Khamis, 14 Mac 2013

Sembelit ketika mengandung?

Sembelit ketika hamil bukanlah sesuatu yang baru. saya pun pernah mengalami. memang sakit... hanya yang pernah mengalami je yang akan rasa.  nie saya kongsikan mengenai sembelit ketika hamil...



Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. 

Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga. 

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu: 

  • Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
  • Bersenam! Berjalanberenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain. 

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil. 

Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda. 

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin. 


http://www.babycenter.com.my/a1052606/sembelit#ixzz2NQaGmCgV


Untuk anda yang mengalami sembelit ketika hamil.. anda boleh mencuba ostematrix. Sepanjang mengamalkannya semasa anak ke dua memang amat membantu. kejang otot pun susah sangat nak jadi. berbanding masa mengandungkan amirah, kedua-dua nie amat kerap berlaku...
jom tengok testimoni nie....




selain bantu kedua-dua masalah nie... ia juga membekalkan kalsium untuk anda. Jadi badan sihat, keperluan nutrisi anda pun terjaga.

Berminat? meh pm saya... 
Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...