ingat saya pernah cite saya nak turunkan berat badan? dulu saya memang tak kisah bilaorang cakap saya berisi, makin gemuk bila dah kahwin :( saya sedih sangat. walaupun tak ambik kisah, tapi kadang-kadang saya kisah gak. cuma bila dah disahkan mengandung nie... saya taklah nak berdiet sangat, cuma kena kawal pa yang saya makan. maklumlah, saya jenis metabolisma rendah. jadi bila mengandung, berat badan yang berlebihan akan memberi kesan kepada baby. paling saya takut saya menghidap kencing manis waktu mengandung.. bila mengandung dan disahkan menghidap kencing manis, boleh menyebabkan baby besar dalam perut. bila baby besar dalam perut, macam2 masalah nanti, antaranya kena ceaser. boleh rujuk entry saya yang lepas
kali nie saya bukan nak cite pasal saya, cuma nak cite pasal kawan cik pau. bersemangat saya dengar.
__________________________
"FYI...i lost 3 kgs dgn amik lecithin je selama 2 minggu...kehkehkeh..alhamdulillah...yg bestnya laki aku kata...badan aku nampak lain...aku pun tatau apa yg lainnya...tp bestlah sbb buncit perut aku berkurangan (hilang tu belumlah lagi...)
so aku nak amik lecithin, b comp dan alfalfa. Nanti aku bg feedback kat ko bila aku full run..."
so aku nak amik lecithin, b comp dan alfalfa. Nanti aku bg feedback kat ko bila aku full run..."
________________________
teruja saya bila saya membacanya :) cuma sekarang saya kena hold dulula hasrat saya nak turunkan berat badan ;)
Jom kita tengok info mengenai lecitin
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
Kandungan Lecithin :
- Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
- Kolin – satu komponen neurotransmitter.
- Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
- Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
PALING UTAMA
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
- Membantu kawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan