Sabtu, 6 Julai 2013

Jom berMASKER

SELAMAT MALAM SEMUA...

Lagi beberapa hari nak menyambut puasa kan.. Bermakna lebih kurang sebulan lebih kita akan menyambut puasa.... Saya sangat excited. sangat excited time raya kali nie. klu raya sebelum nie tak delah saya fikir nak cantik-cantik.. tapi raya kali nie sangat excited sangat. Klu BOLEH NAK JADI MACAM TUAN PUTERI.. BOLEH KE?

TENTU SEKALI BOLEHKAN KLU ITU YANG SAYA NAK. TAPI KLU NAK SAJA TAK BERUSAHA TENTU SEKALI TAK BERHASILKAN...

Jika sebelum nie, susah sangat nak jaga muka, jadi malam nie saya mulakan langkah pertama. Muka saya bukanlah jenis berjerawat. Tapi cik hubby kata muka macam dah berkeladak. sebab malas jaga muka.

jadi malam nie saya rajinkan diri buat masker. saya cuma gunakan apa yang ada dirumah je....
ESP +ALFAFA + VITAMIN C. Tepek-tepek kat muka, bairkan dalam 20 minit pastu basuh. Klu malas basuh nak tunggu esok pun tak pe... klu malaslah..

p/s : saya bukan nak raya sangat pun.. tapi sangat beria raya nie sebab nak jumpa CINTA HATI yang jauh diseberang laut. TAK SALAHKAN NAK CANTIK-CANTIK UNTUK SUAMI.




Jumaat, 5 Julai 2013

DOA? SOLAT? FOKUS? ADA KAITAN?

SALAM JUMAAT...

pa khabar semua. Sihat? bagaimana dengan perancangan anda hari nie?
Semalam mentor saya bertanya adakah kami dah ber doa. Adakah kami benar-benar berdoa. Berdoa dengan bersungguh-sungguh? Saya tahu niatnya bertanya bukan bermakna kami tidak solat seterusnya berdoa, tetapi niatnya hanya satu untuk kami sama-sama menggunakan SENJATA itu sepenuhnya.. TEGURAN YANG SANGAT HALUS DAN IKHLAS. thanks kak..

Nampak mudahkan. Tapi sangat mendalam.

Ramai antara kita yang berdoa. tapi sejauh mana doa kita berada dihati. Adakah hanya ucapan dimulut? atau  benar-benar dari dasar hati? hanya kita je yang tahu. Apa yang kita boleh lakukan? Kita semak semula amalan kita. Semak solat kita. klu waktu solat pun kita sibuk memikirkan pekara-pekara yang tak sepatutnya apa lagi waktu doa.

jadi..... jom kita baiki amalan kita. Saya pernah terbaca, jika kita tidak solat dengan sempurna kejayaan sukar menjengah kita. Sebabnya.. solat merupakan latihan untuk kita fokus. Jika dalam solat pun kita tidak fokus apatah lagi diwaktu lain.

Nak saya kongsikan antara cara untuk kita fokus dalam solat?
Ini adalah cara yang dikongsikan oleh Prof Muhaya. Caranya buat satu titik hitam. dan fokus pada titik tersebut. Ambil masa dalam 10 minit. Just fokus pada titik itu sahaja. tengok berapa kali kita fikirkan pekara lain. dan setiap kali kita memikirkan pekara lain. ulang semula. ulang dan ulang. Hingga kita hanya fokus pada titik. ianya mengambil masa ya. 


mudah-mudahan ia membantu anda.

Jom kita tingkatkan kualiti amalan kita. 


Khamis, 4 Julai 2013

pst.....pst.... ada yang nak kurus? tak berjaya?

Nak kurus tapi tak berjaya lagi?

Meh tengok kenapa anda tak berjaya.


Cuba cek dulu hormone anda stabil or tak? Macam mana nak tau? Cuba perhatikan anda ada sintom nie?
a.       Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
b.       Selalu cepat marah - sukar mengawal perasaan
c.      Cepat merubah fikiran serta perasaan
d.       Menangis tanpa sebab tertentu
e.      Lesu serta kurang bertenaga
f.       Kemerosotan daya ingatan
g.     Selalu merasa gelisah
h.       Kerap pening kepala
i.       Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
j.        Nafsu makan yang meningkat
k.       Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
l.        Mengalami jerawat degil
m.     Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
n.      Alopesia atau keguguran rambut
o.       Hilang minat terhadap seks
p.       Kulit kusam dan tidak berseri
q.      Kulit berminyak
r.        Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

Jika anda ada mengalami salah satu tanda-tanda ini dan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan, maka besar kemungkinan anda sedang menghidapi masalah hormon.

Jumpalah doktor pakar endokrin anda bagi mengambil ujian darah atau air liur untuk kepastian sebenar. Punca masalah hormon ini jaga bermacam-macam dan ianya juga adalah sejenis penyakit yang boleh diubati.

Nasihat saya perbetulkanlah masalah hormon ini terlebih dahulu barulah kita boleh menurunkan berat badan atau berdiet.

Kredit to:

En Kamarul Nordin,
NZ New Image Nutritionist





Isnin, 1 Julai 2013

Suplement ketika berpuasa. Penting atau tak?

Tahun nie merupakan tahun ketiga saya berpuasa dengan shaklee dan merupakan tahun ke lima saya berpuasa sebagai seorang isteri. Alhamdulillah... Banyak pekara yang dah lalui dan sangat mematangkan saya. Satu-satu saya kutip sebagai pedoman untuk saya...

Dua tahun pertama saya langsung tak amalkan pengambilan suplement. sebab saya rasakan ianya tak perlu untuk saya. Padahal... ianya sangat penting untuk saya.. Jom saya kongsikan dengan anda...

Tahun pertama bergelar isteri saya berkerja dengan Gaint. sangat sibuk. sangat penat. sangat moody. Maklumlah baru mula kerja. kesian sangat suami. Nasib baik dia sangat memahami. Bersyukur sangat. Maklumlah.. hampir kerja setiap hari, kemudian, dari pagi hingga ke malam... memang sangat memenatkan. Sedih saya....

Tahun ke dua, alhamdulillah, kami berpuasa bertiga...  saya sangat excited tapi sangat risau sebab nie permulaan berpuasa dengan baby dan menyusukan sepenuhnya. Alhamdulillah... saya berjaya berpuasa penuh... walaupun agak penat. Alhamdulillah... cuma saya perasan saya agak moody. Lagi-lagi klu tak bangun sahur... sangat penat, haus. hubby selalu jadi mangsa saya. bersyukur sangat dapat hubby yang sangat memahami dan penyabar. Syukur sangat.... oh ya, time nie saya tak keja sebab kontrak saya sebagai guru tamat. jadi duduk umah je...

Tahun ke tiga.. saya bekerja sebagai guru kontrak. masa nie memang makin mencabar bagi saya. Saya bekerja, menyusukan amirah dan dalam masa yang sama saya ditinggalkan suami sebab berkursus. Jadi saya sorang-sorang dirumah. Memang sangat mencabar. Jika tahun sebelum nie langsung tak memikirkan bekalan susu.. tahun nie saya harus memikirkan bekalan susu, menguruskan stres seorang diri dan macam macam lagilah...masa tu mulalah cari kesedaran nak cari sesuatu yang menambahkan susu. cuba yang nie, tak ok. yang tu, tak ok. last-last jumpa shaklee. try.. mula-mula tak yakin gak. tapi bila tengok orang lain dapat susu banyak walau puasa. saya pun cuba gak. dan Alhamdulillah... memang sangat berkesan. masa tu saya ambik set asas je sebab budget cuma ciput plus esp ngan PD. wah-wah... hasilnya memang best. Alhamdulillah... saya sangat puas hati. cik hubby yang selalu tak de kat umah, bila sesekali balik tengok saya makin cantik, makin kembang kuncuplah saya...

Masuk bakul angkat sendiri kan.... tapi memang betul... kulit saya makin mulus, gebu hasil kerja esp. mula-mula tak perasan.. dah lama-lama, baru perasan. betul gak cakap suami aku...  saya makin tambah yakin. dan saya perasaan. mood saya makin stabil.tak terlalu penat. tak terlalu lapar dan haus. bukan langsung tak haus dan lapar ye... konsep tu salah ya..  Pe pun, saya bersyukur sangat. Allah bantu saya niat untuk berpuasa sambil berkerja + menyusu. memudahkan segala urusan saya. ALhamdulillah...

tahun keempat... saya meneruskan rutin berpuasa seperti tahun sebelumnya. Jika dulu suami tak berapa yakin, tapi bila saya kerap sogokan dia dengan shaklee. dia pun makin yakin. dah JATUH CINTALAH TU. maklumlah... orang laki kan susah sikit klu nak suruh makan suplement nie... tapi bila dah rasa.. pasti tak tolak lagi. bezanya, tahun nie, saya lepas pantang dan alhamdulillah... dapat berpuasa. walaupun, baru lepas pantang, alhamdulillah... susu of cozlah sentiasa penuh, kurang penat, kurang haus. dan yang paling bestnya... saya makin kurus... terkezut saya... hubby pun sama. selain set asas untuk penyusuan, saya tambahkan cinch. niatnya memang untuk kurus. dan memang tak disangka... saya memang kurus. berat tak kurang banyak. tapi inci lost... huh... tak disangka... gembira sangat.

tahun nie, saya pasti amalkan pengambilan suplemen shaklee. yang pasti esp, vitalea, bcom. mesti dalam list. cuma niat nak tambah cinch mix shake + energy tea cinch. untuk kurus + energy booster untuk saya. apatah lagi puasa kali nie, saya sendiri lagi... enery sangat-sangat diperlukan....

yup... puasa bukan untuk umat islam lembik, lemah. tapi untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan.... saya dah lalui puasa tanpa suplement dan dengan suplement... sangat-sangat berbeza. sangat-sangat membantu saya. Tak caya? cubalah... anda pasti rasa apa yang saya rasai... Tak caya? tak de guna saya tipu...kebaikannya dah saya rasai. ANDA? TERPULANG... TAK PERLU SAYA MEMAKSA ANDA. SEBAB HANYA ANDA YANG TAHU APA YANG TERBAIK UNTU DIRI ANDA. tapi pastikan anda dapatkan penerangan yang lanjut ya  dari pengedar anda...

  Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...