Apa konsep asas yang perlu dilakukan?
1. Pastikan payu dara anda sentiasa dikosongkan.
- pastikan anda kerapkan mengepam setiap 2-3 jam atau menyusukan payu dara secara terus. Sebab bila payu dara sentiasa kosong, secara automatik ia kan menghantar signal permintaan yang banyak. Jadi, semakin banyaklah susu yang terhasil. bukan tunggu payudara penuh ya :). Tu konsep yang salah. Sebab bila tak kerap kosongkan, seoalah-olah permintaan sikit atau tak da, sebab tu lama-lama susu akan kering sendirinya. Sebabnya, payudara tak dirangsang.
2. Pastikan minum air melebihi 3L.
- Jangan takut minum air ya. Bukan air manis tau air masak. Kenapa? Sebab susu ibu itu sendiri cecair. Jika tak cukup air dalam badan, macam mana yek? jadi jangan takut minum air ye.... Tak gemuk pun... malah yakinlah ianya dapat bantu hilangkan toksik dalam badan kita.
3. Doa dan bertawakallah kepada Allah.
-Lepas dah berusaha, bertawakallah. Hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon. Mudah-mudahan Dia akan mempermudahkan niat kita untuk menyusu.
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN...
p/s nanti saya update gambar terbaru Afifah. Tunggu ye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan