Khamis, 12 Disember 2013

Makanan ringan merosakkan otak

Selama nie bukan tak tahu. Tahu tapi ambik remeh. Banyak sangat pihak yang war-war kesan pengambilan makan ringan nie. cari je lah. mesti jumpa. Tu pun klu nak carilah. hihihi nie sebenarnya membebel untuk diri sendiri nie. Klu tau pun, stil nak bagi jajan-jajan nie kat anak. Bukan pe, sedap sebenarnya makanan nie. Tapikan... kesannya sangat menakut. Jom kita ubah sikit-sikit. Bukan pe untuk kebaikan anak-anak dan warisan kita juga

Saya sebenarnya tertanya, apa yang menyebabkan ianya merosakkan otak. Rupa-rupanya disebabkan kandungan yang terdapat  pada makanan tersebut.

Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).
Malahan ia sebenarnya mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Ini dibuktikan dengan penggunaan mononatrium glutamate, gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi, yang bertujuan mengekalkan kesedapan dan kesegaran. Namun, segala bahan ini dikenalpasti sebagai agen utama kepada masalah kesihatan, seperti kanser, kerosakan gigi, obesiti (kegemukan) dan jantung berlubang. Misalnya, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas kanak-kanak sekolah menunjukkan 89% daripada mereka mengalami kerosakan gigi, 60% diserang penyakit gusi dan 20% lagi berada di tahap serius dan memerlukan rawatan doktor gigi

Jadi, jom.. sediakan makanan sihat untuk keluarga. Jika sebelum nie, selalu sediakan air sirap or bancuhan kordial, hari nie saya sediakan home made jus rosel. Murah je.. seringgit saya dapat sebekas besar yang boleh saya bancuh berkali-kali. Bunga dia lak buat makan.

kurangkan sikit-sikit...lama-lama mesti boleh. Jom nikmati air nie. lagi sedap dari sirap sebenarnya.

Selasa, 10 Disember 2013

Kurap???

Nie kali kedua amirah kena penyakit nie. Kali kedua dulu masa amirah umur setahun. Boleh refer link ni. Kali nie saya tak kalut macam dulu lagi. Saya faham, saya dan hubby kulit sensitif. Jadi tak heranlah klu amirah pun terkena tempiasnya. Apatah lagi kami baru berpindah,persekitaran yang agak asing pada dia. Ada yang dia alergik. Jadi, tugas saya, meningkatkan sistem imun dia. Dan untuk kali nie, amirah tak pula merengek pedih or gatal. Tapi kadang-kadang nampak gak dia tergaru-garu. Nasib baik perasaan. Klu tak makin besar kurap dia. Dan saya percaya nie pun dah agak besar. His his cuaikan saya... Tak pe, tak pe... klu merunggut je, tak de penyelesaian. Jom atasinya.

Jika dulu saya cuma tambahkan mealshake + basic H dan herbal blend. Tapi kali ini saya tambahkan omega dalam diet dia. Omega nie tak yah cakaplah. Amirah memang pantang, pantang nampak. Klu tak tegas memang dia akan makan 2. Walaupun nak dia cepat sihat, tak delah saya bagi melebihi had.

Dan nie kesannya, pengambilan mealshake+omega + basic H + herbal cream. Lebih Cepat. Parut pun cepat hilang berbanding yang lalu. Pengambilan mealshake sebenarnya sebagai sumber protien untuk amirah. seperti yang kita tahu, protien yang baik membantu menghasilkan kulit yang cantik. Dan saya percaya, ia membantu mendapatkan kulit amirah yang cantik. Omega? Ia sebenarnya meredakan keradangan kulit. Merah-merah bahagian tepi tu cepat sangat hilang. herbal blend tu seperti biasa, untuk disapukan agar kulit amirah tak kering dan basic H adalah untuk sabun dia bagi menggantikan sabun yang dia guna.


Alhamdulillah syukur saya ianya dah pulih. Ada ibu-ibu yang bercerita anaknya belum sembuh-sembuh, malah makin teruk. Untuk ibu-ibu diluar saya yang mempunyai anak yang mempunyai masalah yang sama dengan amirah. Diharap ianya menjadi panduan ibu-ibu menyelesaikan masalah ini.

salam sayang,

Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya

or sms/call : 0177206723




Khamis, 5 Disember 2013

Omegaguard membantu mengatasi masalah penyakit jantung



Dalam kenangan...

Ingat lagi pada pelakon nie? Faizal Yusuf. Sejujurnya, saya sangat suka tengok dia berlakon. Sangat hidup watak yang dimainkan. Bila dengar berita meningal amat-amatlah terkejut. Yelah dia muda lagi. Klu tak silap dia meningal pada usia 33tahun akibat Penyakit jantung.

Muda sangat. Dulu yang menghidap penyakit jantung nie biasanya warga emas. tapi penyakit nie dah agak sinonim dengan orang muda. Antaranya disebabkan gaya hidup yang diamalkan. contohnya malas bersenam & amalan hidup pasit. Maaaf ye, saya tak tujukan ianya pada arwah sebab saya tak tahu gaya hidup yang diamalkan... Teguran saya tadi untuk kebanyakkan gorongan muda hari ini. Ingat ini sebenarnya untuk saya juga. Sebab saya pun kadang kala agak malas bersenam.

INGAT YA, PENYAKIT JANTUNG NIE ADALAH PENYAKIT YANG SERIUS. tapi rawatan awal boleh dilakukan bagi memperbaiki otot jantung yang rosak. Pastikan kehidupan ini amat berharga untuk anda. Jagalah diri, sayangi diri. Jika anda berasa ketidakselesaan pada jantung atau kesihatan anda. Berjumpalah Doktor, dan carilah alternatif yang terbaik. Ingat ya, penyakit ini boleh diubati. 


Petikan ini adalah daripada doktor pakar iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad :

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Biasanya doktor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.


1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. 

2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.



3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari. 

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.


Saya mencadangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor. 

Peluang baik untuk anda yang ingin merendahkan tahap kolestrol anda dengan Omega, bulan ini harga runtuh untuk Omega. Sangat-sangat jimat. Tak sama ye dengan minyak ikan biasa di pasaran. 

REBUTLAH PELUANG INI UNTUK DAPATKAN OMEGA 3 PADA HARGA RUNTUH. INGAT OMEGA 3 MEMBANTU MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG! ANDA BUKAN PESAKIT JANTUNG? CEGAH SEKARANG!!!!

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723

Isnin, 2 Disember 2013

Omega guard bantu hilangkan sakit sendi

Alhamdulillah. Seronok sangat bila dapat berita bulan nie promo Omega buy 6 free 1. Seronok yang tak terkata :)
Dengan omega nie macam-macam masalah saya dapat diatasi. Niat asal hanyalah sebagai tambahan untuk diberikan kepada amirah yang dialirkan melalui susu badan saya. Yelah masa mengandung dulu tak jumpa lagi shaklee. Cetek sangat pengetahuan tentang vitamin yang ada hanyalah cerita negetif. Orang kata jangan makan vitamin nanti baby besar. Sian amirah. Naluri seorang ibu, mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Jadi saya nekad menyusukan Amirah walau apa pun halangannya. Banyak ilmu-ilmu yang saya gali. Alhamdulillah mampu menyusukan amirah lebih 2 tahun.

Sepanjang saya menyusu, saya tertanya cukup ke khasiat susu saya. Yup saya tau, susu ibu adalah susu yang terbaik tapi tak salah rasanya klu saya tambahkan lagi khasiat susu saya kan. macam mana caranya? ia adalah melalui pemakanan kita. Sebab tak ambik apa-apa sewaktu mengandung yang membantu perkembangan otak amirah. Jadi, saya tambahkan omega guard dalam diet saya. Makanlah sehari sebiji dengan niat agar membantu perkembangan otak amirah agar lebih baik. Bukanlah maksud saya amirah ada masalah apa-apa, tapi dah namanya ibu, selagi dia terdaya buat yang terbaik, mesti dia berusaha kan :)

Dan Alhamdulillah, daya ingat amirah sangat kuat. Dia dapat mengingati dan ceritakan sesuatu pekara. walaupun kadang-kadang dia nampak macam main-main, tapi tu lah... dia cepat tangkap. 

Dan sebenarnya bonus untuk saya, sakit sendi-sendi saya hilang. Start mengandungkan amirah memang saya selalu kena simpul biawak. tapi dah bersalin pun sama. Tapi bukan macam simpul biawak. dia lebih kepada urat kaki. Kebas, sakit. Menangis-nangis saya. Klu cik hubby ada, leh lah tolong picit-picit walaupun tak jalan, tapi legalah gak. Klu tak de? tak kan nak biar je. Urut pun sama je. Dan bila ada konsisten makan omega & kalsium nampak bezanya. Alhamdulillah, dah lama tak rasa sakit kaki. Terima kasih Allah.

Tau tak antara puncanya? Ia ada disebabkan bius yang digunakan dalam proses pembedahan yang dijalankan. Sumber Dr Zubaidi. menurut Dr lagi, bagi sesetengah wanita bius yang digunakan menyebabkan kesan sampingan malah menyebabkan kerosakan saraf dan menyebabkan mereka sakit. Fahamlah saya kenapa ianya terjadi kepada saya. 

Bagaimana Kalsium & Omega membantu saya dalam masalah ini?
 Sifat omega shaklee inmflammation (anti keradangan) membantu sakit saraf saya sembuh. manakala kandungan kalsium selain membekalkan kalsium juga membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf.

Bestkan, sebab nak kayakan nutrisi anak dalam susu saya, masalah saya pun selesai. Sangat berbaloi. Tapi tu je ke? Tak. Ada lagi. Baju saya makin longgar tau. Sebab omega pun bantu bakar lemak-lemak yang dah bersarang dalam badan saya. Suka-suka

Nak saya bantu anda?
 Shaklee Id 846147

Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...