Rabu, 30 November 2011

Kisah suka duka Pn Lia bersama anaknya yang menghidapai asma sejak berumur 5 bulan

Semenjak dua menjak nie, hujan makin kerap turun. maklumlah dah hampir musim tengkujuhkan. Sesetengah tempat juga  dah banjir. Ingat lagi masa kecik2 dulu, kawasan perumahan tempat saya selalu banjir. Selalu gak saya main air banjir. Cuma berani-berani takut. yang bestnya, bila time banjir kawasan kami akan jadi pesta menangkap ikan. Sebab apa..sebab waktu tu, banyaklah ikan yang keluar. Senang nak tangkap. tapi tu semua kenangan... 
Oh ya...hari ini bukanlah saya nak bercerita kenangan saya waktu banjir. bagi sesetengah orang waktu banjir, waktu hujan memang seronok. Tapi bagi mereka yang alah kepada cuaca sejuk, musim-musim hujan begini adalah sesuatu yang merimaskan terutama bagi mereka penghidap asma. Kenapa yek? Sebabnya, bagi mereka yang alah pada cuaca sejuk... mereka akan lebih kerap diserang penyakit ini pada waktu begini..  
 kadang-kadang bila tengok orang asma saya jadi kesian. Saya pun dah merasai pa yang mereka lalui. Cuma alhamdulillah, asma saya bukanlah pada tahap yang serius. jadi saya lebih banyak berhati-hati supaya ianya tidak sampai ke tahap yang membimbangkan.... 
dan hari nie... bila saya terbaca kisah Pn Lia yang mengharungi penyakit asma anaknya dari umur 5 bulan buat saya amat kagum dengan ibu ini...  Jom kita ikuti kisahnya...
_______________________________________
"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil MealshakeTak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake , bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..


Ini rangkaian supplemen yang saya beri pada Irfan - Chewable Vit C, Mealshake dan Omega
________________________________
Banyak yang ibu muda ini perlu korbankan demi anak tersayang.....Kagum juga saya membacanya... dan Alhamdulillah.   akhirnya usahanya untuk mencari yang terbaik untuk anaknya jumpa jugak. Irfan Alhamdulillah serasi dengan suplement Shaklee.... Kasih ibu kan, sanggup buat apa saja untuk anak....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Jumaat, 25 November 2011

nak cantik jangan sampai mudaratkan diri....

Semua orang nak cantik kan... saya pun suka bila saya cantik... sebab bila kita cantik kita akan lebih yakin dengan diri kita kan... dan sebab nak cantik  jugalah kita sanggup buat macam-macam... 
biasanya klu kulit muka kita dipenuhi jerawat or parut-parut bekas jerawat, or penuh minyak, kita sanggup cuba macam-macam jenis produk. orang kata produk tu baik je... kita terus cuba... dengan niat, muka kita pun akan cantik, bersih, bebas masalah... tapi... 
kadang-kadang lain lak jadinya. bukan kulit muka kita makin baik.... tapi.... kulit makin mengelupas... makin sensitif.... makin banyak jerawat.... semua tu gara-gara salah produk... nak cantik tapi lain lak jadinya... sedih kan...


Salah seorang customer kak cery pun pernah mengalami masalah yang sama akibat penggunaan produk yang salah..., jom kita tengok macam mana beliau mengatasi masalah ini....
_________________________________

"Kemudian , the next try plak,saya mencuba  Vit-B,Vit-C,Vit-E  Saya ade masalah kulit sensitif , ade bintik2 merah kat bahagian pipi and bekas2 jerawat ..dah cuba mcm2 produk muka tapi tak berubah pun , sometimes it makes things worst ..Mungkin sebab terlalu byk chemical in that product , not so sure though ..

Mula2 pakai dalam 2 minggu , muka saya mengelupas ( mungkin untuk proses pemulihan ) dan tak lama dlm 3 minggu selepas tu ,alhamdulillah nampak perubahan ..skin jadi lebih lembut dan sedikit demi sedikit bintik merah dan bekas hitam2 parut jerawat makin hilang ..Since that day , im more consistent in taking supplement ...Ye la nak cantik punye pasal :p ...
Sangat2 merekomen this skin care set ...im fully satisfied with the result ...Dan saya juga sudah memperkenalkan produk ini juga kepada adik saya ...N again , result sgt2 memberangsangkan .parut2 itam di mukanye hilang dlm masa 2 minggu memakan set ini ...:)
_______________________


kepada anda yang berkemampuan may be anda tiada masalah melabur dalam pusat2 kecantikan yang mahal macam Mayfair, New York Skin, dan macam-macam lagilah... tapi  sesuatu yang anda tahu produk luaran hanyalah menyumbang beberapa peratus sahaja kecantikan kulit anda... sebenarnya ia lebih banyak dipengaruhi apa yang anda makan... ini kerana kulit yang cantik adalah lahir dari hasil dari pemakanan yang seimbang, air yang cukup, dan tidur yang sempurna...
Jadi jangan abaikan pengambilan makanan tambahan ya.... dan kesan pengambilan makanan tambahan bukanlah sekelip mata... ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 21 hari kerana... sel kita mengambil masa 21 hari untuk bertukar kepada sel-sel baru... 
Untuk anda yang nak cantik, nak tau kenapa saya cadangkan set ini kepada anda?  Ia mengandungi Vitamin C(untuk kolagen dan pelindung sel), B Complex (sebagai penenang kepada sel dan hormon), dan Vitamin E (untuk kulit dan anti penuaan dan antioksidan).


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723



Rabu, 23 November 2011

bibir luka terkoyak & vitamin e ....

sekarang nie musim cuti sekolah kan... bagi kebanyakkan ibu bapa mesti dah plan macam-macam aktiviti kan untuk memenuhi aktiviti anak-anak... ada yang plan nak bawa mereka bercuti ke luar  or dalam negeri, nak balik kampung lah, nak  pergi pusat peranginan lah.... macam-macamlah.....tak la mereka bosan kan terperuk je kat umah.... malah, ia salah satu cara untuk mengembangkan minda anak-anak juga....

teringat saya dengan kisah laila .... anaknya iqbal tercedera sewaktu percutian mereka. jom ikuti kisahnya....
____________________________________
oh terlupa... semasa check out nak ke Kaki gunung, si kecil aktif Iman Iqbal terjatuh tersembam dilantai - bibirnya luka terkoyak sedikit. Kesian, masa tu darah keluar agak byk... Alhamdulillah tak panik, lepas lap, saya amik 1 capsul Vitamin E - pecahkan dan letakkan ditempat luka. kalau sebelum ni saya dengar cerita kawan2 je, letak ditempat luka anak2 - terhantuk kepala bucu, ter hantuk mata, ketuat kering, dll. Alhamdulillah memang nampak kesan Vitamin E.
Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka - lepas ni insyaAllah ibu akan pastikan antara barang yang MESTi ada dalam handbeg ketika berjalan dengan anak2.

Bibir luka - lepas lap darah
selepas 24 jam

Selepas 2 hari.
____________________________________________
Vitamin E sememangnya mempercepatkan proses penyembuhan luka....Jadi, kepada ibu-ibu, pastikan Vitamin E sentiasa ada di dalam beg ya.... manalah tau, klu tiba-tiba si comel tercedera ke.... kan baik sediakan payung sebelum hujan kan....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Selasa, 22 November 2011

STRETCH MARKS - NIGHTMARE bagi kebanyakkan wanita... Jom atasinya...

bagi kebanyakan ibu-ibu mengandung, masalah stretch marks adalah sesuatu yang lazim...bukan saja ibu mengandung, malah mereka yang mengalami masalah kenaikan berat badan juga mengalami masalah yang sama... anda tak percaya? cuba anda tengok-tengok badan anda... ada tak garis-garis putih macam lemak pecah...burukkan..saya tak cakap anda punya ya... sebab saya pun tak suka tengok stretch marks saya... benci tau.. sebab nampak saya hodoh... 

stretch marks saya bertambah-tambah bila saya mengandungkan amirah... lagilah buruk... memang sedih sangat masa tu.. malu saya depan cik Hubby.... tapi... stretch marks saya makin pudar bila saya amalkan alfafa, vit c, b com, vita lea, esp, vitamin e. nampak macam banyak kan... tapi adalah jadual dia.. bukan saya makan sekali harung je...em..... dan yang paling penting, saya lebih yakin dengan diri saya... tak da lah asyik malu je dengan cik hubby... bukan tak penting ya... penting tau... sangat-sangat penting....  

Jom kita semak info mengenai stretch mark nie...
Ia adalah garis-garis putih yang terdapat pada beberapa tempat seperti perut, payudara, paha, lengan.Ia muncul akibat kulit meregang dalam waktu singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Stretch mark kerap muncul pada wanita saat hamil atau saat badan mengalami kegemukan yang awalnya kurus. "Hampir 90% wanita hamil terkena stretch mark," kata dr. Nanden S. Prabu, SpKK dari Obagi Dermatologi Medical Clinics. Kulit terdiri dari tiga lapisan, lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan yang paling luar epidermis. Terjadinya stretch mark adalah pada lapisan dermis. Lapisan ini dipenuhi dengan pembuluh darah, sebenarnya lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis. Stretch mark banyak terdapat pada wanita berkulit gelap karena mereka lebih banyak menghasilkan melamin. Stretch mark tak bole dihilangkan tapi mampu utk dikurangkan dgn pengambilan makanan (sayur2an,buah2an,), pengambilan air yg byk dan boleh juga sapu pelembab utk menjaga elastik/kekenyalan kulit
credit to kak cery



oh ya... nak gak tau kisah yang lain mengenai stretch marks nie... jom kita tengok kisah Aula nie... macam mana lak dia menyelesaikan masalah stretch marks dia...

Semalam la dok belek2 depan cermin tetiba tengok "eih macam dah berkurang la stretch mark nie… dok sapu2 rase licin jer… Nak tanye hubby of coz die kate cantik kan hahah :P"

Takleh aula nak share gambar hahah segan la… tapi percayalah mmg dah bertambah licin rupa dan rase  (macam makanan laks!)

Sebenarnya memang ramai yang dah share testimoni nie tapi takde lak aula rase kan.. tapi lepas mendisiplinkan diri untuk amalkan 3 CARA kat bawah nie alhamdulilah baru PERCAYA..

1. Pepagi breakfast memang Aula minum ESP+ FIBER wajib selain dari control diet dan tenaga nak make sure "Protien yang cukup untuk badan nie"

2. Amalkan minum air yang CUKUP sekurang-kurangnya 2-3Liter sehari wajib ye!!

3. Pengambilan VITAMIN C dan GLA  sekurang-kurangya 2 biji sehari.

Pa pun, saya cuma berkongsi je...jika anda nak lalui apa yang saya dah kongsikan...leh cuba... tapi tak da paksaan tau...




Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Khamis, 17 November 2011

Nak jadi suami yang hebat, bila isteri mengandung? Jom ikuti tips ini...

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
Sumber: iluvislam.com
__________________________
Wahai suami-suami.... jom amalkan tips ini. Tak salahkan... tak hilang ketampanan anda di mata isteri... malah anda lebih hebat di mata mereka....

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Rabu, 16 November 2011

Anda peminat vitamin E? benarkah vitamin E penyebab kanser prostat? Apa yang anda perlu tahu mengenai vitamin E?


" Saya memang amalkan makan vitamin E sejak dulu lagi, sebab saya tahu kebaikannya. Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"  ... 
ini adalah antara jawapan ringkas salah seorang customer saya baru-baru ini apabila saya mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.

Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.

Melalui bahan bacaan saya dari penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.

Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.
dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium (as selenium yeast).

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  

Renung -renungkan......  
Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!  

credit : Pn Norita

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

Rabu, 9 November 2011

hilang 3kg dengan pengambilan lecitin?

mendengar kisah mereka yang berjaya turun kan berat badan sangat seronok di dengar. Saya memang suka dengar. Yelah, bagi mereka yang ada masalah berat badan bukan senang nak turunkan berat badan. buatlah apa pun, kadang-kadang tak turun pun. kadang-kadang sanggup ikat perut sebab nak diet, tapi tak de kesan pun.... last-last kena gastrik :(
ingat saya pernah cite saya nak turunkan berat badan? dulu saya memang tak kisah bilaorang cakap saya berisi,   makin gemuk bila dah kahwin :( saya sedih sangat. walaupun tak ambik kisah, tapi kadang-kadang saya kisah gak. cuma bila dah disahkan mengandung nie... saya taklah nak berdiet sangat, cuma kena kawal pa yang saya makan. maklumlah, saya jenis metabolisma rendah. jadi bila mengandung, berat badan yang berlebihan akan memberi kesan kepada baby. paling saya takut saya menghidap kencing manis waktu mengandung.. bila mengandung dan disahkan menghidap kencing manis, boleh menyebabkan baby besar dalam perut. bila baby besar dalam perut, macam2 masalah nanti, antaranya kena ceaser. boleh rujuk entry saya yang lepas 
kali nie saya bukan nak cite pasal saya, cuma nak cite pasal kawan cik pau. bersemangat saya dengar.
__________________________
"FYI...i lost 3 kgs dgn amik lecithin je selama 2 minggu...kehkehkeh..alhamdulillah...yg bestnya laki aku kata...badan aku nampak lain...aku pun tatau apa yg lainnya...tp bestlah sbb buncit perut aku berkurangan (hilang tu belumlah lagi...)
so aku nak amik lecithin, b comp dan alfalfa. Nanti aku bg feedback kat ko bila aku full run..."
________________________
teruja saya bila saya membacanya :) cuma sekarang saya kena hold dulula hasrat saya nak turunkan berat badan ;)
Jom kita tengok info mengenai lecitin

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar....

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Selasa, 8 November 2011

betulke makan suplement semasa mengandung menyebabkan baby besar dalam perut?

Dulu masa mengandungkan amirah selalu orang cakap kat saya, 'ko jangan makan suplement, nanti baby besar dalam perut, susah nak keluar'. masa tu pengetahuan saya teramat cetek.hehehe sebab malas membaca. banyak dengar cakap orang je. sekarang,bila mengandung anak kedua. saya cuba mencari fakta sebenar kenapa baby boleh besar dalam kandungan. adakah disebabkan pemakanan or suplement? jom kita tengok fakta dari kementerian kesihatan malaysia 
_________________________________
Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal. Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
besar dari usia kandungan
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan? 
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
  • Keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan? 
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
  • Memantau kesihatan ibu-ibu.
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
  • Rancang kelahiran yang selamat.
_______________________________________

jadi pemakanan suplement sebenarnya tiada kaitan dengan 'baby besar dalam kandungan'. Jadi apa sebenarnya fungsi suplement kepada ibu mengandung? jika ia tidak elok kepada baby kenapa ibu-ibu mengandung dibekalkan dengan suplement ini? Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..

dan untuk kali ini, saya mengambil shaklee. dan alhamdulillah, kesannya tak seperti sebelum ini, saya jarang moody, saya kurang penat, saya kurang rasa nak pitam dan setakat hari ini 'proses 'pembuangan' saya amat baik. jika dulu waktu amirah saya mengalami sembelit yang teruk hingga saya kurang selesa....Alhamdulillah, untuk kali ini saya bersyukur mudah-mudahan ianya dipermudahkan hingga akhirnya.


suplement yang saya gunakan.... 

saya juga gunakan ini.... ESP sebagai memenuhi keperluan protien saya dan juga protein ini membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi


Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita... 


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com

 or sms saya 0177206723

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...