Memaparkan catatan dengan label asma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asma. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Asma pulih dengan set berpantang

Alhamdulillah.. gembiranya tak terkata bila kawan sejak sekolah bagi tau dia dah makin sembuh bukan saja akibat keguguran tetapi asma yang ditanggungnya sejak dulu dah beransur sembuh. Ceritanya dulu nak duduk dalam rumak yang ada carpet pun susah, nak bual lama-lama pun payah. Nak buat aktiviti harian pun terbatas. Setiap bulan pasti singgah hospital untuk dapatkan bantuan gas. Tapi, bila dia bagi tau asmanya makin sembuh, dah makin jarang ke hospital. Syukur. Tak terucap saya. Alhamdulillah. Senyum saya. Nikmatnya bila dapat membantu...

Jom kita tengok apa yang ada dalam set berpantang

1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.


Bagaimana asmanya pulih dengan set ini?
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell danMacrophage(Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan oksigenasi(oxygenation) pada tissue-tissue dalam tubuh badan
  • Meningkatkan penyembuhan tissue
B Complex
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
Alfalfa
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
  • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
  • Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
  Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723    
  





    Rabu, 4 September 2013

    Alhamdulillah... indahnya bila mampu membantu....

    Salam semua.. Apa khabar hari nie? Sihat?

    nak dengar testimoni dari customer saya hari nie? bila dengar testimoni nie, saya sebak, gembira. Indahnya bila dapat membantu meningkatkan kesihatan orang lain. 

    Bila kawan kata, sha terima kasih.. Bulan nie belum pernah lagi pergi hospital untuk ambik gas. klu tak tiap-tiap bulan mesti kena pergi. HUHUHU!!!! nak nagis rasanya... gembira pun de. Alhamdulillah.. seronoknya dapat bantu orang.

    Kisahnya, kawan nie, mengalami asma yang agak teruk. Boleh dikatakan setiap bulan pasti hospital tempat yang dituju. ambik suplement sebab nak tingkatkan kualiti kesihatan. Dan alhamdulillah... ianya berhasil.

    kerana kekangan budget, dia mulakan dengan ALFAFA dulu. maklumlah, alfafa kan ada seribu satu khasiat yang memang tak boleh dipertikaikan lagi. Cerita kawan lagi... buang air besar pun makin lawas. Malah, jika jerawat dulu selalu singgah di muka.. sejak amalkan alfafa, jerawat dah makin malu... 


    HUHUHU... saya memang nak nagis.. lebih-lebih bila huby tak de.. saya makin touching...

    nak saya bantu anda?
    meh sms saya
    0177206723
    or just email saya shaidahmazlan@yahoo.com

    Rabu, 30 November 2011

    Kisah suka duka Pn Lia bersama anaknya yang menghidapai asma sejak berumur 5 bulan

    Semenjak dua menjak nie, hujan makin kerap turun. maklumlah dah hampir musim tengkujuhkan. Sesetengah tempat juga  dah banjir. Ingat lagi masa kecik2 dulu, kawasan perumahan tempat saya selalu banjir. Selalu gak saya main air banjir. Cuma berani-berani takut. yang bestnya, bila time banjir kawasan kami akan jadi pesta menangkap ikan. Sebab apa..sebab waktu tu, banyaklah ikan yang keluar. Senang nak tangkap. tapi tu semua kenangan... 
    Oh ya...hari ini bukanlah saya nak bercerita kenangan saya waktu banjir. bagi sesetengah orang waktu banjir, waktu hujan memang seronok. Tapi bagi mereka yang alah kepada cuaca sejuk, musim-musim hujan begini adalah sesuatu yang merimaskan terutama bagi mereka penghidap asma. Kenapa yek? Sebabnya, bagi mereka yang alah pada cuaca sejuk... mereka akan lebih kerap diserang penyakit ini pada waktu begini..  
     kadang-kadang bila tengok orang asma saya jadi kesian. Saya pun dah merasai pa yang mereka lalui. Cuma alhamdulillah, asma saya bukanlah pada tahap yang serius. jadi saya lebih banyak berhati-hati supaya ianya tidak sampai ke tahap yang membimbangkan.... 
    dan hari nie... bila saya terbaca kisah Pn Lia yang mengharungi penyakit asma anaknya dari umur 5 bulan buat saya amat kagum dengan ibu ini...  Jom kita ikuti kisahnya...
    _______________________________________
    "...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

    Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

    Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake , bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

    Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..


    Ini rangkaian supplemen yang saya beri pada Irfan - Chewable Vit C, Mealshake dan Omega
    ________________________________
    Banyak yang ibu muda ini perlu korbankan demi anak tersayang.....Kagum juga saya membacanya... dan Alhamdulillah.   akhirnya usahanya untuk mencari yang terbaik untuk anaknya jumpa jugak. Irfan Alhamdulillah serasi dengan suplement Shaklee.... Kasih ibu kan, sanggup buat apa saja untuk anak....


    Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

    or sms saya 0177206723

    Selasa, 11 Oktober 2011

    Penyakit asma. Apa yang anda perlu tahu?


    Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.
    Simptom-simptom
    1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
    2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
    3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
    4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
    Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
    Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
    1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
    2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
    3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
    4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
    5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
    Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
    Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
    Untuk bercerita tentang asma, subjek ini terlalu luas dan dalam. Banyak lagi yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit asma terutama ketika dewasa iaitu serangan asma ketika bekerja. Kepada yang mengalami penyakit asma, untuk mengelakkan keadaan asma anda menjadi tidak terkawal, pastikan ada langkah pencegahan seperti yang saya maksudkan di atas iaitu pastikan rumah tidak berhabuk, membela kucing peliharaan dan suhu di rumah tidak terlalu sejuk. Kemudian pastikan ubat yang diberikan oleh doktor anda ikut menurut seperti yang ditetapkan.
    Sekiranya ubat tersebut hanya diperlukan ketika serangan gunakan. Dan sekiranya diperlukan pada setiap hari pastikan anda ikut jadual tersebut. Sekiranya keadaan asma anda masih lagi teruk walaupun telah menggunakan ubat yang diberikan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan oksigen.
       sumber : http://psipum.org/simptom-punca-penyakit-asma/
    ___________________________________
    Untuk anda yang menghidap penyakit ini, mesti berada dalam keadaan tidak selesakan... Saya pun pernah mengalaminya ketika mengandungkan amirah dulu. Mungkin pembawakan anak ketika itu... tapi tak jugak... sebab sebelum itu saya memang sensitif dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah... Doktor kata masih peringkat awal... Ingat lagi waktu nie, saya kena marah ngan cik Hubby sbb tak nak makan ubat. Saya memang tak suka makan ubat... sory ya cik hubby. Memang sungguh tidak selesa waktu tu. Apatah lagi jika suasana sekeliling sejuk... nak tido malam pun tak selesa... asyik terbatuk-batuk je...  masa tu saya tak jumpa Shakle lg... jadi, terpaksalah tahan je... Bila dah bersalin dan menyusukan anak.. baru saya jumpa shaklee... Tu pun waktu amirah dah hampir 6 bln... alhamdulillah, mula-mula niat nak ambik shaklee sebab menyusukan amirah je... tapi...Asma dan resdung dah semakin berkurangan... Ingat lagi masa mula-mula dulu... Pagi-pagi kahak akan keluar... bila dah keluar rasa lega sangat.... Alhamdulillah... dan sekarang, saya dah tak da masalah klu duduk dalam suasana sejuk... Klu dulu, saya mudah batuk, selesema walau duduk dalam aircond... Tapi sekarang alhamdulillah....



    Untuk anda yang menghidap penyakit ini,  suplement yang dicadangkan untuk anda ialah protien (mealshake/ESP), multivitamin, b-complex, vitamin c, beta carotena dan juga zinc.  Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil vitamin c, Vitamin A (Beta carotena) dan Zinc.
     Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita...

