______________________________________
Ada pasangan ni. Dah lama kawen. Tp xdpt2 anak. Si isteri adalah seorang yg sgt perfectionist. Susun atur perabot dlm rumah sgt kemas. Kalau keja kat ofis atau kat umah, dah siap plan untuk satu minggu punya
Satu hari, si isteri disahkn pregnant. Gembira bukan main. Disahkn pulak anak tu lelaki. pasangan tu mmg sangat bersyukur dan gembiraJadi pasangan tu buat macam2 persiapan utk sambut anak. Bilik anak cat warna biru untuk lelaki. Dlm almari anak dh tersedia baju utk newborn hingga 6 bulan. Dah tersedia juga permainan utk anak dari anak mula blajar gigit2 hingga anak bakal umur setahun. Kata pun perfectionist kan
Bila anak lahir, mereka sangat happy.3 tahun kemudian, perkara ni berlaku. Si ibu mmg sangat perfectionist, sume mnde nk teratur, tersusun, kemas. Tp anak ni jenis suka sepah barang. Koyak kertas pastu terabur atas lantai. Sofa pn jadi tunggang langgang. Bila ibu lipat baju, anak sepahkn balik. Si ibu ni, bila anak mcm tu, dia salu la marah2 anak tu. Kalau marah, anak ckp janji xbuat lagi. Tp xmakan saman jugak. Ibu slalu kata, dia hilang sabar sungguh dgn anak dia
Satu hari, kawan si ibu nk dtg umah. Kawan lama. Jadi si ibu pun masak mee utk kawan dia. Lepas masak, nk hidang kat ruang tamu. Tetiba bila sampai ruang tamu, nmpk anak sepah ruang tamu. Meradang lah si ibu. Bila nk rotan si anak, si anak terus lari keluar rumah. Tp sebab si ibu geram sgt, dia pi kejar anak dgn rotan. Anak lompat pagar, ibu kejar jugak. Anak lari kuat2. Tetiba sampai kat jalanraya, si ibu dgr bunyi yg kuat, dan tiba2 ada percikan basahan darah kena kat muka dan baju si ibu. Anak dia kena langgar. Terkejut si ibu, terus hilang marah diaTerus bw anak pergi hospital, sambil tahan darah si anak, supaya xhilang byk darah. Sepjg ke hospital, ibu berdoa 'ya Allah, aku xpernah jadi ibu yg baik.. tolonglah selamatkn anak ku, beri satu peluang lagi padaku..'
Sampai kat hospital, terus masuk emergency room. Si ibu tunggu dgn penuh harap. Bila doktor kluar, si ibu harap masih ada cahaya utk dia. Tp doktor kata, 'maafkan kami, anak puan x dpt diselamatkan...'Hancur dunia ini rasanya..... Bila mlm tu balik rumah, si ibu buka tong sampah rumah dia, ambil kertas yg telah dikoyak2 oleh anak dia, yg ibu tu buang smlm, dan tabur kertas tu kat ruang tamu, mcm yg anak dia slalu buat. Itu lah sebenarnya keindahan hidup, tp dia x pernah syukuri pn sblm ini...
Pencerita kata, biasa kita ni reti bsyukur skali sahaja,iaitu masa dpt nikmat. Mcm si ibu, bersyukur masa dpt anak sahaja. Tp kita ni reti x bersyukur sepanjang masa. Mcm dlm kisah ni, tiap kali anak buat perangai, sabar lah dan bersyukur lah yg kita ada anak. Anak yg dinanti2 selama bertahun2. Jgn asik di marah, di herdik anak tu. Mcm kan ibu tu menyesal pulak ada anak. Kalau x pandai bersyukur sepanjang masa, Allah pn tarik lah nikmat itu
_____________________________
Moral story nie? Kena banyak banyak bersabar. Terutamanya pada anak. Dia amanah Allah pada kita. Dan paling penting kena banyak-banyak bersyukur....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan