Isnin, 31 Oktober 2011

Testimoni : pengalaman Pn Wan Su hamil anak ke tiga + pantang dengan shaklee.... begitu mengujakanb

Pagi-pagi isnin nie, saya begitu teruja nak berkongsi kisah customer kak cery nie. Kisah Pn Wan Su yang begitu teruja setelah menggunakan produk shaklee dari awal kehamilan anak ke tiga hinggalah berpantang. Saya yang membaca kisahnya amatlah teruja... Katanya, kelahiran kali nie amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kelahiran yang sebelum nie... Tengok gambar mukanya pun bersih berseri-seri... tak da jerawat...katanya hasil konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan. Muka anaknya pun bersih.... 

comelkan anak dia... bersih je kulitnya....
_________________________________


"...........................bila diingatkan balik saat2 yang aku lalui waktu pantang yang amat mencabar dulu...aduiii mmg terasa ngeri...bersalin anak pertama..jahitan lambat baik...dia punya sakit tu kan...sampai bila org lalu sebelah kite pon terasa ngilu je..sampaikan org tepuk peha kite pon akan rasa sakit ya amat...rasa nak buat penghadang je kat tempat duduk tu..jgn kasik org mai dekat..
anak kedua pun mcm tu...masih ngan problem jahitan...sakit giler...tp kali ni lagi sadis..bila masuk hari ke 30 tu...benang dah reput...tp tempat jahitan masih membengkak...bila jalan macam org baru beranak..owhhh mengingatkan sumer ni..mmg tak bleh jd...aku kena buat sesuatu biar kejadian2 dulu tak berulang..
so bila aku ngandung anak ketiga ni...seawal mengandung aku amek supplement shaklee...bila dah hampir nak bersalin,..aku mencari2..apa yg patut aku consume supaya cepat baik..apa jua saranan kawan2 yg aku rasa elok..aku amalkan..antara petua yg paling aku carik...cemana nak cepat baik luka jahitan episiotomy tuu...haa ni tips macam mana nak luka jahitan cepat baik..haa petua nya rendam luka jahitan tu ngan air garam..lps tu guna hair dryer dan keringkan tempat luka tu...buat laa tiap kali p buang air kecik...pastikan selalu tukar pad biar sentiasa kering..mmg cepat baik lukanya..10 hari je dah baik..tq pd officemate aku lynn yg bagi petua ni..ohhh satu lagi aku sapu tempat luka jahitan tu dengan jeli gamat healin nama dia lukano..mmg superb...punyelah susah nak dpt gel tu..sebab kata stokist..itu barang panas..lariss la tu maksud dia..carik2 punye carik kat beberapa stokis sumer abis..aku guna en google..rupanya ada jual kat klinik kat taman kosas..dekat je ngan umah.tu pon tinggal satu..
dari segi makanan pon sama..pendek kata..apa saja org kata elok aku sanggup buat..dan beli..melabur sikit tak pe...janji aku tak terseksa menanggung sakit waktu pantang..susah wehh..mana nak jaga anak lagi..mana badan kite tak sihat lagi..pendek citer..bersalin kalini..aku syukur sgt sbb badan terasa cergas..sihat dan bertenaga...
syukurlah pada Allah...kerana mengurniakan aku kesihatan yg baik waktu aku berpantang kali ni..apapun kite kena laa usaha...jgn kedekut utk invest $$ untuk makanan kesihatan...sebab health is wealth...suka ngan motto dr nordin darus ni..if you think wellness products are expensive..try illness..tp aku rasa shaklee ni tak la mahal sgt..sekali beli mcm mahal..tp kalo dibahagikan tiap2 bulan tu...tak byk..sebab satu set ni..boleh tahan 4 bulan..

bukan nak iklan..sebab aku bukan penjual supplement ni..sekadar nak berkongsi kebaikan...ni le yg aku dok telan hari2..terselit satu nutrilite amway calcium..sebab ari tu kehabisan ostometrix so aku kirim ngan jiran..apa pon sumer supplement ni..
satu pelaburan yg berbaloii-baloii..ibu dan baby dapat manfaat darinye..

aku amek full set shaklee untuk lepas berpantang.lps tengok testimoni ibu2 lain yg mengujakan...hasilnya ianya juga berkesan utk aku ..lps beranak..muka tak pucat...badan rasa kuat..luka jahitan cepat baik...haa ini lagi satu yg bestt dan penting susu pon byk.....lagi satu..haa ada lagi tu...tetiba je aku rasa kulit aku cantekk..haa cantekk laa pd aku..

.memandangkan dulu kulit aku selalu berjerawat..tp sejak preggy...sampai laa skrg..kulit muka aku sekali pon tak naik jerawat..heran..tp aku rasa sebab protein yg aku amek ni la...kulit baby pon tak sensitif..tak de ruam2...aku rasa sapa yg preggy atau akan melahirkan anak..elok laa amek supplement...brand mana2 pon boleh..tp dah tau supplement hat ni elok..wat apa susah2 nak cuba try n error supplement lain yg belum tentu baik....kans....

_________________________
Apa yang ada dalam set c (set berpantang shaklee)?

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang sangat sangat saya syorkan ibu2 ambil ialah Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Alfalfa / Lecitin...ia melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com

 or sms saya 0177206723

Ahad, 30 Oktober 2011

Pastikan ia ada, bila anda memerlukannya....

sekarang nie dah mula hujan dan panas terik ekoran fenomena La Nina. Em... dengan cuaca yang tidak menentu macam nie.. ramai yang akan demam, selesema, batuk dll... dan bila dah demam, selesema, batuk, dll mesti ramai yang ambik panadolkan.... Saya rasa ramai yang dah tau tentang bahaya panadol kan.... Nie antara petikan mengenai panadol di link Facebook
____________________________________

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang 
menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.

______________________________

Emmm....... isu nie bukan isu barukan... pa pun jika kita ambil secara berlebihan pasti akan memberi kesan kepada badan. em... samalah juga klu kita amalkan makan secara berlebihan... pasti ada kesannya pada kitakan.... dan dalam isu panadol nie.... samalah jugak. klu sebiji sekali okeylahkan.... tapi klu sikit dan kerap? macam mana pulakkan? em.... fikir-fikirkanlah... 
Dulu cik hubby pun suka makan pil selesema sebab dia kerap selesema... tapi kerap gaklah saya marah... sebabnya, makan lama, dia kena makan ubat yang 'agak kuat' walaupun sebiji... tapi klu kandungannya 'agak kuat' samalah gak kan.... em... dan alhamdulillah... sekarang kami dah tak gaduh sangat hal-hal macam nie, sebab dia pun dah jarang demam... sebab kena paksa makan vitamin ngan saya... hehehe... tak salahkan... tuk kesihatan keluarga gak kan... 
 Dan bila sekarang musim hujan dan panas yang tidak menentu... saya awal-awal dah standbay nutriferon kat umah... apatah lg sekarang da promosi untuk nutriferon... lagipun... bukan kena makan hari-hari pun.... tp emergency je.... time agak2 nak kena demam tu, telanlah sepeket, insyaAllah... pasti reda dan badan pun segar semula.... 
 ______________________________

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

Jumaat, 28 Oktober 2011

KENAPA AKU?????


KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286


KENAPA RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!
“.. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. ” – Surah Yusuf ayat 12

____________________

Ya Allah berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini..... Sesungguhnya, kasih sayangMu mendahului segalanya.... Janganlah kau uji aku dengan sesuatu diluar kemampuanku...Ya Allah, redakanlah aku atas  ketentuanMu, Sesungguhnya hanya kau yang mengetahui yang terbaik untukku...





Khamis, 27 Oktober 2011

Nutriferon : 'Ubat' demam dan sakit tekak.

Keadaan cuaca sekarang amat tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Bila keadaan cuaca macam nie, ramai yang mudah diserang batuk, selesema. Tu belum yang tiba-tiba kena tonsil bengkak... demam lagi... nak telan air liur pun payah.... Bila dah macam nie pasti nak cari ubatkan... Jom kita tengok pa yang kak N buat bila tiba-tiba diserang sakit tekak...
_____________________________________

 Hari Jumaat jam 2pagi, tiba-tiba saya terasa anak tekak saya bengkak dan sangat susah nak telan air liur. Badan pula dah mula menggigil dan tanda awal 
demam nak datang. Saya bangun dan cuba memakan sedikit biskut dengan air panas untuk alas perut sebelum saya nak makan apa-apa vitamin.

