Isu  status halal bovine gelatin produk Shaklee hangat dibangkitkan sebelum  ni.. Bagi saya, saya tak pernah ragu2 dgn pilihan saya.. Jom baca apa yg  ditulis oleh seorang pengguna Shaklee, yg berpengalaman duduk di Jepun  6thn... ...credit utk Hanis Amin utk artikel di bwh ini yer mengenai status halal haram ni
_____________________________________________
Semalam  saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang  digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah  mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang  menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan  Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza.  Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang  dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan  untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :
Baru-baru  ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya  ditulis Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th  Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee  Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA Lantas saya terus teringat, suatu  ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila  ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis  kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada  masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya  pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’.  Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya,  kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan  blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine  gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi  setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan  kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke  kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya  periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari  softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari  Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau  bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh  Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.  Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya  ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition  terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan  menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi  talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam  menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.  Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A  Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America  (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah. 

Alhamdulillah,  Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti  tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner  Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers  are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider  selection of capsule choices that meet specific dietary requirements.  Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly  important to understand the special needs of consumers. For example, the  Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary  needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by  the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further,  capsules meeting Kosher needs are also available.*
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti  saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari  lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara.  Kita lihat untuk soy lecithin.
 SHAKLEE JAPAN
 SHAKLEE JAPAN SHAKLEE AMERIKA
 SHAKLEE AMERIKA SHAKLEE CANADA
SHAKLEE CANADAInilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.
 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan