Hari nie merupakan hari terakhir dalam bulan jun... Banyak pekara yang menyentuh hati saya. terima kasih kerana sedikit sebanyak mematangkan hdup saya. Anda semua terlalu berharga sepanjang perjalanan hidup saya.
Hari nie banyak habiskan masa ngan amirah dan afifah. Maklumlah en suami di seberang laut. Walau rindu yang teramat, saya tak boleh terlalu layan perasaan... Maklumlah, hati anak-anak pun harus saya jaga. Jika mereka lihat saya lemah, apatah lagi mereka. Ya, saya tau mereka terlalu rindukan ayah mereka. Setiap hari tak lekang dari mulut kakak bertanya tentang ayah.... jadi sebagai ibu saya perlu kuat. Tak boleh lemah...
jadi, nak mengurangkan rindu saya perlu bijak menggunakan masa mereka. mengisikan sesuatu agar ianya bermanfaat untuk mereka.
So, memandangkan saya dah habis menjalani latihan mengajar, jadi hari nie saya nak habiskan masa dengan anak-anak. Amirah awal pagi dah bangun. Sebab semalam dah janji dengan dia nak jalan-jalan naik basikal. biasanya aktiviti nie buat time cuti je.... So pagi tadi, jalan-jalan ngan amirah dan afifah pusing satu taman... Amirah bawa basikal, afifah duduk belakang. Saya moniter sambil bual-bual. cerita-cerita tentang pekara yang ada disekeliling mereka....
nak ke kedai tu sebenarnya agak jauh jugak. Tapi saya tak nak ajar dan tak nak mereka rasai kesusahan.. jadi saya tukarkan dia kepada pekara yang menyeronokkan... alhamdulillah... amirah semakin seronok...
Jika ada yang bertanya, kan jauh kedai tu... tak penat ke anak? ye saya tau kedai tu agak jauh dan saya yakin amirah pun agak penat. tapi jika fikirkan ke arah positif tentu jadi positifkan... ia boleh dijadikan aktiviti riadah untuk amirah dan afifah. secara tak langsung akan mengeratkan hubungan kami, mereka dapat menikmati keindahan alam... amirah suka tengok bunga cantik, afifah suka tengok burung, kucing...
Bukan saya tak sayangkan anak-anak saya... tapi saya tak nak mereka lihat hidup nie terlalu susah... bukankah itu juga pengajaran untuk kehidupan mereka...
nie bukan gambar pagi tadi ye... nie gambar dalam album saya.... sambil pusing-pusing, singgah taman.... pergi kedai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan