Selasa, 13 November 2012

promosi hebat Nov 2012!!!! meh dapatkan alfafa pada harga runtuh

PROMOSI HARGA RUNTUH !!!!

Ibu2 yang breastfeed,adik2 kakak2 abg2 yang nak kuruskan badan bagi nampak makin ayu dan handsome..mak ayah yang ada gout...sesiapa yang ada masalah sembelit dan toksin banyak dalam badan...anda boleh GRAB peluang ni

Alfalfa ni sesuai utk semua org yea..tak kira lelaki, wanita, tua muda, semua pon boleh ambik........ Ibu2 yang breastfeed, adik2 kakak2 abg2 yang nak kuruskan badan bagi nampak makin ayu dan handsome..mak ayah yang ada gout...sesiapa yang ada masalah sembelit dan toksin banyak dalam badan.... selain tu... meh tengok pe kesan dia... tak rugi cuba :)

  •  nak DETOX (buang toksin/cuci usus) 
  •  nak HILANGKAN KELESUAN & TEKANAN
  •  nak RAWAT ARTHRITIS
  •  nak KURANGKAN ALLERGIC &ECZEMA
  •  nak RAWAT Asma
  •  nak NEUTRALKAN ASID DALAM BADAN
  •  nak RAWAT MASALAH KEPUTIHAN (untuk wanita)
  •  nak CUCI BUAH PINGGANG & RAWAT KENCING KOTOR
  •  nak MEMBESARKAN & MENEGANGKAN PAYUDARA 
  •  nak RASA macam MAKAN KACIP FATIMAH tapi lagi hebat 
  •  nak PULIHKAN URAT SELEPAS BERSALIN 
  •  nak LEGA DARI MASALAH PENGHADAMAN & PENCERNAAN
  •  nak TINGKATKAN STAMINA SEORANG SUAMI (ambik dengan Vitamin E sekali = vitamin cinta )
  •  nak LAWAS/LEGAKAN SEMBELIT
  •  nak BUANG ANGIN DALAM BADAN
tak rugi cuba .... nie antara salah satu hot item shaklee. malah ramai yang ambik 2 3 botol terus. lama lagi expired date dia 2015. oh ya.. lupa nak bagi tau alfafa bila di gabungkan dengan vitamin lain akan dapat kesan yang lebih hebat...

meh pm saya.... jangan malu-malu :)






Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723


Sabtu, 8 September 2012

Konsep asas penyususan

Apa konsep asas yang perlu dilakukan?
1. Pastikan payu dara anda sentiasa dikosongkan.
- pastikan anda kerapkan mengepam setiap 2-3 jam atau menyusukan payu dara secara terus. Sebab bila payu dara sentiasa kosong, secara automatik ia kan menghantar signal permintaan yang banyak. Jadi, semakin banyaklah susu yang terhasil. bukan tunggu payudara penuh ya :). Tu konsep yang salah. Sebab bila tak kerap kosongkan, seoalah-olah permintaan sikit atau tak da, sebab tu lama-lama susu akan kering sendirinya. Sebabnya, payudara tak dirangsang.

2. Pastikan minum air melebihi 3L.
- Jangan takut minum air ya. Bukan air manis tau air masak. Kenapa? Sebab susu ibu itu sendiri cecair. Jika tak cukup air dalam badan, macam mana yek? jadi jangan takut minum air ye.... Tak gemuk pun... malah yakinlah ianya dapat bantu hilangkan toksik dalam badan kita. 

3. Doa dan bertawakallah kepada Allah.
-Lepas dah berusaha, bertawakallah. Hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon. Mudah-mudahan Dia akan mempermudahkan niat kita untuk menyusu.
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN...

p/s nanti saya update gambar terbaru Afifah. Tunggu ye.... 

Khamis, 30 Ogos 2012

KEBURUKAN AIR MASAK KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH

Dah lama saya bercuti.... cuti raya :) Walaupun bercuti, biz online saya masih lagi berjalan. Hanya cuti menulis blog je... Ari nie saya nak kongsikan keburukkan memberi bayi bayah 6 bulan selain susu ibu. ia juga sebagai peringatan untuk saya. maklumlah, amirah pun dah 3 tahun..... banyak yang nak kena ingat balik. Pa tah lagi balik beraya kali nie saya lihat ramai yang dah menambah 'ahli baru'.
Banyak faktor ibu bapa memberi air masak kepada bayi bawah 6 bulan ... Antara sebabnya ialah atas desakan persekitaran(ibu bapa,saudara mara, kawan-kawan), sesetengahnya berpendapat untuk hilangkan kuning anak, supaya anak senang buang air. malah ada juga yang berpendapat supaya tekak anak perlu dibilas selepas minum susu....
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ini memberi kebaikan kepada semua :)



CREDIT TO : MYCHibiBox.com
Sumber dari :
  1. Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & kuala Lumpur

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ubat jaundis hanyalah SUSU IBU SAHAJA. Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*  

Jumaat, 20 Julai 2012

Nak kekal bertenaga di bulan puasa?

Esok umat islam akan mula menjalani ibadah puasa. Bagi anda yang ingin kekal bertenaga sepanjang hari, nak menjalani rutin harian seperti biasa dan juga mendapatkan ibadah puasa dengan lebih berkualiti, jangan lupa dapatkan produk ini....
Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

meal shake
  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  •  Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  •  Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  •  Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  •  Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  •  Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran. credit to pn adha
dan memandangkan stok PD masih belum sampai lagi, anda boleh mencuba ini
cinch energy tea mix

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723

Salam ramadan....


salam ramadan untuk semua...semoga Ramadhan tahun ini lebih banyak barakah buat kita semua, insyaALLAH. Mohon maaf atas segala kekhilafan yang ada.


Khamis, 19 Julai 2012

Antara yang mesti ada....

Beberapa hari lagi dah nak puasakan... bulan puasa nie biasanya ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk keluarga. Bila dah selalu kat dapur tu macam-macam lah yang boleh berlakukan.... ada yang kena air panaslah, tepercik minyak panas lah... macam-macam lagilah....
Ni yang saya nak share nie pengalaman saya nie... tapi cite nie bukan masa bulan puasalah.... masa saya mengandung dulu. Ada satu pagi saya nak sediakan bekal dan air panas utk cik hubby. dalam kul 4lebih lah saya bangun. Awalkan.... sebab masa tu saya di Tanjung Malin, cik hubby pulak nak balik KL sbb keja. bukan jauh pun, sejam je dari tanjung Malim, tapi sebab nak elak jem terpaksalah kuar awal. Askar kan... lambat kena denda lak....
Eh dah melalut lak saya nie... nak dijadikan cerita, waktu saya sediakan ari panas utk suami, tah macam mana saya tertuang air panas keatas tangan saya... panik gak. Yelah, air lepas menggelegak, terus tuang kat tangan, bukan sikit, banyak tu...sebab ingatkan da masuk dalam teko... masa kena tu memang blur... tapi cik hubby ingatkan, g basuh tangan cepat, saya baru teringat basic H. cepat-cepat saya ambik basic H dan lumur kat tangan (patutnya tak payah lumur rendam je dalam basic H).... dalam hati takut gak, klu melecur nie, payah gak nak buat keja. klu duk sorang tak susah  sangat, nie duk ngan anak. macam mana nanti nak urus anak?dah sedih dah masa tu....
Bila dah lama sikit baru saya basuh tangan yang saya lumur ngan basic H tu... lepas dah basuh tu, tangan masih merah lagi.masa tu memang sedih lagi, macam-macam fikir. Takut cik hubby fikir saya tak ikhlas buatkan dia air pun ada gak, fikir tangan yang akan melecur pun ada gak.... tp tak tunjuk kat cik hubby.. Diam je. last2 dia g keja tanpa bawa air panas, dia tau agaknya saya sedih... maklumlah orang mengandung sensitif sangat. Padahal, dia tak de pa pun...
Berbalik pada tangan saya, terkejut gak bila tangan saya tak da tanda-tanda gelembung air. Biasanya klu kena air panas, dah mengelembung dah. Alhamdulillah, walaupun hampir keseluruhan tangan saya kena air panas air tu, tapi langsung tak menunjukkan tanda menggelembung. suka sangat, jadi pastinya tugas saya tuk menguruskan amirah akan jadi mudah. Syukur sangat..
Em.... dan yang paling saya terkejut... hingga ke petang pun, tak da tanda-tanda gelembung air pada tangan saya malah, tanda kulit kering pun tak da. memang saya tak percaya. Bila saya tunjuk kat cik hubby tangan saya yang kena air panas pun dia tak percaya. dan apa yang paling saya suka, mesti tangan saya tak berparut langsung....
Sejak tu saya akan pastikan basic H pasti ada di rumah saya. lagi-lagi masa puasa nie, manalah tau kena air panas ke, tepercik minyak panaas ke... saya dah ada penyelamat saya.


Pastikan ianya juga ada di rumah anda....kang terkena air panas ke, minyak panas ke, tak delah berparut tangan tu time raya....




Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or 

sms saya 0177206723

Rabu, 18 Julai 2012

Pengalaman berpantang....

