Saya sebenarnya tertanya, apa yang menyebabkan ianya merosakkan otak. Rupa-rupanya disebabkan kandungan yang terdapat pada makanan tersebut.
Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).
Malahan ia sebenarnya mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Ini dibuktikan dengan penggunaan mononatrium glutamate, gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi, yang bertujuan mengekalkan kesedapan dan kesegaran. Namun, segala bahan ini dikenalpasti sebagai agen utama kepada masalah kesihatan, seperti kanser, kerosakan gigi, obesiti (kegemukan) dan jantung berlubang. Misalnya, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas kanak-kanak sekolah menunjukkan 89% daripada mereka mengalami kerosakan gigi, 60% diserang penyakit gusi dan 20% lagi berada di tahap serius dan memerlukan rawatan doktor gigi
Jadi, jom.. sediakan makanan sihat untuk keluarga. Jika sebelum nie, selalu sediakan air sirap or bancuhan kordial, hari nie saya sediakan home made jus rosel. Murah je.. seringgit saya dapat sebekas besar yang boleh saya bancuh berkali-kali. Bunga dia lak buat makan.
kurangkan sikit-sikit...lama-lama mesti boleh. Jom nikmati air nie. lagi sedap dari sirap sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan