Jumaat, 5 Julai 2013

DOA? SOLAT? FOKUS? ADA KAITAN?

SALAM JUMAAT...

pa khabar semua. Sihat? bagaimana dengan perancangan anda hari nie?
Semalam mentor saya bertanya adakah kami dah ber doa. Adakah kami benar-benar berdoa. Berdoa dengan bersungguh-sungguh? Saya tahu niatnya bertanya bukan bermakna kami tidak solat seterusnya berdoa, tetapi niatnya hanya satu untuk kami sama-sama menggunakan SENJATA itu sepenuhnya.. TEGURAN YANG SANGAT HALUS DAN IKHLAS. thanks kak..

Nampak mudahkan. Tapi sangat mendalam.

Ramai antara kita yang berdoa. tapi sejauh mana doa kita berada dihati. Adakah hanya ucapan dimulut? atau  benar-benar dari dasar hati? hanya kita je yang tahu. Apa yang kita boleh lakukan? Kita semak semula amalan kita. Semak solat kita. klu waktu solat pun kita sibuk memikirkan pekara-pekara yang tak sepatutnya apa lagi waktu doa.

jadi..... jom kita baiki amalan kita. Saya pernah terbaca, jika kita tidak solat dengan sempurna kejayaan sukar menjengah kita. Sebabnya.. solat merupakan latihan untuk kita fokus. Jika dalam solat pun kita tidak fokus apatah lagi diwaktu lain.

Nak saya kongsikan antara cara untuk kita fokus dalam solat?
Ini adalah cara yang dikongsikan oleh Prof Muhaya. Caranya buat satu titik hitam. dan fokus pada titik tersebut. Ambil masa dalam 10 minit. Just fokus pada titik itu sahaja. tengok berapa kali kita fikirkan pekara lain. dan setiap kali kita memikirkan pekara lain. ulang semula. ulang dan ulang. Hingga kita hanya fokus pada titik. ianya mengambil masa ya. 


mudah-mudahan ia membantu anda.

Jom kita tingkatkan kualiti amalan kita. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...