Saya sangat tertarik dengan satu artikel di majalah solusi isu 59 mengenai tajuk ini. Iaitu berjihad dengan susu ibu. Dengan susu ibu pun boleh berjihad ke? Tajuk artikel nie buat saya tertanya-tanya. Apa itu jihad? susu ibu? macam mana berjihad dengan susu ibu? Boleh ke? betul ke?
Jika sebelum nie, klu sebut jihad je, secara outomatik saya terus terbayang perang, kemudian, yang berkaitan dengan agama. Itu sahaja. Sungguh cetekkan pengetahuan saya.... Sebab itu, mudah sangat salah sangka.
Jika dilihat makna jihad, jihad adalah 'berjuang bersungguh-sungguh'. itu sahaja.
Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifahAllah di bumi.
Apakah amalan terbaik untuk jihadkan? Jihad bukan hanya berperang. Apa kata puan menyusukan berjihad dengan susu ibu? Kalau sebelum ini puan sanggup dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan dan 10 hari, maka apalah sangat dengan berjihad untuk menyusukan bayi. Jika puan hendak juga, bolehlah puan menyusukan anak selama dua tahun penuh selepas melahirkan si comel baik lelaki mahupun perempuan sebagai tanda kesyukuran.
petikan majalah solusi, edisi 59
Alhamdulillah... selama nie saya tak tau pun boleh berjihad dengan susu ibu. Ya... berjihad dengan susu ibu bermakna anda sanggup menyusukan si comel anda dengan susu anda. Kita bersungguh-sungguh nak bayi kita minum susu kita. Bukan senang, lagi-lagi bagi ibu muda. Ada je halangannya, dengan kekoknya, dengan susu sikitlah.. macam-macam lagi lah...
Jadi, bila kita berjihad, kita akan sungguh-sungguh untuk cuba, untuk buat. Tak boleh or ada halangan yang lain, kita akan sedaya upaya buat. Kita tak kan mudah berputus asa.
Jadi. untuk anda yang dah berjaya menyusukan bayi anda selama 2 tahun, TAHNIAH saya ucapkan. Yang belum.. jom kita berjuang... Bukan senang ye.. Tapi bukan susah gak. Klu itu yang kita nak.. in sya Allah.. pasti dipermudahkan... Alhamdulillah.. amirah dah lepas, sampai terlebih-lebih... sekarang turn afifah.. mudah-mudahan tercapai impian...
Jom kita susukan bayi kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan