Rabu, 5 Jun 2013

Tips untuk ibu menyusu berpuasa.

Rejab dah hampir pengujungnya... tinggal beberapa hari je ramadan akan menjelmakan dirinya. Bagi ibu-ibu yang menyusu pasti ada sedikit kegusaran kan. Saya pun macam tu dulu. masa mula-mula berpuasa masa menyusukan amirah.. Tapi alhamdulillah, suami sangat membantu ketika tu. Dia tenangkan saya, yakinkan saya, dan memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai ibu menyusu dan berpuasa. Dan alhamdulillah.. saya dapat lalui dengan jayanya.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, terdapat kelongaran untuk ibu-ibu menyusu yang berpuasa. “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”-  Anas bin malik Al-Ka'bi.

Untuk itu, saya kongsikan tips agar anda dapat menyusukan baby dengan sebaiknya walaupun berpuasa. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan niat kita untuk berpuasa penuh (klu tak datang bulan ye)

 1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

sumber : majalah pa & ma  julai 2012



    Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
FB : Shaidah mazlan
Fan Page : Mamaeisya
or sms/call : 0177206723


1 ulasan:

  1. Diana pernah melalui zaman menyusukan anak ketika bulan puasa. Masa tu umur baby lingkungan 5 bulan. mcm mn nak minum air 8 gelas sehari semasa bulan pose kan. Diana bwk air..letak kat sebelah..pas bukk pose minum sampai bersahur. Alhamdulilah..berjaya menyusukan anak..tanpa cuti puasa.

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...