Ahad, 23 Oktober 2011

Nak kurus? Jangan sampai mudaratkan diri...

Siapa nak kurus? Angkat tangan...Saya pun nak kurus....  hehehe. Saya nie memang badan agak berisi pun dari zaman sekolah, bila dah kahwin lagilah berisi. hehehe. Cuma, bila dah makin montel nie, kenalah turunkan balik. Saya memang tak terasa klu orang kata saya dah makin berisi. Sebab dah lali. Cuma, bila dah kahwin dan semakin berisi, walau cik Hubby, tak tegur... pandai-pandailah ya... Saya pun nak cantik. tak salahkan nak cantik depan cik Hubby... lagi dituntutkan :).
Pa pun untuk diet, saya perlu tahu kaedah yang betul untuk diet. Sebabnya, sebelum ini, saya mengamalkan kaedah yang kurang betul. Antaranya, skip waktu makan. Bila skip waktu makan, memang kita boleh tahan lapar. tapi, sebenarnya, kita akan makan lebih banyak dari kuantiti yang sepatutnya. Antaranya, kita akan ambil apa saja kudapan untuk memastikan perut kita sentiasa kenyang. tapi, bila total balik, kalori yang kita ambil adakalanya lebih banyak dari yang biasa kita ambil... So, jangan skip waktu makan ya.
Dan lagi satu, pastikan kita menggunakan produk yang betul untuk kurus. Dulu saya ada gak cuba macam-macam produk... tapi kesannya? hehehe... tak da pun sangat. Ada sesetengah tu, buat saya makin lapar, ada yang buat saya asyik ketandas... dan ada sesetengah tu buat saya makin 'comel' lak... macam-macam kan. Cuma tu kisah saya masa anak dara dulu... sekarang bila dah kahwin dah tak cuba lagi dah. Sebab apa? Saya tak nak kurus ke? Sebab utamanya, saya menyusukan amirah. Saya tak nak, badan saya solid tapi amirah.... Oh... no... tapi, tak kan saya tak leh diet? Boleh.... dan saya pun dah cuba.... dan kesannya, walau nak nampak sekelip mata... tapi alhamdullillah.... 


Pa pun secara asasnya, untuk diet saya perlu
Detox (buang segala toksin) + protien ( tingkatkan metabolisma- ESP or Cinch) + lecitin (utk pecah lemak)



  1. Kenapa protin? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
  2. Kenapa kene detoks?Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)
  3. Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..


dan... bila baca testimoni dari kawan cikpau tentang kawannya meninggal sebab nak kurus buat saya makin tak berani nak cuba sebarangan produk...


"...masa bujang2 dulu bila nak kurus sibuk2 cari teh kurus orang kampung. kadang gi mydin cari kaplet susut perut mustika ratu... hehehe... dulu masa aku kerja di baymont ada sorang kawan yang chubby. lepas berhenti dari baymont, pernah 2-3 kali terserempak dia di dayabumi (oh... opis lama... i miss u...). rupanyer dia kerja di kementerian kesihatanberdekatan dengan masjid negara. kadang2 kalau hari jumaat aku rajin sket perabis duit membeli belah di masjid negara, pernah jugak terserempak dengan dia.pada suatu hari, aku gath dengan yatt dan kak shila di kl sentral. dah lama tak jumpa... rindu kat kawan2 baymont nih dah macam adik beradik laa konon. sembang punya sembang terkeluar citer tentang kawan yang chubby tu. aku tak ingat laa nama dia... tapi aku gelarkan Ros laa yer. rupanyer Ros tu baru jerk meninggal beberapa hari sebelum perjumpaan aku dengan yatt dan kak shila. kisah pemergiannya pun ada tersiar dalam akhbar. menurut kawan serumahnya, ros ada plan nak menurunkan berat badan. mungkin untuk persiapan hari bahagia agaknya. so arwah ada beli ubat kurus. beberapa hari lepas makan ubat tu dia pun berak2. rasa nyer normal ubat kurus akan mengakibatkan berak2. pada malam kejadian, arwah tiba2 rebah dan mengelupur. tidak semena2 mulutnya berbuih2 dan tak lama selepas tu terbaring kaku. awan2 serumah panik tapi tak sempat berbuat apa2 sebab kejadian berlaku dengan pantas dan beliau tidak dapat diselamatkan.


sejak dari itu, aku tak berani nak makan2 lagi pil kurus dan sebagainya. ubat apa yang arwah makan tak pulak aku selidik. aku rasa dia dehydrated agaknyer. dengar citer, bopren dia tak kisah pun tentang fizikal dia. tapi aku rasa, saper2 yang normal pun mesti rasa rendah di
ri kalau fizikal huduh. lagi pulak menjelang hari bahagia, mesti laa nak nampak cantik... yer tak? pengajaran yang ada kat sini, nak kuruskan badan kena ada cara yang betul dan ubat yang betul. apa pun yang kita nak cuba esp. bab makan2 ubat nih kena consult dengan cik pakar.

kat sini aku nak promote vitamin untuk kurus. yang ini betul2 vitamin dan bukan dalam kategori ubat. oleh kerana shaklee dah bertapak lama dalam industri makanan tambahan atau supplement nih, aku tak rasa ragu2 nak ketengahkan kebaikannya. semoga segala kebaikan dari segi kesihatan yang aku dah alami selama 6 bulan nih dapat di kongsikan dan dimanfaatkan oleh pembaca2 yang lain. aku harap, cerita nak kurus arwah ros nih jugak dapat dijadikan iktibar. sentiasa berhati2 dengan ubat dipasaran. lagi2 ubat yang tak diiktiraf oleh kementerian kesihatan. kena ingat juga, penerimaan sistem badan terhadap ubat2 dan supplement2 yang kita ambil tak sama dengan setiap orang. ada yang cepat nampak kesannya dan ada yang lambat memberi kesan. seperti dalam citer arwah ros nih, mungkin dia rasa itu adalah kesan2 biasa. terlewat merawat mengakibatkan nyawanya melayang. apa pun, mungkin itu yang Allah takdirkan untuknya. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... aminn..
____________________________
hmm.. jadilah pengguna yang bijak yer.. jgn semata2 pil kurus berlambak di pasaran..dan terlalu taksub... main beli jer... kena tahu apa yang kita makan... ingat lah yer... kalau kita salah beli mesin basuh ke peti sejuk ke..tv ke..blehla gi antar repair...ada warranty...... kalau salah beli pil/vitamin/supplemen???? boleh antar badan gi repair ker???


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...