Khamis, 30 Ogos 2012

KEBURUKAN AIR MASAK KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH

Dah lama saya bercuti.... cuti raya :) Walaupun bercuti, biz online saya masih lagi berjalan. Hanya cuti menulis blog je... Ari nie saya nak kongsikan keburukkan memberi bayi bayah 6 bulan selain susu ibu. ia juga sebagai peringatan untuk saya. maklumlah, amirah pun dah 3 tahun..... banyak yang nak kena ingat balik. Pa tah lagi balik beraya kali nie saya lihat ramai yang dah menambah 'ahli baru'.
Banyak faktor ibu bapa memberi air masak kepada bayi bawah 6 bulan ... Antara sebabnya ialah atas desakan persekitaran(ibu bapa,saudara mara, kawan-kawan), sesetengahnya berpendapat untuk hilangkan kuning anak, supaya anak senang buang air. malah ada juga yang berpendapat supaya tekak anak perlu dibilas selepas minum susu....
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ini memberi kebaikan kepada semua :)



CREDIT TO : MYCHibiBox.com
Sumber dari :
  1. Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & kuala Lumpur

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ubat jaundis hanyalah SUSU IBU SAHAJA. Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...