Alhamdulillah... hari nie dah masuk hari ke 31 saya berpantang. Saya bersyukur sangat, berpantang kali nie saya lebih sihat. Walaupun hanya berpantang dengan cik hubby je pada mulanya, alhamdulillah.... tak de banyak masalah yang saya lalui. Walaupun ada yang saya terkilan pada kelahiran kali nie, sebab saya terpaksa dioperate,tapi cik hubby selalu ingatkan saya supaya bersyukur. Walaupun berat, saya cuba gak menerima dengan redha... Alhamdulillah....

Walaubagaimanapun, apa yg saya perasaan, pengalaman berpantang kali ini amat berbeza berbanding dengan yang dulu... Saya terasa saya lebih bertenaga, tak mudah penat, walaupun kerap bangun malam untuk menyusukan baby, sebab baby kuning tp tak tinggi.. Jadi saya akan pastikan kejut dia setiap 2 jam untuk susukan dia....

Dan apa yg saya suka... bila jiran-jiran yang bertandang cakap... nampak cergas je... tak macam lepas kena oprate pun... alhamdulillah... sebab ianya dipermudahkan. Susu saya pun banyak, tak macam kelahiran yang pertama dulu... Syukur saya padaNya, walaupun apa yang saya hajatkan tak dapat, tapi alhamdulillah...Dia permudahkan untuk saya.

Dan untuk berpantang kali nie, saya gunakan barangan shaklee. Saya lebih yakin.... sebabnya...
1. dulu saya beli gak jamu-jamu. tapi tak guna pun, apatah lagi bila baby kuning. memang saya tak guna. ingat bila dah lepas pantang, leh guna, bila cuba baby jadi cirit birit. terus saya stop... last-last simpan kat stor je... bila pindah umah, simpan kat tong sampah je... dia yang guna. hehehe....

2. pengalaman saya mengandung ke-2 dengan shaklee, buat saya lebih yakin. tipulah klu saya kata saya tak penat, apatah lagi hidup sebagai student. tapi apa yang boleh saya katakan, alhamdulillah, saya lebih bertenaga, Jadi tak salah saya mencuba.

dan hasilnya....
1. saya membuang dengan senang. klu dulu memang payah. :)
2. Saya lebih sihat. Klu dulu  sampai nurse cakap kenapa pucat sangat, tak makan ke? kali nie, orang macam tak percaya saya masih dalam hari lagi :) 
3. Susu saya meriah :)
4. Saya lebih bertenaga
5. dan ini yang paling best, berat saya lebih cepat turun :) berbanding yang dulu. 

Apa yang saya guna

nak rasa berpantang seperti saya? 

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723

Sabtu, 7 Julai 2012

Vitamin yang saya suka...




Sempena promosi Vitamin C Shaklee bulan nie, jom saya kongsikan info mengenai kebaikan Vitamin C shaklee nie...




Pertama, Perbezaan antara Vitamin C shaklee dan vitamin C yang terdapat di pasaran.

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

Kedua, Kenapa kita memerlukan vitamin C nie...
Ia penting untuk:
-membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan
-Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
-membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
-membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
-membina kalogen untuk kulit yang sihat
-bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
-meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Ketiga, siapa yang memerlukannya?
Semua orang memerlukannya.... Tak kiralah anda sihat atau sakit. Ini kerana Vitamin C mudah termusnah lebih-lebih lagi apabila anda menghadapi suasana yang mencabar, tertekan. Lebih-lebih lagi bagi perokok, anda yang ingin cantik, selepas pembedahan, mereka yang mudah sakit.


jom lihat testimoni nie....

1. kisah nak cantik
2. nak hilangkan stretch marks
3. jari hampir terputus

p/s... sejujurnya, saya memang dah jatuh cinta dengan Vitamin C shaklee nie.... waktu saya selesema inilah yang saya cari.. dan alhamdulillah, ianya mampu sembuhkan selesema saya tanpa perlu saya ambil ubat selesema (memang saya tak suka ambik ubat pun). dan sekarang nie, saya pastikan saya akan ambilnya setiap hari untuk cepatkan luka saya sembuh dan hilangkan stretch marks saya. nanti saya kongsikan pengalaman saya berpantang bersama shaklee yee....

Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or sms saya 0177206723

Ahad, 1 Julai 2012

Alhamdulillah... Terima kasih Allah

Alhamdulillah.... saya dah selamat melahirkan baby girl yang kedua pada 17/6. kandungan kali ini amat mencabar bagi saya terutama. Pengalaman sebagai seorang pelajar dan juga menjadi isteri dan ibu amat saya hargai. Walaupun payah, walaupun berat untuk saya terimanya.... tapi sokongan, dorongan dari orang terdekat, cik hubby dan keluarga amat saya hargai. saya gagahi juga menjadi student. Impian saya sejak dulu untuk menjadi seorang guru, InsyaAllah akan tercapai juga bila saya tamat belajar nanti.

