Selasa, 30 April 2013

masa untuk cuci usus

Esok hari pekerja... 1 mei. Pastinya cutikan. Jika semua orang plan nak kemana-mana saya lak plan untuk cuci usus saya. Memandangkan minggu nie seminggu dua nie saya ambik makanan yang heavy, jadi esok hari yang paling sesuai untuk saya 'cuci usus saya'. saya gunakan Herbalax untuk 'cuci usus' saya. 


Apa dia Herbalax?
Ia seperti JULAP  LEMBUT. Fungsinya untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax boleh membantu. 

kenapa kena hari cuti? 
Ini kerana herbalax akan ambil masa sehingga 6 jam untuk bertindak. Jadi pengambilan sebelum tidur adalah yang terbaik. Sebab bangun tido je, usus dah siap dicuci. dengan syarat pengambilan air kena cukuplah. Klu tak cukup macam mana nak cuci usus tu.

akan cirit birit ke?
Tak... alhamdulillah sepanjang mengamalkannya, tak lah pulak saya cirit birit. Cuma 'gesaan' ke toilet akan lebih kerap. Jika selalu sehari, mungkin lepas anda makan herbalax. 

p/s saya nak kurus. jadi saya kena pastikan usus saya benar-benar bersih untuk pastikan program diet saya berjalan lancar. Kenapa? sebab bila usus dah bersih, senang nutrien nak diserap masuk dalam tubuh. lagipun, lemak kat perut dah lama 'landing' jadi nak kena buang. Tak nak lah nanti orang tanya saya mengandung berapa bulan. padahal hanya 'mengandungi' je... 


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723



Ahad, 28 April 2013

Rambut gugur......Mencari penyelesaiannya....

Rambut gugur adalah masalah biasa. samada lelaki atau wanita, ianya masalah yang kerap menyerang kedua-duanya. Secara puratanya, 100 helai rambut kita akan gugur dalam sehari. Tapi apa yang menjadi masalahnya adalah bila rambut yang gugur terlalu banyak. Cuba anda bayangkan jika hampir kesemua lantai rumah anda dipenuhi dengan rambut. Tentu rimaskan. Bukan sebab tak sapu rumah, dah sapu pun da lagi. tu lah yang berlaku pada saya. sampai cik hubby pun mula bersuara bila dia tak selesa sebab banyak sangat rambut kat lantai. Jika anda menghadapi masalah yang sama, jom... saya kongsikan info mengenai penjagaan rambut.

Apa  yang menyebabkan rambut gugur?



  1. Perubahan Hormon  terutama selepas bersalin: Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur
  2. Kandungan nutrien dalam diet yang tidak mencukupi :Kandungan nutrien yang kurang dalam diet seharian  seperti zinc, zat besi, protien menyebabkan rambut yang tumbuh tidak sihat. rambut yang tumbuh biasanya akan kelihatan kusam dan mudah gugur kerana akarnya tidak kuat.
  3. Stress: Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
  4. Penjagaan rambut yang tidak sempurna: Penggunaan syampoo yang tidak sesuai, sikat yang kotor kerana habuk yang terperangkap dicelah-celah akar menyebabkan akar rambut rosak, penggunaan conditioner yang sering diabaikan sedangkan rambut perlukan pelembap akhirnya, rambut sedia ada akan mudah rapuh.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
 Jika rambut anda panjang, anda boleh potong rambut anda. Ini untuk membolehkan nutrien yang mencukupi dibekalkan kepada kulit anda. semakin panjang rambut anda semakin banyak nutrien yang perlu dibekalkan kepada rambut anda. walaubagaimanapun, ini bukanlah penyelesaian mutlak. penyelesaian yang terbaik adalah memberikan nutrisi yang secukupnya kepada rambut anda melalui penjagaan dalaman dan untuk penjagaan luaran anda boleh menggunakan produk syampoo shaklee yang dikenali sebagai prosantee.

Penjagaan dalaman 
Untuk pejagaan dalaman, produk yang sesuai anda gunakan adalah
1. ESP - sumber protien yang terbaik untuk anda
2. Zinc- membina rambut yang sihat
3. Vitalea- melengkapi kandungan nutrien yang diperlukan

Jika anda mengalami kekangan budget, 2 suplement yang WAJIB anda amil ialah ESP dan Zink.  walaubagaimanapun, pengambilan suplement haruslah diambil secara konsisten sekurang-kurangnya selama 90 hari. Ini disebabkan sel mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hingga 120 hari untuk hidup. oleh itu, ia memerlukan nutrien yang mencukupi.

Penjagaan luaran
Untuk penjagaan luaran, shaklee telah menyediakan prosante dimana ianya bebas bahan kimia dan selamat digunakan.


#1 - Long Lasting Finishing Spray  
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
#2 - Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


#3 - Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 
#4 - Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

#5 - Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
 #6 - Nourishing Scalp Treatment 
Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Banyakkan....mana yang diperlukan untuk anda?

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni boleh digunakan secara harian)

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)

Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
  • Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
  • Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Kajian klinikal bebas menunjukkan bahawa dengan penggunaan sistem Produk ProSanté yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:




 sumber : yourfabulousmama





Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Isnin, 22 April 2013

DEMAM? cara nak elak hidrasi

Baru-baru nie amirah demam. Risau hati bila anak-anak demam. yelah ari jumaat sihat. aktif dia main. tiba-tiba ari sabtu bangun tido terus demam. Ibu mana yang tak risau. Cik hubby lak jauh. mungkin demam rindu kat ayah dia. takut demam dia berlarutan, saya cuba sedaya boleh untuk kurangkan panas dia. Sebelum nie amirah senang kena ulser sebab demam. bila demam, dia jadi makin tak selera. minum air pun susah. Jadi pe yang saya buat.
1. mandikan dia dengan basic h. rendam dia, biar panas badan dia kuar. 
2. dan untuk dalaman, saya beri dia minum performance drink. Tujuannya tak nak dia hidrasi. tak nak dia kena ulser lagi. 

masa saya beri dia minum performance drink, mula-mula dia tak nak. tapi bila pujuk-pujuk. alhamdulillah, mudah. Mungkin dia takut rasa tak sedap kot. Alhamdulillah, habis segelas. Sebenarnya, performance drink nie rasa dia sangat sedap jika dibandingkan dengan garam ORS. rasanya macam OREN TANGGO. 


Nak tau knp saya beri amirah Performance drink?
Ia adalah minuman isotonok kurang gula yang mempunyai kepekatan sama dengan darah manusia. jadi ia akan mudah diserap oleh badan. Bila mudah diserap oleh badan, jadi badan akan dapat bekalkan tenaga segera kepada badan. So, tak delah amirah lembik sangat. Memang saya perasan, amirah tak lah lembik sangat macam selalu bila dia demam.

Jika anda tanya kenapa saya tak berikan amirah minuman isotonik yang lain. 
Sebab utamanya, minuman tersebut bergas. Performance drink tak bergas. dia dalam bentuk serbuk.. hanya bancuhkan kedalam air.  dulu masa amirah kecik-kecik, saya bancuhkan dengan bancuhan yang cair, sekarang pekat sikit.

bukan budak-budak je, saya pun ambik gak. lagi-lagi bila cuaca panas tak menentu macam sekarang. memang badan nampak lebih cergas. yelah bila badan tak cukup air,  akan cepat letih. tak caya... cubalah, sebab hanya yang dah cuba je yang tau rasanya.



Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Rabu, 10 April 2013

Mencari set penyusuan yang lengkap?


Bila puasa ramai yang risau dengan susu yang dibekalkan kepada sikecil. Yelah, nutrien yang diambl sangat-sangat kurang. Bukan sebab berpuasa, tetapi kemampuan untuk menerima makanan. Kadang-kadang bila time puasa nie, minum seteguk air waktu berbuka pun dah kenyang. makan pun ala kadar je. 
Sebab tu ramai yang risau kualiti susu yang dibekalkan kepada baby berkurangan. Jika anda bertanya kepada saya, saya amat syorkan Set penyusuan 3M. 


Apa yang ada dalam set ini? 
Set nie terdiri dari ESP, Vitalea, Vit C, Alfafa, Ostematrix dan juga  B complex.
Banyaknya? Oh tidak.
 Sebab setiap satunya mengandungi nutrien yang amat diperlukan bukan sahaja oleh baby anda tetapi oleh badan anda juga. Jom tengok khasiatnya...
Protein (ESP) – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
Multivitamin (Vitalea) – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
 B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
Kalsium(Ostematrix) – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Dan sebagai tambahan.... anda boleh tambah nie....

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
sumber : Majalah Shaklee Today

Pe pun... pilihan terletak ditangan anda. Buatlah keputusan yang terbaik untuk sikecil anda. Tak rugi melabur untuk si kecil anda.  Baby dapat manfaat, anda pun tumpang sekaki.


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Selasa, 9 April 2013

Tips untuk ibu menyusu berpuasa

Kurang dari seratus hari je lagi kita akan menyambut ramadan. dan saya yakin... mereka-mereka yang belum menggantikan puasa mesti sedang giat mengantikan puasa. Jadi hari nie, saya nak kongsikan tip terutama bagi ibu menyusu untuk berpuasa. ianya penting agar bekalan susu anda untuk si kecil tidak terganggu.

Antara yang anda boleh lakukan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Dunia penyusuan terlalu indah untu dikongsikan... Sama-samalah kita berkongsi. Sebab tujuannya hanyalah satu... untuk memberi yang terbaik tuk si kecil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...