Ingat lagi saya pernah cerita tentang Amirah dan ezcema? Ini pula testimoni ibu yang merawat anaknya yang mengalami excema.... jom kita baca kisah Pn Faiznur
__________________________________
Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu.
__________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan