Rabu, 13 Julai 2011

Kisah seorang ibu yang tabah mengepam susu......

Catatan kali ini saya tujukan khas untuk kawan karib saya sewaktu di UMS. Mudah-mudahan ianya akan menjadikan erna semakin bersemangat menyusukan baby....Testimoni ini merupakan testimoni customer Kak N. Beliau merupakan seorang ibu berkejaya dan menyusukan anak. Apa yang membanggakan, walaupun anaknya tidak menyusu secara langsung, tetapi si kecil juga tidak mahu minum susu formula. Jom kita baca....
__________________________________________

Beliau adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Ibu mengenali beliau melalui satu sms apabila beliau hendak mencuba trial pack Shaklee. Beliau yang ibu maksudkan ialah Auntie Syakira atau nama panggilan mesra ialah Kyra. Beliau seorang ibu yang sangat kental semangatnya. Walaupun bekerjaya tidak menjadikan ini satu alas an untuk tidak menyusukan anaknya. Setiap cerita penyusuan pastinya punya halangan yang tersendiri, begitulah keadaannya dengan Kyra apabila anak ketiganya Marisa tidak mahu menyusu secara langsung dari beliau sejak lahir, namun si kecil ini juga tidak mahu dengan susu formula.

Ini memberikan satu kekuatan dan semangat kepada Kyra untuk meneruskan penyusuan susuibu walaupun terpaksa mengepam 6-7 kali sehari. Pada mulanya Kyra yang ibu kenali seorang yang stress… maklumlah dengan sibuk bekerja, mengepam dan terpaksa berjaga malam kerana anaknya yang sukar tidur.


Beliau berusaha untuk mencari supplement bukanlah pada tujuan untuk membanyakkan susu namun beliau mencari supplement yang boleh membantu beliau sustained dan sentiasa bertenaga selain punyai mood yang ceria. Beliau mengambil keputusan untuk mencuba trial pack Shaklee set B sahaja pada mulanya.


Selepas seminggu beliau dapat merasakan perubahan yang ketara….

Beliau jarang keletihan walaupun tidur yang tidak mencukupi hatta waktu siang yang dipenuhi di pejabat. Beliau juga mendapati susu badan beliau mulai pekat dan sangat berbeza dengan susunya sebelum pengambilan supplement. Ini kerana supplement itu sendiri telah meningkatkan nutrisi yang sedia ada di dalam susuibu.

Kini anaknya telah berusia 9 bulan…Alhamdulillah beliau masih meneruskan mengepam bagi memastikan anaknya membesar dengan susuibu. Alhamdulillah beliau terus bersemangat mengepam setiap hari ditambah dengan kumpulan sokongan di pejabat beliau bekerja. Kata beliau komuniti ibu2 yang mengepam di pejabatnya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bersemangat menyusukan anaknya walaupun melalui susuibu yang dipam setiap hari. Beliau berkata lagi bahawa, kumpulan majoriti terbesar yang mengepam di pejabat beliau adalah dari kaum Cina, diikuti kaum Melayu dan paling sedikit adalah kaum India. Ini membuktikan bahawa telah lahir kesedaran yang besar betapa pentingnya susuibu itu sendiri.


Beliau telah membuktikan kepada ibu bahawa faktor usia bukan penghalang kepada penghasilan susuibu. Ini terbukti apabila beliau sendiri telah berumur 33 tahun , telah melahirkan 3 cahayamata dan lebih hebat lagi ialah beliau adalah seorang ibu yang bekerja. Bersyukur pada Allah kerana sehingga hari ini beliau mampu menyediakan
30 oz bekalan susuibu sehari buat anaknya Marisa.


Kini beliau telah mengambil Shaklee sebagai supplement beliau selama 6 bulan…beliau mengakui bahawa supplement banyak membantu untuk beliau sampai ke tahap ini. Antara mesej yang ibu terima dari Kyra ialah …

Tapi Shaklee banyak membantu saya juga. Saya lebih relax, alfalfa tambah kualiti dan kuantiti susu, saya kurang penat walaupun terpaksa bangun mengepam pukul 3 pagi….”

Tidak beliau nafikan ada dalam komuniti beliau yang telah mula putus asa dengan mencampurkan susu formula lepada anaknya disebabkan susu yang makin berkurangan akibat tidak mengepam di malam hari. Ini menjadikan iktibar kepada Kyra agar perlu bangkit pada waktu malam untuk mengepam. Apakah yang membantu beliau untuk bangun pada malam hari dan mengepam? Jawapannya adalah pengambilan makanan yang seimbang agar badan si ibu terus sustained demi menghasilkan susuibu yang berterusan. Supplement hanya membantu mengisi kekosongan di dalam badan ibu yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seharian.


Bagi yang ingin bertanya dengan lebih lanjut bagaimana Kyra berjaya ke tahap ini bolehlah menghantar email kepada shakey712@gmail.com .


 Inilah sumber kekuatan Kyra untuk meneruskan perjuangannya ....


Tujuan posting ini adalah untuk membantu ibu2 yang hampir putus asa dalam penyusuan anak mereka. Ini sahaja cara untuk ibu membantu mereka yang memerlukan semangat perjuangan dalam meneruskan misi seorang ibu yang mahu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun atau lebih. Jangan menjadikan kerjaya itu satu alasan kerana mencari rezeki adalah satu ibadah. Janganlah berputus asa kerana ia adalah satu sifat yang bermaksud kita putus harapan dengan Allah, sedangkan Allah itu Maha Pemberi.


Wahai ibu2 yang menyusukan anakmu…ketahuilah betapa besarnya pahala kita menyusukan anak2 yang di anugerahkan Allah kepada kita. Berdoalah nescaya Allah perkenankan. Doa yang baik akan datang yang baik….


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu dari saya….semoga cerita benar ini menjadikan ibu2 diluar sana terus bersemangat sehingga mencapai kejayaan yang hakiki!



Anda boleh baca kisah lanjut ini di sini
________________________________________

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com 
or sms saya 0177206723

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...