Sabtu, 11 Jun 2011

Susu anda merudum bila kembali bercuti?

Hari nie dah masuk hari sabtu. Bermakna esok last day cuti sekolah. Maknanya, ramailah ibu-ibu yang akan kembali bekerja selepas bersama-sama bercuti dengan anak-anak... Selamat kembali bekerja....
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, pasti akan mengahadapi masalah susu merudum. Terutamanya bagi yang dah lama cuti mengepam susu. Jangan risau... Disini saya sertakan beberapa tips bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi susu merudum. Bak kata kak cery ' macam kereta lama yang tersadai, jadi surelah ambik masa yang lama tuk panaskan enjin..... bukan boleh terus masuk gear 5kan?'

Pa pun, ibu-ibu kenalah sabar... Sabarkan separuh dari iman. Dan lagi satu yang penting... Jangan STREESS. Sebab bl kita stress dan fikir negatif susu akan bertambah-tambahlah drop!!!! So jangan sedih-sedih. Yakin Allah kan bantu kita 

So, meh kita cuba cara nie...Masa menyusukan amirah selalu buat teknik nie sbb nak kumpul stok banyak-banyak.... thanks kak cery
  1. Tambahkan kekerapan mengepam (atau direct feeding)..jika boleh setiap 2 jam sekali.
  2. Lakukan power-pumping. Lebih efektif dibuat time malam kerana hormon prolaktin lebih tinggi time2mcm ni.(ada budget lebih.beli pump yg jenis double pumping)
  3. pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  4. tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  5. Si ibu perlu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein(soya,ayam,ikan,daging,etc) dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan. Tahukah anda protin dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan. berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam2 utk terurai...Jadi pemilihan protin soya yang berkualiti tinggi ,,amat digalakkan.
  6. Si ibu perlu banyak minum air..sekurang2nya 2 liter sehari dan perbanyakkan makanan yang mengandungi sup
  7. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  8. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  9. Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.sebabtu pengambilan supplemen dapat membantu secara tidak langsung
  10. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium

So tuk ibu-ibu... Selamat mencuba dan yakinlah ibu-ibu pasti akan dapat apa yang dihajati.... Jangan lupa ya untuk berdoa dan berzikir. DOA dan Zikir adalah senjata yang paling kuat  tuk kita... nanti saya shake kan macam mana nak buat power pumping

____________________________   ___________________


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 

or sms saya 0177206723

2 ulasan:

  1. susu sy merudum bila time cuti.. buat power pumping pun dapat lan 1-2 oz je..
    ader sbb lain tak?

    BalasPadam
  2. da...
    antaranya time period, emosi tak stabil, fikir negetif

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...