Salam Jumaat semua.
Hari nie saya nak kongsi saya nak kongsi satu topik yang biasa-biasa je tapi kesannya sangat besar dalam kehidupan kita. iaitu doa. Sebelum tu, nak tanya, dah doa pagi nie? Alhamdulilllah.. bagi yang dah. Bagi yang belum, berdoalah. Doalah apa saja. Mudah-mudahan yang baik-baik saja mengiringi hidup kita :)
Ramai yang berdoa supaya Allah mengabulkan impian mereka tetapi pemiliran mereka tidak selari dengan doa mereka sendiri.
Contohnya, mereka berdoa, nak kaya tapi hati kecil mereka selalu cakap boleh ke?
Atau, berdoa agar sentiasa seronok dengan pekerjaan, kehidupan tetapi sering merungut. Tak bestlah, Bosannya, AHHH...jadi secara tak langsung, yang tak best-best semua datang pada kita
malah ada juga ibu bapa yang sentiasa berdoa nak anak yang soleh, tetapi sering beri gelaran yang tak baik pada anak, anak bodoh, tak guna,lembab, anak syaitan dan macam-macam lagilah. kesian anak tu. kata-kata ibu bapa tu kan doa . Malah antara doa yang paling makbul adalah doa ibu bapa. Kesian anak tu, selalu di doakan yang tak baik. Jom kita ubah apa yang kita sebut.
Jadi, Jom selarikan apa yang kita doa samada dari segi perbuatan, hati, pemikiran dan apa-apa saja yang kita fokus. Tindak balas kita semasa menerima sesuatu adalah sebahagian daripada doa
Tulisan ini hanyalah ingatan saya untuk semua dan juga diri saya juga. Doa saya agar segala yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup kita semua
salam sayang
mamaeisya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan