Jumaat, 23 September 2011

Kita adalah apa yang kita fikir....

hari ini saya nak berkongsi satu kisah yang menarik perhatian saya... Em...maklumlah lepas ziarah saudara-mara, kawan-kawan raya yang lepas. banyak kisah-kisah yang menarik perhatian saya. kisah sedih, suka dan macam-macam lagi. Manusiakan, macam-macam ragamnya. Jom ambil manfaat dari kisah nie.... Mudah-mudahan mereka yang mengalami situasi yang memeritkan dapat jadikan kisah ini satu iktibar.
______________________________
Kisah ini merupakan kisah duka seorang ibu beranak kembar.Dia berkahwin dengan seorang lelaki pilihannya, Malangnya, selepas berkahwin baru dia mengetahui suaminya seorang penagih tegar. Tendangan, pukulan dan tamparan sudah menjadi hidangan harian untuknya. lebih menyedihkan, ianya disaksikan oleh si kembar. ketagihan yang melampau menyebabkan si isteri terpaksa bekerja keras untuk menyara anaknya. Masa berganti masa, hari berganti hari. rumah tangga ini punah. Suami isteri ini meninggal dunia. Tinggallah si kembar meneruskan hidup. 

Bertahun kemudian, orang menemui seorang dari kembar ini mati dibawah jambatan disebabkan dadah. Tapi mana lagi seorang?Seorang lagi telah berjaya dalam perniagaannya. Ada wisma miliknya sendiri. Dan juga menjadi seorang peguam yang amat hebat. 

Kenapa dan mengapa hal nie berlaku? Seorang menjadi seorang peguam yang paling hebat dan seorang pula menjadi penagih dadah yang tegar. Sedangkan kedua-duanya melihat peristiwa hitam yang sama. Seorang melihat kemusnahan itu dan meniru jejak langkah ayahnya... Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekat untuk meniru perjuangan ibunya membebaskan diri dari masalah....

Samalah dalam kehidupan kita, sang lebah akan ketepikan semua bau busuk, najis dan kotoran ke tepi. dan ia akan terus cari bunga  untuk mencipta madu. Manakala pandangan mata lalat pula akan terus mencari najis dan kotoran untuk membiakkan penyakit dan melumpuhkan alam....

Petikan dari majalah Dara, okt 2011
_____________________________________
jadi... fikir2lah apa yang patut. pandanglah dan lihatlah pekara yang ada didepan mata anda dengan pandengan yang positif....


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...