Selasa, 8 November 2011

betulke makan suplement semasa mengandung menyebabkan baby besar dalam perut?

Dulu masa mengandungkan amirah selalu orang cakap kat saya, 'ko jangan makan suplement, nanti baby besar dalam perut, susah nak keluar'. masa tu pengetahuan saya teramat cetek.hehehe sebab malas membaca. banyak dengar cakap orang je. sekarang,bila mengandung anak kedua. saya cuba mencari fakta sebenar kenapa baby boleh besar dalam kandungan. adakah disebabkan pemakanan or suplement? jom kita tengok fakta dari kementerian kesihatan malaysia 
_________________________________
Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal. Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
besar dari usia kandungan
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan? 
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
  • Keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan? 
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
  • Memantau kesihatan ibu-ibu.
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
  • Rancang kelahiran yang selamat.
_______________________________________

jadi pemakanan suplement sebenarnya tiada kaitan dengan 'baby besar dalam kandungan'. Jadi apa sebenarnya fungsi suplement kepada ibu mengandung? jika ia tidak elok kepada baby kenapa ibu-ibu mengandung dibekalkan dengan suplement ini? Suplement bertujuan menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..

dan untuk kali ini, saya mengambil shaklee. dan alhamdulillah, kesannya tak seperti sebelum ini, saya jarang moody, saya kurang penat, saya kurang rasa nak pitam dan setakat hari ini 'proses 'pembuangan' saya amat baik. jika dulu waktu amirah saya mengalami sembelit yang teruk hingga saya kurang selesa....Alhamdulillah, untuk kali ini saya bersyukur mudah-mudahan ianya dipermudahkan hingga akhirnya.


suplement yang saya gunakan.... 

saya juga gunakan ini.... ESP sebagai memenuhi keperluan protien saya dan juga protein ini membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi


Tak salahkan mencuba untuk kesihatan diri sendiri. Bila diri dah sihat, maka mudah untuk kita menjaga orang lain yang perlukan perhatian dari kita... 


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com

 or sms saya 0177206723

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...