Khamis, 12 Disember 2013

Makanan ringan merosakkan otak

Selama nie bukan tak tahu. Tahu tapi ambik remeh. Banyak sangat pihak yang war-war kesan pengambilan makan ringan nie. cari je lah. mesti jumpa. Tu pun klu nak carilah. hihihi nie sebenarnya membebel untuk diri sendiri nie. Klu tau pun, stil nak bagi jajan-jajan nie kat anak. Bukan pe, sedap sebenarnya makanan nie. Tapikan... kesannya sangat menakut. Jom kita ubah sikit-sikit. Bukan pe untuk kebaikan anak-anak dan warisan kita juga

Saya sebenarnya tertanya, apa yang menyebabkan ianya merosakkan otak. Rupa-rupanya disebabkan kandungan yang terdapat  pada makanan tersebut.

Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).
Malahan ia sebenarnya mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Ini dibuktikan dengan penggunaan mononatrium glutamate, gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi, yang bertujuan mengekalkan kesedapan dan kesegaran. Namun, segala bahan ini dikenalpasti sebagai agen utama kepada masalah kesihatan, seperti kanser, kerosakan gigi, obesiti (kegemukan) dan jantung berlubang. Misalnya, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas kanak-kanak sekolah menunjukkan 89% daripada mereka mengalami kerosakan gigi, 60% diserang penyakit gusi dan 20% lagi berada di tahap serius dan memerlukan rawatan doktor gigi

Jadi, jom.. sediakan makanan sihat untuk keluarga. Jika sebelum nie, selalu sediakan air sirap or bancuhan kordial, hari nie saya sediakan home made jus rosel. Murah je.. seringgit saya dapat sebekas besar yang boleh saya bancuh berkali-kali. Bunga dia lak buat makan.

kurangkan sikit-sikit...lama-lama mesti boleh. Jom nikmati air nie. lagi sedap dari sirap sebenarnya.

Selasa, 10 Disember 2013

Kurap???

Nie kali kedua amirah kena penyakit nie. Kali kedua dulu masa amirah umur setahun. Boleh refer link ni. Kali nie saya tak kalut macam dulu lagi. Saya faham, saya dan hubby kulit sensitif. Jadi tak heranlah klu amirah pun terkena tempiasnya. Apatah lagi kami baru berpindah,persekitaran yang agak asing pada dia. Ada yang dia alergik. Jadi, tugas saya, meningkatkan sistem imun dia. Dan untuk kali nie, amirah tak pula merengek pedih or gatal. Tapi kadang-kadang nampak gak dia tergaru-garu. Nasib baik perasaan. Klu tak makin besar kurap dia. Dan saya percaya nie pun dah agak besar. His his cuaikan saya... Tak pe, tak pe... klu merunggut je, tak de penyelesaian. Jom atasinya.

Jika dulu saya cuma tambahkan mealshake + basic H dan herbal blend. Tapi kali ini saya tambahkan omega dalam diet dia. Omega nie tak yah cakaplah. Amirah memang pantang, pantang nampak. Klu tak tegas memang dia akan makan 2. Walaupun nak dia cepat sihat, tak delah saya bagi melebihi had.

Dan nie kesannya, pengambilan mealshake+omega + basic H + herbal cream. Lebih Cepat. Parut pun cepat hilang berbanding yang lalu. Pengambilan mealshake sebenarnya sebagai sumber protien untuk amirah. seperti yang kita tahu, protien yang baik membantu menghasilkan kulit yang cantik. Dan saya percaya, ia membantu mendapatkan kulit amirah yang cantik. Omega? Ia sebenarnya meredakan keradangan kulit. Merah-merah bahagian tepi tu cepat sangat hilang. herbal blend tu seperti biasa, untuk disapukan agar kulit amirah tak kering dan basic H adalah untuk sabun dia bagi menggantikan sabun yang dia guna.


Alhamdulillah syukur saya ianya dah pulih. Ada ibu-ibu yang bercerita anaknya belum sembuh-sembuh, malah makin teruk. Untuk ibu-ibu diluar saya yang mempunyai anak yang mempunyai masalah yang sama dengan amirah. Diharap ianya menjadi panduan ibu-ibu menyelesaikan masalah ini.

salam sayang,

Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya

or sms/call : 0177206723




Khamis, 5 Disember 2013

Omegaguard membantu mengatasi masalah penyakit jantung



Dalam kenangan...

Ingat lagi pada pelakon nie? Faizal Yusuf. Sejujurnya, saya sangat suka tengok dia berlakon. Sangat hidup watak yang dimainkan. Bila dengar berita meningal amat-amatlah terkejut. Yelah dia muda lagi. Klu tak silap dia meningal pada usia 33tahun akibat Penyakit jantung.

Muda sangat. Dulu yang menghidap penyakit jantung nie biasanya warga emas. tapi penyakit nie dah agak sinonim dengan orang muda. Antaranya disebabkan gaya hidup yang diamalkan. contohnya malas bersenam & amalan hidup pasit. Maaaf ye, saya tak tujukan ianya pada arwah sebab saya tak tahu gaya hidup yang diamalkan... Teguran saya tadi untuk kebanyakkan gorongan muda hari ini. Ingat ini sebenarnya untuk saya juga. Sebab saya pun kadang kala agak malas bersenam.

INGAT YA, PENYAKIT JANTUNG NIE ADALAH PENYAKIT YANG SERIUS. tapi rawatan awal boleh dilakukan bagi memperbaiki otot jantung yang rosak. Pastikan kehidupan ini amat berharga untuk anda. Jagalah diri, sayangi diri. Jika anda berasa ketidakselesaan pada jantung atau kesihatan anda. Berjumpalah Doktor, dan carilah alternatif yang terbaik. Ingat ya, penyakit ini boleh diubati. 


Petikan ini adalah daripada doktor pakar iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad :

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Biasanya doktor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.


1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. 

2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.



3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari. 

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.


Saya mencadangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor. 

Peluang baik untuk anda yang ingin merendahkan tahap kolestrol anda dengan Omega, bulan ini harga runtuh untuk Omega. Sangat-sangat jimat. Tak sama ye dengan minyak ikan biasa di pasaran. 

REBUTLAH PELUANG INI UNTUK DAPATKAN OMEGA 3 PADA HARGA RUNTUH. INGAT OMEGA 3 MEMBANTU MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG! ANDA BUKAN PESAKIT JANTUNG? CEGAH SEKARANG!!!!

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723

Isnin, 2 Disember 2013

Omega guard bantu hilangkan sakit sendi

Alhamdulillah. Seronok sangat bila dapat berita bulan nie promo Omega buy 6 free 1. Seronok yang tak terkata :)
Dengan omega nie macam-macam masalah saya dapat diatasi. Niat asal hanyalah sebagai tambahan untuk diberikan kepada amirah yang dialirkan melalui susu badan saya. Yelah masa mengandung dulu tak jumpa lagi shaklee. Cetek sangat pengetahuan tentang vitamin yang ada hanyalah cerita negetif. Orang kata jangan makan vitamin nanti baby besar. Sian amirah. Naluri seorang ibu, mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Jadi saya nekad menyusukan Amirah walau apa pun halangannya. Banyak ilmu-ilmu yang saya gali. Alhamdulillah mampu menyusukan amirah lebih 2 tahun.

Sepanjang saya menyusu, saya tertanya cukup ke khasiat susu saya. Yup saya tau, susu ibu adalah susu yang terbaik tapi tak salah rasanya klu saya tambahkan lagi khasiat susu saya kan. macam mana caranya? ia adalah melalui pemakanan kita. Sebab tak ambik apa-apa sewaktu mengandung yang membantu perkembangan otak amirah. Jadi, saya tambahkan omega guard dalam diet saya. Makanlah sehari sebiji dengan niat agar membantu perkembangan otak amirah agar lebih baik. Bukanlah maksud saya amirah ada masalah apa-apa, tapi dah namanya ibu, selagi dia terdaya buat yang terbaik, mesti dia berusaha kan :)

Dan Alhamdulillah, daya ingat amirah sangat kuat. Dia dapat mengingati dan ceritakan sesuatu pekara. walaupun kadang-kadang dia nampak macam main-main, tapi tu lah... dia cepat tangkap. 

Dan sebenarnya bonus untuk saya, sakit sendi-sendi saya hilang. Start mengandungkan amirah memang saya selalu kena simpul biawak. tapi dah bersalin pun sama. Tapi bukan macam simpul biawak. dia lebih kepada urat kaki. Kebas, sakit. Menangis-nangis saya. Klu cik hubby ada, leh lah tolong picit-picit walaupun tak jalan, tapi legalah gak. Klu tak de? tak kan nak biar je. Urut pun sama je. Dan bila ada konsisten makan omega & kalsium nampak bezanya. Alhamdulillah, dah lama tak rasa sakit kaki. Terima kasih Allah.

Tau tak antara puncanya? Ia ada disebabkan bius yang digunakan dalam proses pembedahan yang dijalankan. Sumber Dr Zubaidi. menurut Dr lagi, bagi sesetengah wanita bius yang digunakan menyebabkan kesan sampingan malah menyebabkan kerosakan saraf dan menyebabkan mereka sakit. Fahamlah saya kenapa ianya terjadi kepada saya. 

Bagaimana Kalsium & Omega membantu saya dalam masalah ini?
 Sifat omega shaklee inmflammation (anti keradangan) membantu sakit saraf saya sembuh. manakala kandungan kalsium selain membekalkan kalsium juga membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf.

Bestkan, sebab nak kayakan nutrisi anak dalam susu saya, masalah saya pun selesai. Sangat berbaloi. Tapi tu je ke? Tak. Ada lagi. Baju saya makin longgar tau. Sebab omega pun bantu bakar lemak-lemak yang dah bersarang dalam badan saya. Suka-suka

Nak saya bantu anda?
 Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723




Selasa, 19 November 2013

Terlebih makan? apa nak buat?

Macam mana cuti anda? Seronok sampai terlebih makan? hehehehe... itu kan pekara biasa. Jangan marah diri anda ye. Jangan marah sape-sape. Lagi yang balik kampung, mak masak sedap-sedap, dimarahnya mak sebab masak sedap-sedap. yang dah kahwin lak marah isteri ke, anak ke, suami ke sebab nak makan sedap-sedap. Jangan macam tu ye.. tak baik tau. 
Eh.. klu tak marah macam mana nak kurus.


Bukan macam tu...
meh saya share apa yang kita patut buat bila terlebih makan.
Cara terbaik untuk membuang rasa bersalah :
1) JANGAN HUKUM DIRI SENDIRI
Tidak perlulah sampai menghukum diri sendiri dengan menahan diri daripada makan, atau memaksa diri berolahraga berjam-jam. Bila anda menghukum diri, anda sebenarnya lebih sukar untuk berubah. Sebaliknya, mulailah memilih makanan sihat dan amalkan latihan setiap hati. Biarkan rasa bersalah tersebut hilang dengan sendirinya.

2) SAYANGI DIRI
Ingatkan diri bahawa setiap orang melakukan kesalahan dan kita pasti boleh melakukan yang terbaik selepas daripada itu. Jangan biarkan rasa bersalah mendera jiwa. Katakan pada diri bahawa anda boleh lakukan. Maafkan diri anda dan sayangi diri. Anggap apa yang anda makan itu sebagai hadiah untuk diri anda.

3) MEMESONGKAN FIKIRAN
Berbuat baik pada diri dengan memesongkan fikiran anda daripada memikirkan "kesalahan" tersebut. Gunakan liburan di waktu lapang anda yang boleh mendatangkan bahagia pada diri sendiri bermain dengan anak-anak, bersiar-siar, berkebun dan sebagainya.

nak cantik nie jangan stress ye. 
buat perlahan-lahan sampai matlamat kita
In Sya Allah... kita lebih bahagia menikmatinya.

salam sayang 
mamaeisya

Sabtu, 16 November 2013

Langkah pertama nak kuruskan badan

Selamat pagi semua...

Wah... banyaknya pertanyaan masuk inbox saya tanya pasal nak kurus nie? Betul ke saya dah makin kurus? Yup... Sejujurnya ya. Saya memang dah makin kurus cuma masih ada lebihan-lebihan yang perlu dikurangkan.

nanti saya siapkan satu story cerita tentang saya ye. Tapi hari nie, saya nak sharekan apa langkah pertama yang mesti dibuat untuk kurangkan berat badan. Ye apa langkah pertama yek? sebab klu kita terus angan-angan nak badan macam tu, macam nie tapi tak de langkah yang tepat susah gak kan.


Langkah pertama yang anda betul-betul kena tau adalah berapa banyak kalori yang kena diambil setiap hari. Ini memang wajib tahu. Setiap hari memang kena ambil makanan sikit ke banyak ke memang kena ambil. yang diet terus tak nak makan tu yang salah. 

Jadi, bila dah tau keperluan kalori kita senang. sama ada kita nak ambik lebih (bagi kes yang terlalu kurus) atau nak kurangkan ( nak kuruskan badan). Link nie ada menyediakan cara mengira kalori yang anda perlukan. http://walking.about.com/cs/calories/l/blcalcalc.htm

Dah tau keperluan kalori harian anda??

Nak TAMBAH BERAT = Lebihkan 500 kalori makanan harian anda

NAK KURANGKAN BERAT = Kurangkan min 500 kalori makanan harian 


NAK MAINTAIN BERAT = Amik kalori makanan harian dalam lingkungan yang anda dah kira 

oh ya sebelum saya terlupa, jika anda mengambil sebarang vitamin ia tidak menambahkan kalori anda cuma membekalkan keperluan vitamin dan mineral harian anda. Jadi jangan takut ye makan vitamin.

  Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723

Jumaat, 15 November 2013

Jom berdoa

Salam Jumaat semua.

Hari nie saya nak kongsi saya nak kongsi satu topik yang biasa-biasa je tapi kesannya sangat besar dalam kehidupan kita. iaitu doa. Sebelum tu, nak tanya, dah doa pagi nie? Alhamdulilllah.. bagi yang dah. Bagi yang belum, berdoalah. Doalah apa saja. Mudah-mudahan yang baik-baik saja mengiringi hidup kita :)


Ramai yang berdoa supaya Allah mengabulkan impian mereka tetapi pemiliran mereka tidak selari dengan doa mereka sendiri. 
Contohnya, mereka berdoa, nak kaya tapi hati kecil mereka selalu cakap boleh ke?
Atau, berdoa agar sentiasa seronok dengan pekerjaan, kehidupan tetapi sering merungut. Tak bestlah, Bosannya, AHHH...jadi secara tak langsung, yang tak best-best semua datang pada kita

malah ada juga ibu bapa yang sentiasa berdoa nak anak yang soleh, tetapi sering beri gelaran yang tak baik pada anak, anak bodoh, tak guna,lembab, anak syaitan dan macam-macam lagilah. kesian anak tu. kata-kata ibu bapa tu kan doa . Malah antara doa yang paling makbul adalah doa ibu bapa. Kesian anak tu, selalu di doakan yang tak baik. Jom kita ubah apa yang kita sebut.

Jadi, Jom selarikan apa yang kita doa samada dari segi perbuatan, hati, pemikiran dan apa-apa saja yang kita fokus. Tindak balas kita semasa menerima sesuatu adalah sebahagian daripada doa 


Tulisan ini hanyalah ingatan saya untuk semua dan juga diri saya juga. Doa saya agar segala yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup kita semua

salam sayang
mamaeisya

Khamis, 14 November 2013

Asma pulih dengan set berpantang

Alhamdulillah.. gembiranya tak terkata bila kawan sejak sekolah bagi tau dia dah makin sembuh bukan saja akibat keguguran tetapi asma yang ditanggungnya sejak dulu dah beransur sembuh. Ceritanya dulu nak duduk dalam rumak yang ada carpet pun susah, nak bual lama-lama pun payah. Nak buat aktiviti harian pun terbatas. Setiap bulan pasti singgah hospital untuk dapatkan bantuan gas. Tapi, bila dia bagi tau asmanya makin sembuh, dah makin jarang ke hospital. Syukur. Tak terucap saya. Alhamdulillah. Senyum saya. Nikmatnya bila dapat membantu...

Jom kita tengok apa yang ada dalam set berpantang

1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.


Bagaimana asmanya pulih dengan set ini?
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell danMacrophage(Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan oksigenasi(oxygenation) pada tissue-tissue dalam tubuh badan
  • Meningkatkan penyembuhan tissue
B Complex
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
Alfalfa
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
  • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
  • Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
  Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723    
  





    Selasa, 12 November 2013

    Nutriferon pengganti ubat selesema

    Seingat saya sejak saya kahwin dengan hubby ubat selesema memang dah tak asing lagi. lagi-lagi baru kahwin 2 tahun pertama. Ubat selesema memang wajib dalam peti ais. Tapi saya tak pernah ambik port. bukan tak sayang dia tapi saya memang jenis tak suka makan ubat. maaf ye hubby.. Hubby memang kerap kena selesema. lagi-lagi dia alergik habuk, hujan. sebab tu stok ubat selesema sentiasa ada. kerap gak dengar saya dengar dia cita pil yang tu tak kuatlah. klu pil yang tu makan sebiji mesti cepat hilang selesema. saya yang penakut makan ubat lagilah takut.

    tapi tu cerita dululah. sekarang dah tak de lagi. sekarang nutriferon ganti ubat selesema. stok ubat selesema pun dah lama tak de kat umah. tapi stok nutriferon memang sentiasa ada. banyak perubahan yang saya tengok pada hubby. dulu klu kena selesema macam pe tah. dengan hidung yang asyik tersumbat wwalau dah makan ubat selesema, dengan kepala yang sakit, tido  lepas makan ubat selesema sebab ngantuk sangat-sangat. sekarang, lepas ada tanda-tanda selesema, cepat-cepat saya bagi dia makan nutriferon. Alhamdulillah, sekarang alhamdulillah... walau selesema masih dapat lagi main dengan anak-anak, masih lagi dapat buat kerja macam biasa. Alhamdulillah... tahap kesihatan hubby dah bertambah baik. saya pun tak perlu risau bila dia kena tambah tahap dos ubat dia.


    KENAPA SAYA TAK BERKIRA BERIKAN NUTRIFERON KEPADA HUBBY?

    1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
    2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
    3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
    4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
    5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFerontelah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi.
    sumber info : cery mamafaiz

    orang tersayang anda pun kerap selesema? atau kerap demam? nak gantikan ubat sintetik dengan suplement yang lebih semulajadi, lebih selamat? meh cuba nutriferon. sangat berbaloi untuk wang anda dan kesihatan orang tersayang.


    Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
    FB : Shaidah mazlan
    Fan Page : Mamaeisya
    or sms/call : 0177206723

    Rabu, 16 Oktober 2013

    Collogen shaklee buat saya makin jatuh cinta

    collogen shaklee buat saya makin jatuh cinta dengan produk keluaran shaklee. Sebelum nie saya tak tau penangannya macam mana. Bila dah tau, dah rasa.. wah.... memang best..... BEST SANGAT..... BETUL.... SAYA TAK tipu best sangat...

    Kenapa saya kata best?
    hari nie baru hari ke 4 saya amalkan kologen shaklee bersama esp. memang sangat terasa sangat. Kulit makin lembut. Lembut sangat. Tapak kaki & tangan sangat lembut. Bukan saya je kata. Cik hubby pun cakap macam tu tau. dulu memang kasar. dengan sekarang dah macam kulit kutil babay lak. Best tau bila cik hubby cakap macam tu. Senyum sampai ke telinga saya.. berhari-hari... hehehehe... Sapa yang tak suka bila kena pujikan..

    Apa yang buat saya tertarik untuk cuba?
    Sejujurnya saya amat tertarik dengan beberapa testimoni yang dikongsi dalam group kami. Dari muka banyak jeragat, bertukar menjadi putih berseri. Dari kulit mengerutu bertukar menjadi kulit yang licin. Macam cerita ultraman lak bertukar-tukar. Tapi memang betul. Saya sangat sangat teruja. Dan bila saya nikmati sendiri kesannya. Yup... alhamdulillah... sangat-sangat mengujakan.

    Bila orang lelaki dalam group kami bersuara penangan kologen.. saya faham kenapa mereka bersuara sebab cik hubby pun menyuarakan pekara yang sama. BEST TAU berhari-hari senyum dengan penangan KOLOGEN nie....


    Nak tau apa yang ada dalam esp  dan kologen yang membantu mendapatkan kulit yang cantik?

    COLLOGEN SHAKLEE

    • Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
    • Menghidratkan - Melembabkan kulitbagi mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
    • Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan kulit. memang betul sebab saya dah rasa. best... tapak kaki pun jadi lembut. 
    • Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit. yup.. walaupun baru 4 paket kulit rasa macam kuit baby.
    • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan sihat. saya belum lagi rasa. Tapi, saya dah tengok kesannya. kuku mereka yang ada masalah bertukar jadi cantik.
    • Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan meratakan warna kulit. Nie yang buat saya sangat teruja. Bila tengok kulit mereka yang amalkannya jadi makin cantik. Jeles saya... tu yang makin pulon collogen. Sape yang tak nak kulit cantik..
    • Membantu menegang dan menganjalkan payudara. Yang nie.. tak yah lah saya bagitau umum ye... Gempak lak nanti. yang dah rasa je tau..
    • Faedah tambahan - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. membantu mengekalkan otot dalam mata supaya lembut.

    ESP
    • ESP ialah protin terbaik. Apabila protien yang baik digunakan maka sel-sel yang terbentuk atau yang terhasil juga merupakan sel yang terbaik
    • Tubuh kita perlukan protien kerana hampir keseluruhan badan kita terdiri dari protien antaranya kulit, rambut, otot-otot,  Jadi bila ia dibentuk dari bahan yang baik, maka hasilnya sudah tentu yang terbaik.
    • Fungsi protien adalah untuk mengantikan tisu-tisu badan yang lama/rosak, membina sel-sel baru.
    • Bila esp diambil bersama dengan collogen. Ia membantu mengoptimumkan penghasilkan sel-sel baru yang baik/ yang cantik. 
    • penangan ESP nie adalah antara yang terawal buat saya jatuh cinta dengan shaklee. Ingat dulu masa pertama kali cik hubby kata kulit saya lain makin cantik. heheheehe.. yang buat saya senyum sampai ketelinga berhari-hari. masa tu belum ada collogen. bila selidik-selidik, penangan ESP rupanya...yelah, bila kulit kita dibina dari protien yang baik, sel yang terhasil pun cantik. 

    Anda pun nak rasa macam apa yang saya rasa. Senyum ke telinga berhari-hari hasil penangan Collogen powder + esp? Meh pm saya...

    Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
    FB : Shaidah mazlan
    Fan Page : Mamaeisya

    or sms/call : 0177206723



      

    Rabu, 9 Oktober 2013

    Alhamdulillah..

    Bila ada yang bercerita anak tak nak makan, anak selalu demam nak je saya paksa bagilah mealshake. Bagilah.. Tak rugi.. sebab anak saya pun makan..

    Dulu lagilah... macam-macam masalah.. Tapi sekarang alhamdulillah.. Atas kehendakNya jugak. Saya sebagai ibu berusaha je..

    Tapikan.. saya tak delah sampai hati nak paksa-paksa orang nak ambik mealshake ke apa ke.. saya cuma terniat..sebab nak sangat dia rasa apa yang pernah saya rasa. Jadi, saya doa jelah banyak-banyak mudah-mudahan pintu hati dia terbuka untuk cuba mealshake.

     Bila amirah ambik mealshake, bukan terus baik.. ada gak sakit. Tapi saya tak salahkan mealshake.. sakitkan untuk bina antibody yang lebih kuat. Cuma saya perasan tak da lah kerap macam dulu.

    Nie kan saya kongsikan luahan hati ibu yang anak dia dari tak nak makan sekarang alhamdulillah.. dah mula mintak nasi. Habis lak tu.. hati ibu mana yang tak suka. klu saya kan, mahu saya nangis peluk amirah... nangis suka tau..
    -----------------------------------------
    Alhamdulillah..bersyukur sangat2 hari ini kerana setelah sekian lama berusaha akhirnya Allah perkenankan.

    Al kisahnya, si Fatimah Az-Zahra' ni agak kurang pemakan...hanya minum susu, nasi kurang. Jika nak dia makan banyak, buat menu berasaskan mee. Bila dibuat nasi bubur memang tak nak. Bagi nasi sup pun x selera juga.

    Sangat terkejut apabila hari ini, ummi suap nasi kepada abang dan kakaknya, tiba-tiba dia kata ; "ummi nak cik... (ummi, nak nasi).

    Ummi pun suap dia berselang-seli dengan abang dan kakaknya...lastly dia yang habiskan nasi berkuahkan kurma ayam. Allah.. ummi sangat gembira sebab sekarang dia dah mula menunjukkan minat utk makan nasi.

    Pastu ummi dok terfikir-fikir, macamana hari ini dia beria-ria nak makan nasi?

    Barulah tahu apa sebabnya ; nilah " kesan sampingan " ummi letakkan sedikit MEALSHAKE ke dalam susunya. Tujuan asal adalah untuk mengatasi masalah kerap demam yg disertai dengan batuk dan selsema. Boleh dikatakan setiap 2 bulan, Fatimah akan kena demam. Dahulu antibodinya lemah, jadi ummi bagi MEALSHAKE ini utk bekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat.

    Bonus buat Fatimah setelah ummi ikhtiar dengan MEALSHAKE;
    - tak kerap lagi demam macam dulu
    - selera makan semakin bertambah
    - aktif dan cergas
    - tubuhnya berisi sesuai dengan ketinggian (Mealshake membantu tumbesaran kanak2)

    -------------------------------------------

    nie bukan cerita saya ye..
    nie cerita dari group kami... saya cuma menyebarkan.. untuk manfaat pada semua..

    Tak salahkan klu berbelanja lebih untuk kesihatan anak. Klu kita leh belikan mainan untuk dia tak kan makanan kesihatan untuk dia kita berkira.

    Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
    FB : Shaidah mazlan
    Fan Page : Mamaeisya

    or sms/call : 0177206723

      

    Jumaat, 20 September 2013

    MENCARI KALSIUM TERBAIK?

    Anda sedang mencari kalsium terbaik untuk memenuhi keperluan kalsium ibu menyusu? Ostematrix jawapannya

    KENAPA ANDA PERLUKAN KALSIUM?
    Pengambilan kalsium tidak boleh dipandang ringan terutamanya bagi ibu menyusu dan mengandung. Keperluan kalsium ibu menyusu adalah SEKITAR 500 mg kalsium/ 250 mg magnesium sehingga 1500 mg kalsium/ 750 mg magnesium (lebih besar dos yang diambil, lebih efektif hasilnya). Jika kandungan kalsium tidak mencukupi dalam susu ibu, maka, kalsium sedia ada yang terdapat dalam badan ibu akan dialirkan kedalam susu baby..

    TAK PE, SAYANGKAN ANAK BIARLAH ANAK DAPAT KHASIAT DARI IBU.. IBU SEDIA BERKORBAN...
    TAPI, TAHUKAH ANDA.. KEKURANGAN KALSIUM AKAN MENYEBABKAN BADAN ANDA LEMAH, LESU, KAKI SENGAL-SENGAL, MALAH NAMPAK LEBIH TUA. DAN YANG LEBIH TERUK RISIKO OSTEOPOROSIS...

    KLU IBU KERAP SAKIT,SELALU LEMAH, LETIH, MALAH TULANG RAPUH SAPA NAK JAGA BABY, NAK JAGA KELUARGA...BERKORBAN BIAR BERTEMPAT YA...

    PASTIKAN KANDUNGAN KALSIUM ANDA MENCUKUPI YA..

    Kalsium tidak boleh diambil berasingan, perlu diambil dengan kombinasi magnesium (Contoh : Cal-Mag atau Cal-Mag-Zinc supplements). Jika tidak diambil secara kombinasi, dikhuatiri kalsium tidak akan dapat diserap dengan efisyen ke dalam badan kita

    shaidah
    0177206723


    .

    Selasa, 17 September 2013

    Menyusukan bayi pun jihad ke?

    salam ceria buat anda semua....

    Saya sangat tertarik dengan satu artikel di majalah solusi isu 59 mengenai tajuk ini. Iaitu berjihad dengan susu ibu. Dengan susu ibu pun boleh berjihad ke? Tajuk artikel nie buat saya tertanya-tanya. Apa itu jihad? susu ibu? macam mana berjihad dengan susu ibu? Boleh ke? betul ke?

    Jika sebelum nie, klu sebut jihad je, secara outomatik saya terus terbayang perang, kemudian, yang berkaitan dengan agama. Itu sahaja. Sungguh cetekkan pengetahuan saya.... Sebab itu, mudah sangat salah sangka.

    Jika dilihat makna jihad, jihad adalah 'berjuang bersungguh-sungguh'. itu sahaja.
    Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifahAllah di bumi.
                                                                                                                             wikipedia

    Apakah amalan terbaik untuk jihadkan? Jihad bukan hanya berperang. Apa kata puan menyusukan berjihad dengan susu ibu? Kalau sebelum ini puan sanggup dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan dan 10 hari, maka apalah sangat dengan berjihad untuk menyusukan bayi. Jika puan hendak juga, bolehlah puan menyusukan anak selama dua tahun penuh selepas melahirkan si comel baik lelaki mahupun perempuan sebagai tanda kesyukuran.
                                                                                                                    petikan majalah solusi, edisi 59

    Alhamdulillah... selama nie saya tak tau pun boleh berjihad dengan susu ibu. Ya... berjihad dengan susu ibu bermakna anda sanggup menyusukan si comel anda dengan susu anda. Kita bersungguh-sungguh nak bayi kita minum susu kita. Bukan senang, lagi-lagi bagi ibu muda. Ada je halangannya, dengan kekoknya, dengan susu sikitlah.. macam-macam lagi lah... 

    Jadi, bila kita berjihad, kita akan sungguh-sungguh untuk cuba, untuk buat. Tak boleh or ada halangan yang lain, kita akan sedaya upaya buat. Kita tak kan mudah berputus asa. 

    Jadi. untuk anda yang dah berjaya menyusukan bayi anda selama 2 tahun, TAHNIAH saya ucapkan. Yang belum.. jom kita berjuang... Bukan senang ye.. Tapi bukan susah gak. Klu itu yang kita nak.. in sya Allah.. pasti dipermudahkan... Alhamdulillah.. amirah dah lepas, sampai terlebih-lebih... sekarang turn afifah.. mudah-mudahan tercapai impian...

    Jom kita susukan bayi kita..




    Khamis, 12 September 2013

    Alfalfa, raja segala tumbuhan...

    Sebelum nie banyak yang sha postkan tentang alfalfa. makin kurang kena asmalah, buang air makin lawaslah, susu makin banyak lah. macam-macam lagilah...

    Tapi bagi yang masih baru, tentu tertanya-tanyakan apa dia tu Alfalfa. best sangat ke Alfalfa shaklee nie? Apa khasiat dia?

    Tak pe jangan risau... meh sha kongsikan lagi apa dia Alfalfa shaklee nie. kenapa dia tak setanding dengan alfalfa biasa.

    Alfalfa nie sebenarnya dah lama dah digunakan. malah dia dah digunakan oleh manusia lebih dari 2500 tahun dahulu. Ia juga telah dikenalpasti membekalkan pelbagai nutrisi dan zat galian, yang mana ia membekalkan nutrisi yang kebanyakkannya tidak terdat dalam buah-buahan atau sayuran. ia juga kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Macam best jekan... 

    Tapi apa yang membezakan Alfalfa shaklee dengan yang lain?
    Species alfalfa yang digunakan oleh shaklee adalah medicago sativa iaitu gred yang paling tinggi bagi dalam kalangan kumpulan Alfalfa. Shaklee hanya menggunakan daun alfalfa yang matang sahaja. Sebabnya daun alfalfa yang matang nie kaya dengan klorofil. Lepas tu, daun nie akan dikeringkan semulajadi untuk memastikan nutrisi yang terkandung didalamnya kekal. Malah, bahagian lain, macam batang, tangkai daun semuanya dibuang untuk memastikan alfalfa yang dihasilkan benar-benar berkualiti. 

    Daun-daun yang dah dikeringkan tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. jangan tak tahu, Setiap tablet alfalfa mengandungi 300mg alfalfa. nampak kecik je kan... tapi guna 300mg alfalfa....

    macam-macam kelebihan alfalfa nie..
    • untuk ibu menyusu ia boleh jadi milk booster
    • cuci hati, darah, usus- sebab alfalfa adalah diuretik dan menyahtoksik secara semulajadi.
    • membaiki masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik, sembelit
    • menyingkirkan lemak dan kolestrol - nie memang tak dinafikan..sebab saya pun dah cuba.
    • melawan tumor - dimana alfalfa akan mengalkalikan badan, seterusnya memperbaiki sel-sel tumur dan membuangnya..
    • melegakan keletihan
    • mencegah/merawat atritis

    nak lagi info mengenai alfalfa? meh jenguk sini

      Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
    FB : Shaidah mazlan
    Fan Page : Mamaeisya
    or sms/call : 0177206723


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...