Eh.. klu tak marah macam mana nak kurus.
meh saya share apa yang kita patut buat bila terlebih makan.
Cara terbaik untuk membuang rasa bersalah :
1) JANGAN HUKUM DIRI SENDIRI
Tidak perlulah sampai menghukum diri sendiri dengan menahan diri daripada makan, atau memaksa diri berolahraga berjam-jam. Bila anda menghukum diri, anda sebenarnya lebih sukar untuk berubah. Sebaliknya, mulailah memilih makanan sihat dan amalkan latihan setiap hati. Biarkan rasa bersalah tersebut hilang dengan sendirinya.
2) SAYANGI DIRI
Ingatkan diri bahawa setiap orang melakukan kesalahan dan kita pasti boleh melakukan yang terbaik selepas daripada itu. Jangan biarkan rasa bersalah mendera jiwa. Katakan pada diri bahawa anda boleh lakukan. Maafkan diri anda dan sayangi diri. Anggap apa yang anda makan itu sebagai hadiah untuk diri anda.
3) MEMESONGKAN FIKIRAN
Berbuat baik pada diri dengan memesongkan fikiran anda daripada memikirkan "kesalahan" tersebut. Gunakan liburan di waktu lapang anda yang boleh mendatangkan bahagia pada diri sendiri bermain dengan anak-anak, bersiar-siar, berkebun dan sebagainya.
nak cantik nie jangan stress ye.
buat perlahan-lahan sampai matlamat kita
In Sya Allah... kita lebih bahagia menikmatinya.
salam sayang
mamaeisya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan