Isnin, 9 September 2013

Susu ibu anugerah terindah...

Bagi ibu-ibu yang dah melahirkan pasti setuju klu saya katakan susu ibu adalah anugerah terindah. Nikmatnya bila dapat menyusukan baby. Ingat lagi kali pertama menyusukan Amirah. Macam-macam perasaan ada. Dan sangat-sangat bersyukur bila mampu menyusukan Amirah lebih dari 2 tahun. Jika orang lain berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan penyusuan sehingga 2 tahun tapi tidak bagi saya. sebabnya... Ia adalah anugerah yang Allah berikan untuk saya. (tak boleh menyusukan selepas 2 tahun? nanti saya ulas tajuk nie ye). dan Syukur sangat-sangat amirah juga sempat merasa nikmat tandem nursuring... memang seronok. Indahnya saat itu... bilalah boleh berulang kembali yek :).

Dan bila baru-baru ni afifah dimasukkan wad kerana jangkitan paru-paru saya sangat bersyukur kerana masih mampu menyusukan afifah. Alhamdulillah... tuhan kurniakan antibody terbaik untuk saya berikan kepada afifah. Saya sangat risau sebenarnya, Afifah tak nak makan, tak nak minum, tapi Alhamdulillah... Allah kurniakan susu saya untuk afifah. Susu ibu kan lengkap dari segala segi. Protien, vitamin, lemak... walau dia tak selera makan sekurang-kurangnya ada susu saya untuk dia. dan tugas saya, untuk makan yang lebih berkhasiat. Agar khasiat yang baik untuk afifah... syukur. Doktor kata, jangkitan pada paru-paru afifah agak teruk, tapi alhamdulillah.. Ianya dapat sembuh dengan cepat.

memang sepanjang afifah di wad saya tak lupa ambil nutriferon untuk upkan sistem imun saya. dan alhamdulillah.. ianya sangat membantu. Di samping tu, doa saya tak pernah putus untuk afifah agar dia cepat sembuh. Sesungguhnya, hanya DIa yang mampu menyembuhkan.

Jom susukan permata hati anda. Janjilah  dan berusahalah agar anda mampu beri yang terbaik untuk mereka. 

nak saya bantu anda?
meh sms saya
0177206723
or just email saya shaidahmazlan@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...