Dalam otak ni, dah tergambar Nutriferon ...selepas alas perut terus aje makan Nutriferon sepeket. Esoknya, Jumaat pagi tu selepas makan pagi, saya amik lagi sepeket Nutriferon. Sebab terasa tekak ni masih lagi bengkak. Selepas lunch saya telan lagi sepeket dan malam sebelum tidur lagi sepeket.

Sabtu jam 3 pagi saya terbangun sebab terasa dahaga, selepas minum alhamdulillah semua lendir keluar dengan banyaknya dan bengkak yang terasa di anak tekak makin surut. Pagi Sabtu saya masih amalkan yang sama macam rutin Jumaat, setiap lepas meal saya telan Nutriferon.

Alhamdulillah hari ni makin beransur baik. Lega sangat. Nasib Nutriferon sentiasa ada dalam rumah. Dengan izin ALLAH lega dah rasa sakit dekat tekak ni.

Sejak dengan Shaklee, saya rawat diri saya dengan vitamin. Pada saya tiada istilah terlebih vitamin bila sakit. Masih ingat dengan seorang doktor yang mendapat kanser, beliau sendiri rawat dirinya dengan vitamin berpuluh2 biji sehari. Beliau juga turut pesan amalkan minum air kelapa muda at least seminggu sekali untuk nuetralkan darah. Mungkin ada setengah orang suka makan ubat doktor, kerana kesannya cepat tetapi tanpa disedari ubat itu boleh mengganggu fungsi buah pinggang dalam jangka panjang.

 Balik pada diri, tepuk dada tanya selera.


_________________________________________

So, pilihan di tangan anda... Sebab cuma anda yang boleh pilih yang terbaik untuk diri anda.... 


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Ahad, 23 Oktober 2011

Nak kurus? Jangan sampai mudaratkan diri...

Siapa nak kurus? Angkat tangan...Saya pun nak kurus....  hehehe. Saya nie memang badan agak berisi pun dari zaman sekolah, bila dah kahwin lagilah berisi. hehehe. Cuma, bila dah makin montel nie, kenalah turunkan balik. Saya memang tak terasa klu orang kata saya dah makin berisi. Sebab dah lali. Cuma, bila dah kahwin dan semakin berisi, walau cik Hubby, tak tegur... pandai-pandailah ya... Saya pun nak cantik. tak salahkan nak cantik depan cik Hubby... lagi dituntutkan :).
Pa pun untuk diet, saya perlu tahu kaedah yang betul untuk diet. Sebabnya, sebelum ini, saya mengamalkan kaedah yang kurang betul. Antaranya, skip waktu makan. Bila skip waktu makan, memang kita boleh tahan lapar. tapi, sebenarnya, kita akan makan lebih banyak dari kuantiti yang sepatutnya. Antaranya, kita akan ambil apa saja kudapan untuk memastikan perut kita sentiasa kenyang. tapi, bila total balik, kalori yang kita ambil adakalanya lebih banyak dari yang biasa kita ambil... So, jangan skip waktu makan ya.
Dan lagi satu, pastikan kita menggunakan produk yang betul untuk kurus. Dulu saya ada gak cuba macam-macam produk... tapi kesannya? hehehe... tak da pun sangat. Ada sesetengah tu, buat saya makin lapar, ada yang buat saya asyik ketandas... dan ada sesetengah tu buat saya makin 'comel' lak... macam-macam kan. Cuma tu kisah saya masa anak dara dulu... sekarang bila dah kahwin dah tak cuba lagi dah. Sebab apa? Saya tak nak kurus ke? Sebab utamanya, saya menyusukan amirah. Saya tak nak, badan saya solid tapi amirah.... Oh... no... tapi, tak kan saya tak leh diet? Boleh.... dan saya pun dah cuba.... dan kesannya, walau nak nampak sekelip mata... tapi alhamdullillah.... 


Pa pun secara asasnya, untuk diet saya perlu
Detox (buang segala toksin) + protien ( tingkatkan metabolisma- ESP or Cinch) + lecitin (utk pecah lemak)



  1. Kenapa protin? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
  2. Kenapa kene detoks?Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)
  3. Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..


dan... bila baca testimoni dari kawan cikpau tentang kawannya meninggal sebab nak kurus buat saya makin tak berani nak cuba sebarangan produk...


