Khamis, 1 Disember 2011

Exzema.... bagaimana mengatasinya?

Hari ini saya nak berkongsi mengenai exzema. Ramai rupanya ibu bapa yang mengalami anak exzemakan... saya pun dah pernah lalui.... Pa pun untuk ibu bapa yang mengalami exzema... saya kongsikan sedikit info ya...



SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi kebanyakan ibu bapa adalah menguruskan bayi yang menghidap ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi asing di kalangan masyarakat hari ini.
Dianggarkan satu daripada lapan bayi menghidap ekzema dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Malah, pakar dermatologi menyifatkan ekzema penyakit negara perindustrian kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.
Walau bagaimana sukar sekalipun merawat ekzema, sebenarnya penyakit ini boleh diuruskan dengan bijak sekiranya ibu bapa mengetahui cara pengurusan ekzema dengan betul. 


Menurut pakar kanak-kanak daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond, Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik
Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas bayi berusia tiga tahun. Namun ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Kebanyakan penghidap ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama serta alahan lain seperti asma atau rhinitis.


Kebanyakan pakar perubatan tidak mengetahui dengan tepat punca ekzema, tetapi mungkin disebabkan kepincangan dalam sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.


“Kebiasaannya ekzema terjadi disebabkan beberapa perkara seperti alahan kepada sabun, kosmetik, pakaian dan bahan pencuci selain persekitaran yang menyebabkan reaksi makanan, perubahan suhu atau kelembapan.


“Malah ada juga bayi yang alah kepada susu lembu. Bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusu badan minum bahan daripada susu lembu,” katanya.


Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan berjumpa doktor seberapa segera sebelum lebih memudaratkan bayi.


Menurutnya, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua-dua masalah kulit ini berbeza.


Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.


Selain itu, tanda lain ialah kulit kering dan merah. Kadang-kadang, ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan berdarah. Paling teruk apabila kulit menjadi kering dan bersisik sementara menggarunya berulang kali boleh menyebabkan kulit menebal dan berkerak.


“Ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki manakala pada bayi biasanya mudah kelihatan di sekitar dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher,” jelasnya.


Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit ini. Ini kerana sabun biasanya mengandungi bahan kimia tinggi dan mengeringkan kulit bayi seterusnya menyebabkan ekzema semakin teruk.


“Disarankan supaya ibu bapa yang mempunyai bayi menghidap ekzema menggunakan sabun khas yang tidak mengandungi steroid dan bahan kimia. Pemilihan produk sesuai kulit ini sangat berkesan bagi memastikan ekzema dapat dikawal supaya tidak menjadi lebih kronik,” katanya.


Selama lebih 50 tahun krim berasaskan steroid meluas digunakan untuk penghidap ekzema. Malangnya krim ini boleh menyebabkan kerosakan serta penipisan kulit yang akan mengurangkan sifat pelindung semula jadi kulit bayi. Kulit bayi juga mudah berparut akibat kesan jangka panjang krim berasaskan steroid. Malah penggunaan yang keterlaluan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam saluran darah dan membawa kesan negatif yang lain.
sumber : mymetro
___________________________
..Dan saya nak kongsi bagaimana Pn Iffah mengatasi masalah exzema anaknya dengan mengunakan produk shaklee.... Jom ikuti kisahnya..

Pelbagai alternatif rawatan yang ada tetapi rata-rata mengatakan ianya bertindak sementara dan mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya merawat masalah eczema yang dihidap oleh Faheem sejak lahir lagi.
Peringkat Awal Kemunculan Eczema Faheem Shaklee Meal Shakes
Sejak dilahirkan lagi, Faheem telah mengambil steroid (dalam bentuk cecair) kerana dari dalam rahim Faheem telah mendapat bekalan steroid dari saya(Steroid tidak boleh dihentikan pengambilan serta merta). Akibatnya, timbullah ruam-ruam kecil, merah dan gatal-gatal pada pipi dan leher Faheem. Keadaan bertambah teruk apabila saya diserang SLE yang aktif pada minggu kedua berpantang mengakibatkan dosage steroid di tambah dan eczema Faheem mengganas. Ruam Eczema semakin banyak, dan jelas kelihatan dan akibat di garu ia menanah.
Antara serangan Eczema yang teruk_Shaklee_Faheem
Pelbagai rawatan dah saya cuba. Pergi berjumpa pakar kanak-kanak, pakar sakit kulit… tapi kesannya hanya sementara. Bila disapu cream ia berkurang apabila tidak ia kembali. Hampir setahun saya mencuba akhirnya saya melihat perubahan setelah saya mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein(ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan bagi luaran saya mandikan Faheem dengan Basic H2 Shaklee.
Selepas pengambilan 3M Breastfeeding_Shaklee Meal Shakes_Basic H2_Herbal Blend
Anda boleh lihat selepas 5 bulan, kulit Faheem menjadi sangat halus dan tiada lagi parut atau kesan eczemanya. Senang hati saya. Selepas berhenti menyusu, saya berikan Faheem 3 perkara WAJIB bagi memastikan sistem pertahanan tubuh Faheem di paras optimum bagi melindungi Faheem dari masalah kulit dan masalah kesihatan yang lain. Apakah 3 item WAJIB itu??

Sudah semestinya:
  1. Shaklee Meal Shakes perisa Vanilla yang sangat lazat!
  2. Basic H2, Magic Liquid yang sangat marvellous dan
  3. Herbal Blend, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.
Alhamdulilah, 3 rangkaian item WAJIB ini telah banyak membantu bukan sahaja saya malah ibu-ibu yang telah mencubanya. Jika anda mempunyai masalah anak yang eczema, jangan berlengah lagi! Dapatkan ketiga-tiga Item WAJIB ini pada harga yang sungguh istimewa! Hanya di tawarkan di FW|SOSC dengan PENJIMATAN HEBAT!!
Anak anda pasti suka mandi selepas ini dengan air mandian Basic H2, hanya beberapa titik boleh menghasilkan mandian buih yang hebat! Nikmatnya mandi, kulit pun sihat ~ Jom join Faheem mandi bersama Basic H2!


____________________________________

Alhamdulillah.... suka dengan kisah Pn Iffah nie. Seksa sebenarnya, bila kita tengok anak kita exzema.... yelah, klu gatal dia datang tergaru-garu, klu tak perasan sampai berdarah-darah.... Sian sangat.  tapi setakat kesian je tak jalan kan.... Jadi untuk anda yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba produk di atas. Saya dah cuba, dan alhamdulillah.. kesannya menakjubkan...  cubalah... pasti berbaloi.....


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com
 or sms saya 0177206723

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...