    Shaklee Id 846147
    Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

    or sms saya 0177206723

    Selasa, 14 Jun 2011

    exzema, asma, gegata, resdung, alergik

    1. Mesti rasa runsing kan kalau setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan aje hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung.
    2. Mesti rasa runsing kan kalau silap makan sikit dah asyik dok menggaru sana-sini macam kera kena belacan.
    3. Mesti rasa runsing kan kalau terpaksa berpantang makan sebab risau semput kalau tak jaga makan.
    4. Mesti rasa runsing kan kalau tengok kulit anak berparut-parut dan merah-merah gara-gara eczema.
    5. Mesti rasa runsing kan kalau terpaksa buang kahak sepanjang masa sampai rasa perit tekak dan hidung.

      anda mengalami situasi ini? mesti runsingkan.... Saya dan Cik Hubby pun pernah mengalami situasi yang sama tapi itu dulu. Masa saya tak kenal lagi shaklee.. Tapi sekarang, alhamdulillah..... keadaan kami bertambah baik. Nak tau apa yang berlaku pada saya dan cik Hubby dulu....
      Klu dulu setiap kali berada di kawasan berhabuk, pasti bersin sepanjang hari, selesema dan mata merah (nak buat kerja rumah pun payah kadang-kadang). Bukan selesema je... kadang-kadang kulit pun cepat alergik ngan habuk....
      klu berlaku perubahan cuaca.. Macam bila balik kampung pasti saya batuk dan berkahak terutamanya waktu sejuk seperti musim hujan. Bukan batuk sebab kena hujan, tapi sebab kabus... kampung kan sejuk. Malah klu kipas angin dipasang laju, saya pun mudah batuk...
      Sebab terlalu sensitif dengan perubahan Dr. pernah mengesahkan saya mengalami asma. tapi kata Dr. masih peringkat awal dan kena hati-kati dengan sebarang alahan, klu tak jadi makin teruk...
      pada makanan saya tak alah, walaupun pada seafood.... Tapi cik Hubby pula alah... Dia tak boleh makan makanan seafood terutamanya belacan (sedap tu... lagi-lagi sambal belacan). Klu dulu klu saya masak letak sikit pun dia dah selesema.
      klu dulu cik hubby kerap demam...terutama bila travel.... bila dah demam, suhu sampai 40.....dia tak risau tapi saya yang risau... 
      Dan lagi 1, klu dulu cik Hubby waktu pagi mesti bersin. Klu sekali dua tak pa jugak... nie.. sampai saya pun terikut-ikut.... 

      Tapi sekarang... macam yang saya bagi tau tadi kesihatan kami makin pulih... Alhamdulillah... 
      setiap pagi cik Hubby dah tak bersin lagi....
      makan belacan pun dah boleh...... 
      bila travel pun dah jarang demam.... klu demam pun kejap je...
      saya lak.... kulit dah tak alergik
      balik kampung pun dah tak batuk dan berkahak sebab sejuk
      kemas rumah pun dah tak selesema lagi
      dan yang paling saya suka.... saya tak perlu makan pil asma lagi sbb saya memang tak suka makan ubat.... hehehe ( cian cik Hubby, penat pujuk tapi saya tak makan pun)
    Jadi untuk mereka yang mengalami penyakit ini saya cadangkan anda mengambil 
    Vitamin B- Com, Vitamin C dan Alfafa... 

    kenapa saya cadangkan vitamin ini? Jom tengok pa yang anda perolehi.............Sumber asal http:// www.fw-shaklee2u.com/2011/01/

    i
    Vitamin C
    • Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
    • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
    • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
    • Meningkatkan fungsi T-Cell danMacrophage(Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
    • Meningkatkan oksigenasi(oxygenation) pada tissue-tissue dalam tubuh badan
    • Meningkatkan penyembuhan tissue
    B Complex
    • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
    • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
    • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
    • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
    Alfalfa
    • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
    • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
    • Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

       Mudah-mudahan masalah anda akan berakhir seperti saya.... Pa pun jangan lupa tawakal kepadaNya....

      __________________________________________________

      Shaklee Id 846147
      Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
       or sms saya 0177206723







      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...