"...masa bujang2 dulu bila nak kurus sibuk2 cari teh kurus orang kampung. kadang gi mydin cari kaplet susut perut mustika ratu... hehehe... dulu masa aku kerja di baymont ada sorang kawan yang chubby. lepas berhenti dari baymont, pernah 2-3 kali terserempak dia di dayabumi (oh... opis lama... i miss u...). rupanyer dia kerja di kementerian kesihatanberdekatan dengan masjid negara. kadang2 kalau hari jumaat aku rajin sket perabis duit membeli belah di masjid negara, pernah jugak terserempak dengan dia.pada suatu hari, aku gath dengan yatt dan kak shila di kl sentral. dah lama tak jumpa... rindu kat kawan2 baymont nih dah macam adik beradik laa konon. sembang punya sembang terkeluar citer tentang kawan yang chubby tu. aku tak ingat laa nama dia... tapi aku gelarkan Ros laa yer. rupanyer Ros tu baru jerk meninggal beberapa hari sebelum perjumpaan aku dengan yatt dan kak shila. kisah pemergiannya pun ada tersiar dalam akhbar. menurut kawan serumahnya, ros ada plan nak menurunkan berat badan. mungkin untuk persiapan hari bahagia agaknya. so arwah ada beli ubat kurus. beberapa hari lepas makan ubat tu dia pun berak2. rasa nyer normal ubat kurus akan mengakibatkan berak2. pada malam kejadian, arwah tiba2 rebah dan mengelupur. tidak semena2 mulutnya berbuih2 dan tak lama selepas tu terbaring kaku. awan2 serumah panik tapi tak sempat berbuat apa2 sebab kejadian berlaku dengan pantas dan beliau tidak dapat diselamatkan.


sejak dari itu, aku tak berani nak makan2 lagi pil kurus dan sebagainya. ubat apa yang arwah makan tak pulak aku selidik. aku rasa dia dehydrated agaknyer. dengar citer, bopren dia tak kisah pun tentang fizikal dia. tapi aku rasa, saper2 yang normal pun mesti rasa rendah di
ri kalau fizikal huduh. lagi pulak menjelang hari bahagia, mesti laa nak nampak cantik... yer tak? pengajaran yang ada kat sini, nak kuruskan badan kena ada cara yang betul dan ubat yang betul. apa pun yang kita nak cuba esp. bab makan2 ubat nih kena consult dengan cik pakar.

kat sini aku nak promote vitamin untuk kurus. yang ini betul2 vitamin dan bukan dalam kategori ubat. oleh kerana shaklee dah bertapak lama dalam industri makanan tambahan atau supplement nih, aku tak rasa ragu2 nak ketengahkan kebaikannya. semoga segala kebaikan dari segi kesihatan yang aku dah alami selama 6 bulan nih dapat di kongsikan dan dimanfaatkan oleh pembaca2 yang lain. aku harap, cerita nak kurus arwah ros nih jugak dapat dijadikan iktibar. sentiasa berhati2 dengan ubat dipasaran. lagi2 ubat yang tak diiktiraf oleh kementerian kesihatan. kena ingat juga, penerimaan sistem badan terhadap ubat2 dan supplement2 yang kita ambil tak sama dengan setiap orang. ada yang cepat nampak kesannya dan ada yang lambat memberi kesan. seperti dalam citer arwah ros nih, mungkin dia rasa itu adalah kesan2 biasa. terlewat merawat mengakibatkan nyawanya melayang. apa pun, mungkin itu yang Allah takdirkan untuknya. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... aminn..
____________________________
hmm.. jadilah pengguna yang bijak yer.. jgn semata2 pil kurus berlambak di pasaran..dan terlalu taksub... main beli jer... kena tahu apa yang kita makan... ingat lah yer... kalau kita salah beli mesin basuh ke peti sejuk ke..tv ke..blehla gi antar repair...ada warranty...... kalau salah beli pil/vitamin/supplemen???? boleh antar badan gi repair ker???


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723


Jumaat, 21 Oktober 2011

testimoni pn faiznur - eczema anaknya makin berkurangan

Ingat lagi saya pernah cerita tentang Amirah dan ezcema? Ini pula testimoni ibu yang merawat anaknya yang mengalami excema.... jom kita baca kisah Pn Faiznur  
__________________________________

Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu.


__________________________

Alhamdulillah.....pertama kali saya baca testimoni nie, itu ucapan pertama yang keluar dari mulut saya. Bersyukur sangat. Kenapa? sebab amirah pun mengalami masalah yang sama. Dan alhamdulillah, excemanya makin berkurang. Kudis akibat selalu digaru pun dah hilang. Yang tinggal hanya parut je... jadi sekarang tinggal saya sapukan vitamin e je untuk hilangkan parut. Klu tak nanti turun saham anak ibu. :)


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

'More u give more u get'

saya selalu berpegang kepada, 'rezeki ini Allah yang bagi, orang kafir pun diberi rezeki apatah lagi kita sebagai orang islam, yang penting kita berusaha, lambat laun kita akan berjaya. Walaupun lambat, tapi berkat'.  Dan selalu jugalah saya mengingatkan kepada diri sendiri tentang kepentingan berzakat dan bersedekah. Mungkin dulu saya menganggap ianya remeh. Apatah lagi, cukuplah suami yang membayar zakat saya ketika bulan puasa. Tapi, bila setiap bulan, saya membayar zakat pendapatan hasil dari apa yang saya dapat... Alhamdulillah, rezeki saya amat melimpah ruah. Syukur yang amat sangat. Terima kasih Allah... Kisah Ustazah Asni Abu Mansor Al Hadizah  yang saya petik dari majalah Anis juga merupakan satu motivasi untuk saya sentiasa bersedekah dan berzakat.
__________________________________________
Kisahnya begini,  Ustazah dan suaminya pernah berjanji dengan kakak ipar untuk membantu dalam urusan kenduri kendara anaknya. Mereka telah berjanji untuk membeli seekor lembu. Entah macam mana, peserta motivasi mereka tahun itu kurang mendapat sambutan. Jadi, tak dapatlah nak tampung perbelanjaan untuk membeli seekor lembu. Walaubagaimanapun, tiba-tiba, datang seeorang hamba Allah membeli 100 kotak air yang dibacakan ayat Al-Quran. dan kesemuanya berjumlah RM7000. bermakna jumlahnya berkali ganda dengan harga seekor lembu yang hanya berharga RM 1600 hingga RM 1800 sahaja. Hanya dengan niat untuk sedekah sahaja, Allah dah gandakan rezeki kepadanya...


______________________________________
Hebatkan.... Mudah-mudahan ia menjadi penguat saya untuk terus memberi, memberi dan terus memberi. 


Khamis, 20 Oktober 2011

Ibu jari hampir terputus.... Alhamdulillah, tak perlu implan

dah lama saya tak sharingkan... bukan apa... cuma bercuti kejap.. ada pekara yang perlu saya uruskan dulu... oh ya... Hari ini ada sesuatu yang menarik perhatian saya untuk dikongsi... Kisah ibu jari yang hampir terputus, alhamdulillah sembuh semula tanpa perlu implan untuk memulihkannya... oh ya... untuk anda yang lemah semangat.. jangan tengok gambar tu lama-lama ya...
___________________________________________
Ya Allah..mula2 Adaa dapat gambar jari Sarah, naik bulu roma ni, meremang! Sarah ni junior Adaa masa di Sekolah Tun Fatimah (nama penuh tau hehe) dulu..bulan lepas dia ada msg Adaa tanye tentang supplement yang sesuai untuk ibu jari tngan kiri dia yang hampir putus dek kes memotong ayam..(rajin masak nih). Ini gambar selepas 3 jam accident..ngerriiii
after 3 hrs
Disebabkan teruk kecederaan tu, so Dr buang lah kuku tu n sambung balik jari yang hampir putus tuh..dan disbbkan terbalut kuat sangat, maka jadilah mcm ni..

selepas balutan dibuka
Mengikut kata Sarah, doctor pun tak sure jari tuh boleh hidup ke tak dan kene consider untuk buat implant lah kalo gagal berfungsi semula kan..sian dia..n doctor cuma bg ubat tahan sakit dan antibiotik..so apa yang Adaa suggest? Adaa bagi Sarah try ESP+VIT E+VIT C+ZINC+VITALEA untuk mempercepatkan process baik luka, pertumbuhan sel baru then add lagi basic H untuk cuci2 luka  semua..dan after about 2 weeks gitu Sarah MMS gambar terbaru..

dah elok!
Percaya tak, belum pun sampai sebulan, jari cik adik ni dah jadi mcm ni..dan yang paling best..tak perlu buat implant!! Doctor sendiri pun terkejut tgk healing process yang sgt cepat ni hihi Sekarang Sarah masih meneruskan pengambilan Shaklee dan harapnya jari tu akan cantek seperti sebelum accident ye cik Sarah =)

OPTIMUM SET
                                     ______________________________________
Thanks Adda sudi berkongsi.... Apa pendapat anda?

Macam-macam kan yang boleh terjadi. Sama ada yang memang kita jangkakan atau tidak... dan setiap kali itulah kita harus  membuat pilihan yang terbaik. Dari segi makanan tambahan, bagi saya, memilih jenama Shaklee merupakan langkah bijak utk nutrisi yang lebih baik.. Kenapa? Ia semulajadi bukan sintetik, ia bukan ubat berasaskan dadah.. . .Dan yg sering saya war2kan..jenama ini telah berada di pasaran lebih dari 50tahun. Harganya juga berbaloi dgn wang ringgit yang dilaburkan..  terlalu over ke saya? Oh tidak... saya hanya menyampaikan apa yang saya lalui saja...




Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Selasa, 11 Oktober 2011

Penyakit asma. Apa yang anda perlu tahu?


Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.
Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
Untuk bercerita tentang asma, subjek ini terlalu luas dan dalam. Banyak lagi yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit asma terutama ketika dewasa iaitu serangan asma ketika bekerja. Kepada yang mengalami penyakit asma, untuk mengelakkan keadaan asma anda menjadi tidak terkawal, pastikan ada langkah pencegahan seperti yang saya maksudkan di atas iaitu pastikan rumah tidak berhabuk, membela kucing peliharaan dan suhu di rumah tidak terlalu sejuk. Kemudian pastikan ubat yang diberikan oleh doktor anda ikut menurut seperti yang ditetapkan.
Sekiranya ubat tersebut hanya diperlukan ketika serangan gunakan. Dan sekiranya diperlukan pada setiap hari pastikan anda ikut jadual tersebut. Sekiranya keadaan asma anda masih lagi teruk walaupun telah menggunakan ubat yang diberikan, pastikan anda segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan oksigen.
   sumber : http://psipum.org/simptom-punca-penyakit-asma/
___________________________________
Untuk anda yang menghidap penyakit ini, mesti berada dalam keadaan tidak selesakan... Saya pun pernah mengalaminya ketika mengandungkan amirah dulu. Mungkin pembawakan anak ketika itu... tapi tak jugak... sebab sebelum itu saya memang sensitif dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah... Doktor kata masih peringkat awal... Ingat lagi waktu nie, saya kena marah ngan cik Hubby sbb tak nak makan ubat. Saya memang tak suka makan ubat... sory ya cik hubby. Memang sungguh tidak selesa waktu tu. Apatah lagi jika suasana sekeliling sejuk... nak tido malam pun tak selesa... asyik terbatuk-batuk je...  masa tu saya tak jumpa Shakle lg... jadi, terpaksalah tahan je... Bila dah bersalin dan menyusukan anak.. baru saya jumpa shaklee... Tu pun waktu amirah dah hampir 6 bln... alhamdulillah, mula-mula niat nak ambik shaklee sebab menyusukan amirah je... tapi...Asma dan resdung dah semakin berkurangan... Ingat lagi masa mula-mula dulu... Pagi-pagi kahak akan keluar... bila dah keluar rasa lega sangat.... Alhamdulillah... dan sekarang, saya dah tak da masalah klu duduk dalam suasana sejuk... Klu dulu, saya mudah batuk, selesema walau duduk dalam aircond... Tapi sekarang alhamdulillah....



Untuk anda yang menghidap penyakit ini,  suplement yang dicadangkan untuk anda ialah protien (mealshake/ESP), multivitamin, b-complex, vitamin c, beta carotena dan juga zinc.  Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil vitamin c, Vitamin A (Beta carotena) dan Zinc.
 Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita...

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...