Afifah Batrisyia Norhisam

Suspen juga kelahiran kali nie. Saya selalu pujuk baby agar keluar lepas saya abis exam. Dan semasa paper terakhir dah terasa sakit. Alhamdulillah..... saya sempat menghabiskan paper terakhir saya. 

Terima kasih Allah.... Walaupun pelbagai cabaran saya terpaksa tempuhi.... alhamdulillah, saya berjaya jua lalui. Mak kata mungkin memang dah ditakdirkan rezeki nie untuk saya... Sebab segalanya dipermudahkan olehNya.....


Sabtu, 16 Jun 2012

Pastikan ianya ada.....

Sekarang nie cuaca tak menentu, panas yang teramat sangaaat... lagilah saya tengah mengandung. Huh.... berkali-kalilah panasnya.... badan cepat je berpeluh.... klu setakat berpeluh je tak pe... kadang-kadang baju sampai lecun ngan peluh....
Bila badan dah banyak berpeluh... cepat sangat rasa haus.... klu g kelas.... botol besar pun kadang-kadang tak cukup... sebab mudah sangat haus.... nasib baik ada PD... klu tak tak taulah nak kata... aasyik beli air je agaknya....


performance drink dengan wajah baru
untuk anda yang tak mengandung pun sesuai juga.... jom tengok balik apa fungsi PD nie





1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.



4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.



Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau .. seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya


Shaklee Id 846147
Berminat?boleh hubungi saya di shaidahmazlan@yahoo.com or 
sms saya 0177206723

Isnin, 6 Februari 2012

Alhamdulillah... terima kasih Allah.....

Dah lama saya tak menulis di blog nie... bukannya merajuk cuma berehat sebentar. Pa pun terima kasih kepada anda yang menghubungi saya bertanyakan tentang produk. terima kasih banyak-banyak.....
Memandangkan ini entry pertama saya pada tahun 2012. saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan saya dengan anda.... Jika akhir tahun lepas saya berkongsi kegembiraan dengan berita saya disahkan mengandung, pada awal tahun ini saya menerima berita yang cukup mengembirakan saya dan suami.
Alhamdulillah.... bulan ini saya akan sambung belajar dalam bidang perguruan. Satu peluang yang semenangnya amat saya tunggu-tunggu dari dulu. Satu bidang yang amat saya minati dari dulu. Cuma sekarang baru termakbul segalanya....
Segala doa saya dulu dimakbulkan Allah. Syukur sangat-sangat. Sebab sangat-sangat meminati bidang ini saya memulakan tugas sebagai Guru sandaran. Pelbagai dugaan dan cabaran saya hadapi. Ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang benci, biasalah.... dugaan sebagai Guru sandaran. Ingat lagi saya kena berhenti pada tahun pertama sebab saya cuti bersalin. masa nie saya sangat sedih. bukan sebab saya tak de gaji, tapi sebab saya sayang sangat anak murid saya. Kesian kat mereka. rasanya saya belum berjaya untuk membentuk mereka. nak tak nak saya terpaksa redha dengan keputusan. walau dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Dan tahun berikutnya, saya diterima kembali menjadi Guru sandaran.....
sejak itu saya sentiasa berdoa agar saya dapat menjadi cikgu tetap. Ada orang cakap mesti sebab keja separuh hari, keja cikgu senang or sebab gaji mahal. Pada saya tak pun.... saya ada matlamat saya sendiri. saya harap saya dapat membentuk mereka menjadi manusia yang berjaya, samada dari segi akademik mahupun jati diri.

 Akhirnya, saya redha. saya kena yakin dengan rezeki Allah. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya dan keluarga. Jika memang rezeki saya dalam bidang perguruan, ianya akan tetap milik saya. Tetapi jika tidak, pasti ada sebabnya. Dan Alhamdulillah.... akhirnya saya dapat juga apa yang saya idamkan dulu.... Pasti ada sebabnya yang tersendiri. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Pa pun... biz saya bersama shaklee masih lagi saya teruskan... Ianya tidak menghalang saya. hampir 3 tahun saya dengan shaklee, Alhamdulillah.... ianya banyak membantu saya kearah kehidupan yang lebih sihat. Bukan hanya biz semata-mata ya, saya jatuh cinta dengan shaklee sebab kebaikan yang saya dapat darinya... jadi jangan risau, jika anda order dengan saya, saya masih lagi akan penuhi permintaan anda. InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...