpa doktor seberapa segera sebelum lebih memudaratkan bayi.


Menurutnya, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua-dua masalah kulit ini berbeza.


Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.


Selain itu, tanda lain ialah kulit kering dan merah. Kadang-kadang, ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan berdarah. Paling teruk apabila kulit menjadi kering dan bersisik sementara menggarunya berulang kali boleh menyebabkan kulit menebal dan berkerak.


“Ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki manakala pada bayi biasanya mudah kelihatan di sekitar dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher,” jelasnya.


Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit ini. Ini kerana sabun biasanya mengandungi bahan kimia tinggi dan mengeringkan kulit bayi seterusnya menyebabkan ekzema semakin teruk.


“Disarankan supaya ibu bapa yang mempunyai bayi menghidap ekzema menggunakan sabun khas yang tidak mengandungi steroid dan bahan kimia. Pemilihan produk sesuai kulit ini sangat berkesan bagi memastikan ekzema dapat dikawal supaya tidak menjadi lebih kronik,” katanya.


Selama lebih 50 tahun krim berasaskan steroid meluas digunakan untuk penghidap ekzema. Malangnya krim ini boleh menyebabkan kerosakan serta penipisan kulit yang akan mengurangkan sifat pelindung semula jadi kulit bayi. Kulit bayi juga mudah berparut akibat kesan jangka panjang krim berasaskan steroid. Malah penggunaan yang keterlaluan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam saluran darah dan membawa kesan negatif yang lain.
sumber : mymetro
___________________________
..Dan saya nak kongsi bagaimana Pn Iffah mengatasi masalah exzema anaknya dengan mengunakan produk shaklee.... Jom ikuti kisahnya..

Pelbagai alternatif rawatan yang ada tetapi rata-rata mengatakan ianya bertindak sementara dan mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya merawat masalah eczema yang dihidap oleh Faheem sejak lahir lagi.
Peringkat Awal Kemunculan Eczema Faheem Shaklee Meal Shakes
Sejak dilahirkan lagi, Faheem telah mengambil steroid (dalam bentuk cecair) kerana dari dalam rahim Faheem telah mendapat bekalan steroid dari saya(Steroid tidak boleh dihentikan pengambilan serta merta). Akibatnya, timbullah ruam-ruam kecil, merah dan gatal-gatal pada pipi dan leher Faheem. Keadaan bertambah teruk apabila saya diserang SLE yang aktif pada minggu kedua berpantang mengakibatkan dosage steroid di tambah dan eczema Faheem mengganas. Ruam Eczema semakin banyak, dan jelas kelihatan dan akibat di garu ia menanah.
Antara serangan Eczema yang teruk_Shaklee_Faheem
Pelbagai rawatan dah saya cuba. Pergi berjumpa pakar kanak-kanak, pakar sakit kulit… tapi kesannya hanya sementara. Bila disapu cream ia berkurang apabila tidak ia kembali. Hampir setahun saya mencuba akhirnya saya melihat perubahan setelah saya mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein(ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan bagi luaran saya mandikan Faheem dengan Basic H2 Shaklee.
Selepas pengambilan 3M Breastfeeding_Shaklee Meal Shakes_Basic H2_Herbal Blend
Anda boleh lihat selepas 5 bulan, kulit Faheem menjadi sangat halus dan tiada lagi parut atau kesan eczemanya. Senang hati saya. Selepas berhenti menyusu, saya berikan Faheem 3 perkara WAJIB bagi memastikan sistem pertahanan tubuh Faheem di paras optimum bagi melindungi Faheem dari masalah kulit dan masalah kesihatan yang lain. Apakah 3 item WAJIB itu??

Sudah semestinya:
  1. Shaklee Meal Shakes perisa Vanilla yang sangat lazat!
  2. Basic H2, Magic Liquid yang sangat marvellous dan
  3. Herbal Blend, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.
Alhamdulilah, 3 rangkaian item WAJIB ini telah banyak membantu bukan sahaja saya malah ibu-ibu yang telah mencubanya. Jika anda mempunyai masalah anak yang eczema, jangan berlengah lagi! Dapatkan ketiga-tiga Item WAJIB ini pada harga yang sungguh istimewa! Hanya di tawarkan di FW|SOSC dengan PENJIMATAN HEBAT!!
Anak anda pasti suka mandi selepas ini dengan air mandian Basic H2, hanya beberapa titik boleh menghasilkan mandian buih yang hebat! Nikmatnya mandi, kulit pun sihat ~ Jom join Faheem mandi bersama Basic H2!


____________________________________

Alhamdulillah.... suka dengan kisah Pn Iffah nie. Seksa sebenarnya, bila kita tengok anak kita exzema.... yelah, klu gatal dia datang tergaru-garu, klu tak perasan sampai berdarah-darah.... Sian sangat.  tapi setakat kesian je tak jalan kan.... Jadi untuk anda yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba produk di atas. Saya dah cuba, dan alhamdulillah.. kesannya menakjubkan...  cubalah... pasti berbaloi.....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

Rabu, 30 November 2011

Kisah suka duka Pn Lia bersama anaknya yang menghidapai asma sejak berumur 5 bulan

Semenjak dua menjak nie, hujan makin kerap turun. maklumlah dah hampir musim tengkujuhkan. Sesetengah tempat juga  dah banjir. Ingat lagi masa kecik2 dulu, kawasan perumahan tempat saya selalu banjir. Selalu gak saya main air banjir. Cuma berani-berani takut. yang bestnya, bila time banjir kawasan kami akan jadi pesta menangkap ikan. Sebab apa..sebab waktu tu, banyaklah ikan yang keluar. Senang nak tangkap. tapi tu semua kenangan... 
Oh ya...hari ini bukanlah saya nak bercerita kenangan saya waktu banjir. bagi sesetengah orang waktu banjir, waktu hujan memang seronok. Tapi bagi mereka yang alah kepada cuaca sejuk, musim-musim hujan begini adalah sesuatu yang merimaskan terutama bagi mereka penghidap asma. Kenapa yek? Sebabnya, bagi mereka yang alah pada cuaca sejuk... mereka akan lebih kerap diserang penyakit ini pada waktu begini..  
 kadang-kadang bila tengok orang asma saya jadi kesian. Saya pun dah merasai pa yang mereka lalui. Cuma alhamdulillah, asma saya bukanlah pada tahap yang serius. jadi saya lebih banyak berhati-hati supaya ianya tidak sampai ke tahap yang membimbangkan.... 
dan hari nie... bila saya terbaca kisah Pn Lia yang mengharungi penyakit asma anaknya dari umur 5 bulan buat saya amat kagum dengan ibu ini...  Jom kita ikuti kisahnya...
_______________________________________
"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil MealshakeTak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake , bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..


Ini rangkaian supplemen yang saya beri pada Irfan - Chewable Vit C, Mealshake dan Omega
________________________________
Banyak yang ibu muda ini perlu korbankan demi anak tersayang.....Kagum juga saya membacanya... dan Alhamdulillah.   akhirnya usahanya untuk mencari yang terbaik untuk anaknya jumpa jugak. Irfan Alhamdulillah serasi dengan suplement Shaklee.... Kasih ibu kan, sanggup buat apa saja untuk anak....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...